Borneo Skill Academy

Borneo Skill Academy “Peneraju Pendidikan Menjana Peluang Pekerjaan”

Bekerja sambil Belajar!✔️Elaun/Gaji RM1500 SebulanMempelawa kepada belia-beliawanis khususnya?;✔️Warga Sabah&Sarawak Ind...
12/08/2022

Bekerja sambil Belajar!
✔️Elaun/Gaji RM1500 Sebulan
Mempelawa kepada belia-beliawanis khususnya?;
✔️Warga Sabah&Sarawak
Industri Makan dan Minuman ialah industri yang seringkali dianggap tidak pop**ar dikalangan generasi kini. Sedar ataupun tidak, Industri ini tidak pernah BERHENTI dan ianya menjadi asas didalam kehidupan seharian. Seiring dengan kemajuan teknologi,industri F&B semakin rancak berkembang dan menjanjikan peluang pekerjaan seluas samudra.
Untuk makluman,kursus ini dijalankan selama 1 Tahun 6 bulan dan Pelatih akan diberikan Elaun RM1500 Setiap bulan. Mode kursus yang dijalankan ini ialah Berkerja sambil Belajar dan selepas menamatkan kursus pelatih akan dianugerakan Sijil kemahiran didalam bidang yang dicaburi.
Bidang Pilihan:
☑️Front Office
☑️Kitchen
Kelebihan Kursus:
☑️Asrama dan pengangkutan(Percuma)
☑️Selepas Menamatkan kursus anda akan diserap berkerja
☑️Kos Pengajian Percuma (Bagi anak Kelahiran Sabah & Sarawak)
❌Tiada Pinjaman PTPTN/PTPK
☑️Makan Percuma
☑️Pendaftaran RM100 sekali sahaja(Penyediaan baju,file dan dokumen penempatan)
Pusat penempatan kursus di Borneo skill Academy Kampus Wilayah Kuala Lumpur dengan Kerjasama di beberpa Syarikat seperti:
👉DOME CAFÉ
👉HARD ROCK CAFÉ
👉ASIANA CAFÉ
👉MAMA SAN CAFÉ
Syarat Kelayakan:
✔️18-35Tahun
✔️Warganegara Malaysia
✔️Tiada UPSR,PMR atau SPM Layak Mengikuti Program
✔️Anak Kelahiran Sabah dan Sarawak(Percuma Kos Pengajian)
NOTE:
Program ini hanya menempatkan 300 Pelatih daripada Sabah dan Sarawak sahaja
Sesi Kemasukan intek SEPTEMBER 2022
Untuk Pendaftaran Awal Sila isi borang secara ONLINE:
https://forms.gle/rMwe1yWxpbwRuqxP7
https://forms.gle/rMwe1yWxpbwRuqxP7
https://forms.gle/rMwe1yWxpbwRuqxP7
Sila TAG,SHARE Rakan atau saudara yang berkenaan agar mesej harapan ini tidak terhenti sampai disini.


07/08/2022
Peminjam PTPTN mendapat gaji bawah RM4000 tak perlu bayar hutang berkuat kuasa serta-merta.
22/05/2018

Peminjam PTPTN mendapat gaji bawah RM4000 tak perlu bayar hutang berkuat kuasa serta-merta.

PUTRAJAYA – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih tidak memperoleh gaji RM4,000 sebulan dikecualikan daripada membuat sebarang bayaran. Demikian kata Menteri Pendidikan baharu, Dr. Maszlee Malik sambil menegaskan, langkah itu berkuat kuasa serta-merta sebagai men...

KPM komited lahirkan pelajar cemerlang dalam pelbagai bidang===============================
18/11/2017

KPM komited lahirkan pelajar cemerlang dalam pelbagai bidang
===============================

Kementerian Pendidikan terus berusaha dalam melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk bidang seni.

=====================================KEBAIKAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # ...
18/11/2017

