Bahagian Pengurusan Kenderaan UITM

Call Directions

Bahagian Pengurusan Kenderaan UITM Bahagian Pengurusan Kenderaan
Jabatan Pembangunan
Universiti Teknologi MARA
4040 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Semoga van baru ini memberi manfaat kepada warga UiTM
04/08/2026

Semoga van baru ini memberi manfaat kepada warga UiTM

Saat semua sedang meraikan kehadiran mahasiswa baharu UiTM di seluruh kampus, kami bawakan ikon pengangkutan utama suatu...
03/07/2026

Saat semua sedang meraikan kehadiran mahasiswa baharu UiTM di seluruh kampus, kami bawakan ikon pengangkutan utama suatu ketika dahulu di era ITM 90an.

Teman setia menjejak ilmu, mengikat persahabatan, saksi kenangan sekeluarga malah menyimpan seribu cerita berputar mengelilingi kampus.

Selamat datang menyertai institusi keramat ini dan membina masa depan bersama kami !

Kredit : Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA






𝐉𝐞𝐧𝐢𝐬-𝐉𝐞𝐧𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐚𝐦🟢 1. Bas Laluan Kampus (Percuma)* Seksyen 2 / Apart. Baiduri* Seksyen 7* I-Soh...
01/07/2026

𝐉𝐞𝐧𝐢𝐬-𝐉𝐞𝐧𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐚𝐦

🟢 1. Bas Laluan Kampus (Percuma)
* Seksyen 2 / Apart. Baiduri
* Seksyen 7
* I-Soho

🟢 2. Bas Smart Selangor SA04 (Percuma)
* Terminal 17
* KTM Padang Jawa
* Ken Rimba
* I-City
* Seksyen 7

🔵 3. Bas Rapid KL Laluan 750 (Berbayar)
* KL Sentral
* Petaling Jaya
* Bandar Shah Alam

🔵 4. Rapid On-Demand (Berbayar)
* Seksyen 7
* U12

🔵 5. LRT3 – Stesen UiTM Shah Alam (Berbayar)
* Menghubungkan Laluan Bandar Utama ke Johan Setia

🔵 6. Bas Perantara Rapid KL T765 (Berbayar)
* Menghubungkan Stesen LRT3 Seksyen 7 dengan UiTM Shah Alam

Nota:
🚌 Pilihan pengangkutan yang mudah, selamat dan mesra pengguna untuk ke UiTM Shah Alam.

Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera.𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐋𝐑𝐓𝟑 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐔𝐢𝐓...
29/06/2026

Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐋𝐑𝐓𝟑 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀

Perkara di atas dirujuk.

2.) Dimaklumkan bahawa perkhidmatan LRT3 telah mula beroperasi secara rasmi pada 29 Jun 2026 (Isnin). Laluan LRT3 ini juga merangkumi Stesen LRT3 UiTM Shah Alam, sekali gus menyediakan kemudahan akses pengangkutan awam kepada warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

3.) Bagi melengkapkan kemudahan tersebut, Prasarana Malaysia Berhad turut menyediakan perkhidmatan bas perantara yang menghubungkan Stesen LRT3 Seksyen 7 dengan Stesen LRT3 UiTM Shah Alam. Sehubungan dengan itu, para pelajar khususnya yang menetap di sekitar Seksyen 7 adalah disarankan untuk menggunakan perkhidmatan LRT3 dan bas perantara sebagai salah satu alternatif pengangkutan ke kampus bagi mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian dan perkhidmatan bas kampus.

5.) Sebagai makluman, Prasarana Malaysia Berhad turut menawarkan tambang percuma selama satu (1) bulan bermula 29 Jun hingga 31 Julai 2026 bagi semua pengguna perkhidmatan LRT3 dan bas perantara sempena pembukaan operasi perkhidmatan tersebut sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada pengguna pengangkutan awam.

Kerjasama dan perhatian semua warga UiTM terhadap pemakluman ini amatlah dihargai.

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡
Bahagian Pengurusan Kenderaan
Jabatan Pembangunan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Jenazah Allahyarham Muhammad Haziq Hilmy bin Ismail, pelajar UiTM Shah Alam telah selamat tiba di Jerteh, Terengganu unt...
20/06/2026

Jenazah Allahyarham Muhammad Haziq Hilmy bin Ismail, pelajar UiTM Shah Alam telah selamat tiba di Jerteh, Terengganu untuk urusan pengebumian.

Terima kasih kepada En. Azmir dan En. Samsuddin yang bertanggungjawab mengiringi dan menghantar jenazah ke Jerteh, Terengganu.

Al-Fatihah.

Diharapkan semua warga UiTM dapat bersama-sama dalam usaha menjimatkan penggunaan bahan api yang semakin meningkat akiba...
08/04/2026

Diharapkan semua warga UiTM dapat bersama-sama dalam usaha menjimatkan penggunaan bahan api yang semakin meningkat akibat krisis global.

07/04/2026

Dimaklumkan bahawa En. Jamli bin Jaafar, Pemandu di UiTM Shah Alam, telah menghembuskan nafas terakhir beliau sebentar tadi di Hospital Shah Alam.

Semoga Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.

Al-Fatihah.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar En. Jamli Jaafar, Pembantu Khidmat Am (Pemandu) UiTM Shah Alam, yang kini kritikal...
07/04/2026

Marilah kita sama-sama mendoakan agar En. Jamli Jaafar, Pembantu Khidmat Am (Pemandu) UiTM Shah Alam, yang kini kritikal di Hospital Shah Alam, diberikan kesembuhan dan kekuatan oleh Allah SWT.

Ramadan Kareem 2026 🌙
18/02/2026

Ramadan Kareem 2026 🌙

13 Februari 2026, Jumaat - Kunjungan hormat oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam ke Bahagian Pengurusan K...
16/02/2026

13 Februari 2026, Jumaat - Kunjungan hormat oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam ke Bahagian Pengurusan Kenderaan bagi mendapatkan penerangan berkaitan perkhidmatan kenderaan di UiTM.

Address

UiTM
Kota Kinabalu

Telephone

0135119965

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pengurusan Kenderaan UITM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share