Kolej Teknologi Yayasan Sabah - KTYS

Kolej Teknologi Yayasan Sabah - KTYS This is the Official page for Kolej Teknologi Yayasan Sabah - KTYS

Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) yang dulu dikenali sebagai Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) adalah sebuah institusi Pengajian Tinggi Swasta di negeri Bawah Bayu. KTYS telah melalui penjenamaan semula semenjak tahun 1994 dengan nama Kolej Komuniti Yayasan Sabah (KKYS), kemudian penjenamaan semula kepada Kolej Yayasan Sabah (2001) dan seterusnya kepada Kolej Teknikal Yayasan Sabah (2016). Ko

lej ini ditubuhkan sejajar dengan objektif utama yang termaktub dalam Enakmen Yayasan Sabah, No. 8, 1966 Seksyen 3 iaitu memberi penekanan kepada kemajuan pendidikan kepada anak-anak tempatan Sabah. Penjenamaan semula KTYS ini sehaluan dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya dalam elemen pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat Sabah. Penjenamaan semula ini juga menekankan konsep 3E iaitu Education, Employment dan Entrepreneurship. Ini membuktikan KTYS mampu melahirkan graduan yang mempunyai pendidikan yang berkualiti, di samping kebolehpasaran yang tinggi dalam industri seterusnya menjadi pemacu kepada bidang keusahawanan. KTYS juga akan menjadi Pusat Pensijilan Teknikal Profesional di rantau ini setaraf dengan institusi lain.

21/08/2026
MAKLUMAN RASMI MAJLIS KONVOKESYEN KTYS KE-29Majlis Konvokesyen Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) Ke-29 akan berlangsu...
20/08/2026

MAKLUMAN RASMI MAJLIS KONVOKESYEN KTYS KE-29

Majlis Konvokesyen Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) Ke-29 akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 1 Oktober 2026 (Khamis)
Masa: Bermula 8.00 pagi
Tempat: Sabah International Convention Centre (SICC)

Kepada semua graduan, sila buat pengesahan kehadiran melalui Sistem Pengesahan Kehadiran Graduan:
https://graduan.ktys.edu.my/

Maklumat dan hebahan rasmi berkaitan majlis boleh dirujuk melalui Portal Rasmi Konvokesyen KTYS:
https://konvokesyen.ktys.edu.my

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Akademik & Kemahiran KTYS di talian: 019-8420693 (Encik Aslan Ansak)

Bersama-sama kita raikan detik penuh bermakna dan kejayaan para graduan KTYS 2026.

19 OGOS 2026 | KUNJUNGAN HORMAT KTYS KEPADA YAB KETUA MENTERI SABAHKolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) telah mengadakan...
19/08/2026

19 OGOS 2026 | KUNJUNGAN HORMAT KTYS KEPADA YAB KETUA MENTERI SABAH

Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah di Pejabat YAB Ketua Menteri Sabah, Menara Kinabalu.

Delegasi KTYS telah diketuai oleh YBhg. Datuk Jasri @ Nasip bin Matjakir, Pengerusi Lembaga Pengarah KKYS Sdn. Bhd., bersama YBhg. Datuk Hajah Tah Nia binti Haji Jaman, Ketua Eksekutif KTYS.

Turut hadir ialah Tuan Haji Hanafiah bin Diman, Setiausaha Korporat Yayasan Sabah merangkap Ahli Lembaga Pengarah KKYS Sdn. Bhd., Tuan Haji Salleh Eddris, Ahli Lembaga Pengarah KKYS Sdn. Bhd., Tuan Waky Taim, Setiausaha Syarikat KKYS Sdn. Bhd., Puan Noor Farhah binti Abd Ajak, Pendaftar KTYS, Puan Khadizah Lee, Bendahari KTYS, dan Puan Heryani Ismail, Pengurus Jabatan Sumber Manusia KTYS.

Kunjungan ini menjadi ruang untuk memperkukuh hubungan serta berkongsi perkembangan semasa KTYS dalam mendukung aspirasi pendidikan dan pembangunan modal insan di Sabah.

KTYS merakamkan penghargaan kepada YAB Ketua Menteri Sabah atas kesudian menerima kunjungan hormat ini.

17 OGOS 2026 | KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN KE KTYSKolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) tela...
19/08/2026

17 OGOS 2026 | KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN KE KTYS

Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) telah menerima kunjungan hormat daripada pihak pengurusan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah, Kampus Induk Sembulan.

Delegasi UMK telah diketuai oleh Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh YBhg. Datuk Hajah Tah Nia binti Haji Jaman, Ketua Eksekutif KTYS bersama barisan pengurusan kolej.

Pertemuan ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk memperkukuh hubungan antara institusi serta membincangkan potensi kerjasama akademik dan peluang pengajian lanjutan yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

KTYS merakamkan penghargaan kepada pihak UMK atas kunjungan hormat ini dan berharap hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi dapat terus diperkukuhkan pada masa hadapan.