=====================================
KEBAIKAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
Sistem pendidikan negara diterajui oleh dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). KPM bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan lepasan menengah. KPT p**a bertanggungjawab ke atas Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Terdapat pelbagai kebaikan sistem Pendidikan di negara ini dalam konteks memupuk kesepaduan kaum dan etnik diantaranya pertama, wujud aliran pendidikan mengikut etnik seperti sekolah aliran Melayu, Cina dan Tamil. Kedua, menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa Rasmi dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan membenarkan penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Ketiga, sistem penilaian peperiksaan yang sama. Keempat, tertakluk di bawah kurikulum sekolah yang sama walaupun mempunyai aliran yang berbeza.
2.1 Wujud Aliran Pendidikan Berbeza
Aliran pendidikan yang berbeza adalah berasaskan kepada fahaman, ideologi dan kepercayaan yang pelbagai di negara ini. Tujuannya, mengakui bangsa Melayu dan beragama Islam sebagai bangsa dominan di negara ini namun tetap menghormati dan menjaga kebajikan kaum-kaum lain seperti Cina dan Tamil. Umumnya, terdapat tujuh jenis sekolah di Malaysia iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah wawasan, sekolah agama Islam, sekolah Mubaligh, sekolah bestari dan sekolah berasrama penuh. Kepelbagaian aliran pendidikan pada hari ini adalah implikasi daripada zaman penjajahan yang mengamalkan prinsip pecah dan perintah.
Wujudnya, budaya menghormati hak kaum lain mampu memupuk kesepaduan kaum dan etnik di negara ini. Walaupun, mempunyai aliran pendidikan yang berbeza namun subjek-subjek asas turut mewarnai sistem pengajaran dan pembelajaran harian seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan English. Bezanya, sekolah-sekolah aliran Cina dan India mempunyai tambahan mata pelajaran elektif seperti bahasa dan tulisan Cina dan Tamil. Keseragaman kurikulum dalam sistem pendidikan sekarang secara tidak langsung dapat memupuk kesepaduan kaum dan etnik.
2.2 Bahasa Melayu Bahasa Rasmi dan Bahasa Pengantar di Sekolah
Semua sekolah mengakui kredibiliti bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini dan menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah kebangsaan. Namun, dalam konteks memupuk kesepaduan kaum dan etnik di negara ini bahasa Cina dan Tamil dibenarkan menjadi bahasa pengantar khusus untuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Artikel / Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen serta mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu. Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang.
2.3 Sistem Penilaian Peperiksaan Yang Sama
Sistem penilaian peperiksaan yang sama merupakan antara elemen penting dalam memupuk kesepaduan kaum dan etnik di negara ini. Kurikulum peringkat sekolah rendah dibahagikan kepada dua tahap iaitu Tahap I dan Tahap II. Tahap I bermula pada Tahun 1 hingga 3 yang menekankan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan memupuk nilai dan bakat. Tahap II bermula pada Tahun 4 hingga 6 yang memberi penekanan kepada pengukuhan kemahiran asas 3M, pemupukan siap, nilai dan bakat, penguasaan ilmu, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta kemahiran membaca dan menulis dalam jawi. Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diadakan bertujuan untuk mentafsir prestasi murid-murid dalam bidang akademik.
Kedua, sistem pendidikan menengah. Sistem pendidikan memengah lebih komprehensif dan berkualiti. Sistem pendidikan menengah dikhususkan kepada warganegara Malaysia yang berusia 12 tahun hingga 17 tahun. Sistem pendidikan menengah berasaskan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pendidikan menengah boleh dibahagikan kepada dua iaitu pendidikan menengah rendah dan pendidikan menengah atas. Sistem pendidikan menengah rendah bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Kelas Peralihan dikhususkan kepada pelajar daripada aliran Cina dan Tamil bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu yang menjadi bahasa pengantar di sekolah menengah.
Pendidikan menengah atas bermula dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5. Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan di peringkat menengah rendah iaitu Sijil Rendah Pelajaran [SRP] atau Penilaian Menengah Rendah [PMR] (dulu dikenali sebagai Lower Certificate Eduction [LCE]), pelajar boleh memilih untuk mengikut pengajian sama ada dalam aliran sastera, sains, teknikal, vokasional, agama serta pendidikan khas. Pada peringkat pendidikan menengah atas, pelajar boleh memilih untuk mengikut pengajian sama ada dalam aliran sastera, sains, teknikal, vokasional, agama serta pendidikan khas. Pada peringkat pendidikan menengah atas, pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia [SPM] (dulu dikenali sebagai Malaysia Certificate of Education [MCE]). Ketiga, pendidikan lepasan menengah.
Pelajar lepasan SPM yang berjaya dalam peperiksaan dan memenuhi syarat tertentu adalah berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan atau mengikuti program matrikulasi di universiti awam. Pelajar yang melanjutkan ke Tingkatan 6 dalam tempoh dua tahun akan menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti. Keempat, Madrasah atau sekolah agama. Sekolah agama dan Madrasah semakin berkembang dan masih wujud di negara ini sehingga kini. Di Malaysia, sebanyak 17 buah sekolah rendah agama dan 77 buah sekolah menengah agama rakyat telah mendaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sehingga tahun 2005.
2.4 Kurikulum Sekolah Yang Sama
