Kor Sispa UMS

Kor Sispa UMS KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
KAMPUS INDUK KOTA KINABALU

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ ππ„ππ“π€π”π‹πˆπ€π‡π€π πŠπŽπ‘ π’πˆπ’π–π€ π’πˆπ’π–πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 π€π–π€πŒ (πŠπŽπ‘ π’πˆπ’ππ€) ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ€π‹πˆ πŠπ„-πŸπŸ• 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”Pada ...
18/08/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ ππ„ππ“π€π”π‹πˆπ€π‡π€π πŠπŽπ‘ π’πˆπ’π–π€ π’πˆπ’π–πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 π€π–π€πŒ (πŠπŽπ‘ π’πˆπ’ππ€) ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ€π‹πˆ πŠπ„-πŸπŸ• 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

Pada 16 Ogos 2026 (Ahad) telah berlangsung Majlis Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-17 Tahun 2026 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), selaku Wakil Rasmi YAB Timbalan Perdana Menteri. Kehadiran beliau melambangkan komitmen dan sokongan berterusan pihak kementerian terhadap usaha memperkasa agenda pembangunan masyarakat, khususnya dalam aspek pembangunan modal insan, penglibatan generasi muda serta pemerkasaan semangat kesukarelawanan.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bersama YAS TKPj. Bersekutu (PA) Dato’ Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM; YAS Pj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM; YS TPj. (PA) Ts. Dr. Mohamad Fazli bin Sardi, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA; YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); serta YBrs. TPj. Kehormat (PA) Prof. Dr. Norkhalid bin Salimin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni - HEPA) merangkap Komandan Kor SISPA UPSI.

Dalam pada itu, PPj. Kehormat (PA) Prof. Datuk Dr. Rossita Shapawi, Komandan Kor SISPA Universiti Malaysia Sabah (UMS), Lt. Kol. (PA) Imran bin Azemi, Penolong Pengarah Pertahanan Awam Negeri Sabah, Kapt. Bersekutu (PA) Ag. Nasip bin Yonos, Ajutan Kor SISPA Universiti Malaysia Sabah (UMS) merangkap Ketua Biro Perhubungan Awam Jawatankuasa Kerja Kor SISPA Kebangsaan, Lt. M (PA) Wiwin Adi Pasih bin Noramzah, Cawangan Pengurusan Angkatan APM Negeri Sabah, Lt. M (PA) Nur Ashikin binti Zainal, Pegawai Penyelaras Kor SISPA Universiti Malaysia Sabah (UMS), turut hadir bagi memberikan sokongan terhadap penganjuran majlis tersebut.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Kor SISPA atas usaha, dedikasi dan semangat yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi untuk melakar pencapaian yang lebih cemerlang pada masa hadapan.








πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŒπ€πŠπ€π πŒπ€π‹π€πŒ π’π„πŒππ„ππ€ πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ ππ„ππ“π€π”π‹πˆπ€π‡π€π πŠπŽπ‘ π’πˆπ’π–π€ π’πˆπ’π–πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 π€π–π€πŒ (πŠπŽπ‘ π’πˆπ’ππ€) ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ€π‹πˆ 𝐊...
18/08/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŒπ€πŠπ€π πŒπ€π‹π€πŒ π’π„πŒππ„ππ€ πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ ππ„ππ“π€π”π‹πˆπ€π‡π€π πŠπŽπ‘ π’πˆπ’π–π€ π’πˆπ’π–πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 π€π–π€πŒ (πŠπŽπ‘ π’πˆπ’ππ€) ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ€π‹πˆ πŠπ„-πŸπŸ• 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”πŸ’™πŸ§‘

Pada 14 Ogos 2026 (Jumaat) telah berlangsung Majlis Makan Malam sempena Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-17 Tahun 2026 bertempat di Gerbang Suria, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak.

Majlis makan malam ini telah dihadiri oleh YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), YAS TKPj. Bersekutu (PA) Dato’ Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM bersama YAS Pj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, YS TPj. (PA) Ts. Dr. Mohamad Fazli bin Sardi, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA, YBhg. Prof. Dato Dr. Md Amin bin Md Taff, Naib Canselor UPSI.

Turut hadir bagi memeriahkan serta memberikan sokongan terhadap penganjuran majlis tersebut ialah PPj. Kehormat (PA) Prof. Datuk Dr. Rossita Shapawi, Komandan Kor SISPA Universiti Malaysia Sabah. Kehadiran beliau mencerminkan sokongan berterusan pihak universiti terhadap usaha Kor SISPA dalam memperkukuh semangat kesukarelawanan, membentuk jati diri serta meningkatkan tahap disiplin dan profesionalisme dalam kalangan pegawai, jurulatih dan kadet Kor SISPA.

