19/11/2020
Assalamualaikum wbt,
Saya secara peribadi turut berduka cita atas pemergian ADUN Bugaya iaitu Allayarhamah YB Manis Muka Bin Hj Mohd Darah Bin Langpad. Saya ingin berkongsi sedikit salasilah keluarga kerana mereka bukanlah asing dalam talian kekeluargaan, yang mana semenjak kecil lagi ayahanda saya sendiri sentiasa berkongsi salasilah, keturunan dan asal usul kedua orang tua mereka dan gemar menulis/bercerita kepada saya serta adik-beradik yang lain.
Ibu kepada ayah saya iaitu Hjh Awing Binti Saraban Mundot @ Hjh Saleha @ Sahaya Luma merupakan suku Bajau Simunul dan ibunya Ekih Dandai yang merupakan suku Bulungan dari Tarakan mereka telah menetap di penempatan Bajau/Suluk bersama Alllahyarham Langpad/Hj Mohd Darah kerana datang dari tempat yang sama dan suku yang sama iaitu Bajau Simunul dan juga merupakan sahabat baik atuk saya Allahyarham Abdul Salleh Bin Gupurani dan beberapa individu lain seperti Tun Sakaran Datuk Pg Abdullah Bin Uddang, Tun Mustapha Bin Datu Harun.
Semasa menuntut belajar di Tingkatan 6 (Form 6), saya telah mengkaji dan menulis mengenai Asal Usul Perkembangan dan Sumbangan Suku Kaum Masyarakat Bajau Simunul di Semporna dan telah menyelitkan sumbangan ayahanda kepada YB Manis Muka iaitu Datuk Mohd Darah Langpad yang juga merupakan Ahli Parlimen pertama Semporna (Silam) pada zaman USNO. Beliau merupakan antara individu yang menyumbang dan mempunyai jasa yang besar di daerah Semporna.
Jika diberi kesempatan dan ruang saya juga akan berkongsi mengenai salasilah keluarga pada masa akan datang.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allyarhamah YB Manis Muka, semoga tabah dan diberi kekuatan dalam mengharungi hari-hari yang mendatang.
Al-Fatihah
Asaaf
08:25mlm
19 November 2020 (Khamis)