Pada masa kini, sistem pendidikan negara boleh dibahagikan kepada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan pra-universiti.
Pendidikan Prasekolah
Pendidikan prasekolah diwujudkan bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak dengan asas sosialisasi yang kukuh sebelum mendapat pendidikan formal di peringkat sekolah rendah. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) digubal pada tahun 2003 adalah untuk membolehkan kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun memperoleh asas pendidikan yang kukuh dalam komunikasi, sosial dan kemahiran-kemahiran lain sebagai persediaan ke sekolah rendah. Pendidikan prasekolah di negara ini sama ada anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia, agensi kerajaan seperti KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara dan kelas-kelas anjuran swasta digalakkan menggunakan KPK.
Kini, pendidikan prasekolah berasaskan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010/2011. Pembangunan kurikulum di peringkat pendidikan prasekolah adalah suatu proses dinamik dan berterusan. Penambahbaikan program prasekolah adalah berterusan dari semasa ke semasa seperti berikut: -
• Buku Panduan Prasekolah Malaysia pada tahun 1986.
• Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia pada tahun 1993
• Kurikulum Prasekolah Kebangsaan pada tahun 2003
• Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010/2011
Pendidikan Rendah
Sistem pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun. Kurikulum sekolah rendah sama ada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan adalah berdasarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan kini sedang diperkenalkan kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula pada tahun 2010. Bahasa pengantar bagi sekolah kebangsaan ialah bahasa Melayu dan bahasa pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan ialah bahasa Tamil dan bahasa Mandarin masih dikekalkan sehingga kini. Senario perubahan kurikulum sekolah rendah adalah seperti berikut: -
• Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1983
• Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1993
• Semakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 2003
• Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada tahun 2010/2011
Pendidikan Menengah
Sekolah Menengah masih lagi dibahagikan kepada dua iaitu sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas. Pertama, sekolah menengah rendah. Pelajar melanjutkan pelajaran dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Pada akhir tingkatan 3, pelajar akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pelajar akan dikategorikan mengikut aliran Sains atau Sastera berdasarkan kepada keputusan PMR dan pelajar yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan diberi pilihan untuk membuat pengkhususan vokasional di sekolah teknik.
Kedua, sekolah menengah atas. Sekolah menengah atas melanjutkan pelajaran dari tingkatan 4 hingga 5. Pada akhir tingkatan 5, pelajar masih lagi menduduki peperiksaan SPM. Peperiksaan SPM adalah berdasarkan kepada peperiksaan School Certificate United Kingdom lama sebelum menjadi peperiksaan tahap ‘O’ General Certificate of Education (GCE) yang menjadi General Certificate of Secondary School (GSCE). Pelajar turut menduduki kertas GCE tahap ‘O’ bagi bahasa Inggeris selain kertas bahasa Inggeris SPM sejak tahun 2006. Selain itu, penilaian karangan kertas bahasa Inggeris SPM diadakan di bawah penguasaan pegawai peperiksaan Tahap ‘O’ British dan dinyatakan pada kertas keputusan walaupun penilaian ini tidak termasuk dalam peperiksaan SPM.
Bagi pelajaran sekolah jenis kebangsaan Cina, pelajar yang berkelayakan boleh meneruskan pengajian di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Para pelajar akan menduduki peperiksaan piawai Unified Examination Certifacate (UEC) dan sesetengah pelajar boleh menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian. Peperiksaan UEC diadakan oleh D**g Jiao Zong iaitu Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina sejak tahun 1975. Dikatakan bahawa terdapat tiga tahap UEC iaitu Vokasional, Junior dan Senior. Bahasa Cina menjadi bahasa pengantar bagi Vokasional dan Junior. Bahasa Cina dan Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan.
Sekolah Agama dan Madrasah
Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan bentuk sekolah asal di negara ini. Sekolah agama masih wujud di Malaysia dan biasanya pelajar di kawasan luar bandar masih belajar di sekolah-sekolah ini. Pelajar dari aliran agama boleh melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan namun kebanyakan pelajar sekolah agama di negara ini melanjutkan pelajaran ke Mesir dan Pakistan.
Pendidikan Pra-Ijazah atau Pra-Universiti
Selepas SPM, pelajar boleh membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6, matrikulasi atau pengajian diploma. Pelajar yang meneruskan pengajian ke Tingkatan 6 masih mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pendaftaran Malaysia (STPM). Peperiksaan STPM diiktiraf di peringkat antarabangsa. Tingkatan 6 dan matrikulasi merupakan piawai atau kelayakaan perlu untuk kemasukan universiti. Sesetengah pelajar menerima pendidikan pra-universiti di kolej persendirian dan memilih diploma, A-level, program matrikulasi Kanada atau kursus yang sama dari negara lain.

18/11/2017

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yan...

Address

Wisma Merdeka, Phase 2, Lot 710
Kota Kinabalu
88000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+60194422120

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Borneo Skill Academy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share