Majlis makan malam yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan, harmoni dan bermakna itu bukan sahaja menjadi platform untuk meraikan warga Kor SISPA, malah turut menjadi wadah bagi menzahirkan penghargaan dan pengiktirafan terhadap segala komitmen, dedikasi, disiplin serta pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para pegawai, jurulatih dan kadet Kor SISPA sepanjang melaksanakan tanggungjawab serta aktiviti Kor SISPA.

Semoga segala usaha, komitmen dan kerjasama yang telah dicurahkan terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan serta memperkukuh semangat kesukarelawanan, disiplin dan kebersamaan dalam kalangan warga Kor SISPA.








π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ‰π€π‹π€ππˆ π‚π”π“πˆ π’π„πŒπ„π’π“π„π‘Daripada seluruh warga Kor SISPA UMS, kami mengucapkan selamat menjalani cuti semester ke...
27/07/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ‰π€π‹π€ππˆ π‚π”π“πˆ π’π„πŒπ„π’π“π„π‘

Daripada seluruh warga Kor SISPA UMS, kami mengucapkan selamat menjalani cuti semester kepada semua mahasiswa dan mahasiswi.

Semoga cuti ini dimanfaatkan sebaiknya untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga, serta kembali ke kampus nanti dengan semangat dan azam yang baharu.

Selamat bercuti dan sentiasa jaga kesihatan serta keselamatan. Jumpa lagi pada semester akan datang! πŸ’™πŸ§‘

16/07/2026

🚨 ANDA ADA ILMU, PENGALAMAN DAN SEMANGAT BERBAKTI? 🚨

Kini tiba masanya untuk menyumbang kepada pembangunan generasi pelapis bersama Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sebagai Pegawai Bersekutu SISPA, anda bukan sekadar menjadi tenaga pengajar, malah berpeluang membentuk bakal pemimpin yang berdisiplin, berintegriti dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran.

🌟 Berbakti kepada masyarakat.
🌟 Membimbing pemimpin masa hadapan.
🌟 Menimba pengalaman dan memperluaskan jaringan profesional.

πŸ“£ Pengambilan kini dibuka!
Jangan tunggu peluang datang dua kali.

Sertai kami dan jadilah inspirasi kepada generasi akan datang.








 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 ππ„ππ†π€πŒππˆπ‹π€π ππ„π†π€π–π€πˆ ππ„π‘π’π„πŠπ”π“π” πŠπŽπ‘ π’πˆπ’ππ€ π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 (π”πŒπ’)PENGAMBILAN TERBUKA KEPADA SEMUA KAKITAN...
15/07/2026



𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 ππ„ππ†π€πŒππˆπ‹π€π ππ„π†π€π–π€πˆ ππ„π‘π’π„πŠπ”π“π” πŠπŽπ‘ π’πˆπ’ππ€ π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 (π”πŒπ’)

PENGAMBILAN TERBUKA KEPADA SEMUA KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH !

Kor SISPA Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan sukacitanya membuka pengambilan Pegawai Bersekutu Kor SISPA UMS kepada individu yang berminat, berkelayakan dan komited untuk menyumbang bakti dalam pembangunan serta pemerkasaan Kor SISPA UMS.

Penyertaan sebagai Pegawai Bersekutu merupakan satu peluang untuk bersama-sama menyokong pelaksanaan latihan, program, pengurusan dan aktiviti Kor SISPA UMS, di samping menyumbang kepakaran serta pengalaman dalam melahirkan mahasiswa yang berdisiplin, berdaya saing dan berjiwa sukarelawan.

Syarat kelayakan menjadi seorang Pegawai Bersekutu Kor SISPA Universiti Malaysia Sabah:
πŸ“ŒSihat tubuh badan
πŸ“ŒKakitangan Universiti Malaysia Sabah
πŸ“ŒBerminat untuk menyumbang kepakaran dan pengalaman kepada Pegawai Kadet SISPA Universiti Malaysia Sabah

Jom sertai kami dan menjadi sebahagian daripada keluarga Kor SISPA UMS!








*π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππƒπ”πƒπ”πŠπˆ ππ„ππ„π‘πˆπŠπ’π€π€π π€πŠπ‡πˆπ‘ π’π„πŒπ„π’π“π„π‘ 2 𝟐𝟎𝟐5/𝟐𝟎𝟐6* Kami warga Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Malaysi...
06/07/2026

*π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππƒπ”πƒπ”πŠπˆ ππ„ππ„π‘πˆπŠπ’π€π€π π€πŠπ‡πˆπ‘ π’π„πŒπ„π’π“π„π‘ 2 𝟐𝟎𝟐5/𝟐𝟎𝟐6*

Kami warga Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Malaysia Sabah ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa/i Universiti Malaysia Sabah yang bakal menduduki Peperiksaan Akhir Semester 2 2025/2026.
Semoga kejayaan sentiasa mengiringi langkah anda. Restu dan doa ibu bapa sentiasa bersama anda.