18/08/2026
7 OGOS 2026 | LAWATAN KERJA LHDN KE KTYSSekitar lawatan kerja Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) ke Kolej Teknol...
17/08/2026

7 OGOS 2026 | LAWATAN KERJA LHDN KE KTYS

Sekitar lawatan kerja Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) ke Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) yang telah berlangsung di Kampus Induk Sembulan.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Encik Ahmad Nooramin Ismail, Dekan Jabatan Hal Ehwal Akademik KTYS.

Sesi pertemuan ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi maklumat berkaitan peranan dan perkhidmatan LHDN, di samping melihat potensi pendedahan pembelajaran di luar bilik kuliah kepada pelajar, khususnya dalam bidang percukaian.

KTYS merakamkan penghargaan kepada pihak LHDN atas kunjungan dan perkongsian yang diberikan.

11 OGOS 2026 | PROGRAM PEMBANGUNAN INTELEK MINDA: GASAK SPM 2026Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) telah menyertai Pro...
17/08/2026

11 OGOS 2026 | PROGRAM PEMBANGUNAN INTELEK MINDA: GASAK SPM 2026

Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) telah menyertai Program Pembangunan Intelek Minda: Siri Jelajah Program Motivasi Pelajar - GASAK SPM 2026 yang berlangsung di Dewan SMK Pekan Telipok.

Program anjuran Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan ini melibatkan penyertaan pelajar daripada SMK Pekan Telipok, SMK Sri Nangka, SMK Tenghilan dan SMK Tun Fuad Stephens Kiulu. Program ini turut dirasmikan oleh Encik Zulkhairi bin Haji Ismail, Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon Kumpulan Yayasan Sabah.

Kehadiran KTYS telah diketuai oleh Encik Hilary Sibangun, Pengurus Jabatan Perunding Pendidikan dan Latihan, melalui sesi perkongsian berkaitan peluang melanjutkan pengajian di KTYS selepas SPM.

Penyertaan ini menjadi ruang kepada KTYS untuk mendekati para pelajar serta berkongsi maklumat mengenai laluan pendidikan yang boleh diterokai selepas tamat persekolahan.

12 OGOS 2026 | PROGRAM SIMPOSIUM KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH NEGERI SABAH TAHUN 2026Kolej Teknologi Yayasan Sabah ...
14/08/2026

12 OGOS 2026 | PROGRAM SIMPOSIUM KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH NEGERI SABAH TAHUN 2026

Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) telah menghadiri Program Simposium Kehakiman dan Perundangan Syariah Negeri Sabah Tahun 2026 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Program anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Hajah Tah Nia binti Haji Jaman, Ketua Eksekutif KTYS bersama pelajar KTYS.

Penyertaan ini memberi pendedahan berkaitan aspek kehakiman dan perundangan syariah, di samping membuka ruang untuk memahami peranan institusi kehakiman dalam masyarakat.

8 OGOS 2026 | ORIENTASI PELAJAR BAHARU PROGRAM KEMAHIRAN KTYS AMBILAN OGOS 2026Sekitar Program Mini Orientasi Pelajar Ba...
13/08/2026

8 OGOS 2026 | ORIENTASI PELAJAR BAHARU PROGRAM KEMAHIRAN KTYS AMBILAN OGOS 2026

Sekitar Program Mini Orientasi Pelajar Baharu Program Kemahiran KTYS Ambilan Ogos 2026 di Kampus Likas, KTYS.

Program ini diadakan bagi membantu pelajar baharu menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus, memahami sistem pembelajaran kemahiran serta memulakan perjalanan sebagai pelajar KTYS dengan lebih teratur dan yakin, di samping membina kemahiran, disiplin, sikap kerja yang baik dan keyakinan diri melalui laluan TVET dan Sijil Kemahiran Malaysia.

Selamat datang ke KTYS. Semoga permulaan ini menjadi langkah yang baik dalam perjalanan anda sebagai pelajar kemahiran.

PELUANG KERJAYA BERSAMA KTYSKolej Teknologi Yayasan Sabah membuka peluang kepada calon yang berkelayakan untuk mengisi k...
06/08/2026

PELUANG KERJAYA BERSAMA KTYS

Kolej Teknologi Yayasan Sabah membuka peluang kepada calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pensyarah (Program Teknologi Pembinaan)
2. Tenaga Pengajar Program Sijil Kemahiran (Program Teknologi Binaan Bangunan)
3. Tenaga Pengajar Program Sijil Kemahiran (Program Teknologi Automotif)
4. Tenaga Pengajar Program Sijil Kemahiran (Program Pastri)

Permohonan boleh dikemukakan kepada Jabatan Sumber Manusia melalui e-mel: [email protected] atau alamat seperti yang tertera pada poster iklan.

đź“… Tarikh tutup permohonan: 17 Ogos 2026

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temu duga.

Address

Jalan Ibu Pejabat JKR, Off Jalan Mat Salleh
Kota Kinabalu
88100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6088239810

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Teknologi Yayasan Sabah - KTYS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share