Ikhlas daripada,
Mej. (PA) Aizex Junior Simon
Ketua Jurulatih Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam UMS
Dan Seluruh warga Kor SISPA UMS

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π ππ„π‘π’πˆπƒπ€ππ†π€π 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 π€π’π’πŽπ‚πˆπ€π“πˆπŽπ πŽπ… π’πŽπ”π“π‡π„π€π’π“ π€π’πˆπ€π πˆππ’π“πˆπ“π”π“πˆπŽππ’ πŽπ… π‡πˆπ†π‡π„π‘ π‹π„π€π‘ππˆππ† (π€π’π€πˆπ‡π‹) πŸπŸŽπŸπŸ”Pa...
04/07/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π ππ„π‘π’πˆπƒπ€ππ†π€π 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 π€π’π’πŽπ‚πˆπ€π“πˆπŽπ πŽπ… π’πŽπ”π“π‡π„π€π’π“ π€π’πˆπ€π πˆππ’π“πˆπ“π”π“πˆπŽππ’ πŽπ… π‡πˆπ†π‡π„π‘ π‹π„π€π‘ππˆππ† (π€π’π€πˆπ‡π‹) πŸπŸŽπŸπŸ”

Pada 4 Julai 2026 (Sabtu) telah berlangsung Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Association of Southeast Asian Institutions of Higher Learning (ASAIHL) 2026 bertempat di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor selaku Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof. Wilert Puriwat, D.Phil. (Oxon) iaitu Presiden ASAIHL merangkap Presiden Universiti Chulalongkorn, Thailand, Dr. Suchin Worawichawong, Setiausaha Agung ASAIHL serta disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah merangkap Pro-Canselor Universiti Malaysia Sabah.

Turut hadir ialah Kapt. Bersekutu (PA) Ag Nasip bin Yunos, ajutan Kor SISPA UMS bersama seramai 21 orang pelajar Kor SISPA UMS yang menghadiri majlis tersebut bagi menyokong penganjuran persidangan antarabangsa berprestij ini. Kehadiran para kadet mencerminkan komitmen dan semangat kebersamaan warga Kor SISPA UMS dalam menyokong aktiviti rasmi universiti serta menjayakan program bertaraf antarabangsa.

πŸ’™ πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ πŠπŽπŠπ”π‘πˆπŠπ”π‹π”πŒ π”πŒπ’ (πŠπ€π‘πŠπ”πŒπ’) πŸπŸŽπŸπŸ“/πŸπŸŽπŸπŸ” 🧑✨ Warna-Warni Borneo: Keharmonian Dalam Kepelbagaian ✨Pada tanggal 27 Ju...
28/06/2026

πŸ’™ πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ πŠπŽπŠπ”π‘πˆπŠπ”π‹π”πŒ π”πŒπ’ (πŠπ€π‘πŠπ”πŒπ’) πŸπŸŽπŸπŸ“/πŸπŸŽπŸπŸ” 🧑
✨ Warna-Warni Borneo: Keharmonian Dalam Kepelbagaian ✨

Pada tanggal 27 Jun 2026, telah berlangsungnya Karnival Kokurikulum UMS (KARKUMS) Semester 2 Sesi 2025/2026 yang bertemakan "Warna-Warni Borneo: Keharmonian Dalam Kepelbagaian" di Dewan Canselor UMS. Program yang berlangsung dengan penuh meriah ini telah menghimpunkan pelbagai badan kokurikulum dan unit beruniform dalam mempamerkan keunikan, bakat, serta semangat perpaduan melalui pelbagai pengisian menarik.

SISPA UMS turut mengambil bahagian dengan membuka booth pameran yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para pengunjung. Pelbagai aktiviti telah disediakan, antaranya pameran ular, mini games yang interaktif serta paparan infografik mengenai SISPA yang memberi pendedahan kepada warga kampus tentang peranan, fungsi dan latihan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Kehadiran para pengunjung di booth kami jelas menunjukkan minat yang tinggi terhadap aktiviti dan maklumat yang dikongsikan.

Kejayaan turut berpihak kepada Zon A – Wira Dunia apabila berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan dalam pertandingan yang melibatkan lapan (8) pasukan unit beruniform. Pencapaian ini merupakan hasil daripada semangat berpasukan, disiplin serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh setiap ahli sepanjang pertandingan berlangsung.

Dalam masa yang sama, SISPA UMS turut berbangga apabila salah seorang pegawainya, Lt. M (PA) Vinon Maralim (Pegawai Muda Sukarela APM), telah diberikan penghormatan untuk menjadi juri bagi pertandingan tersebut. Kepercayaan yang diberikan ini membuktikan pengiktirafan terhadap pengalaman, kepakaran serta profesionalisme yang dimiliki oleh pegawai SISPA UMS.

Tidak ketinggalan, Peragaan Duta Borneo turut menjadi antara acara yang mencuri tumpuan para pengunjung. Wakil lelaki tampil segak mengenakan Busana Melanau, Sarawak, manakala wakil wanita anggun memperagakan busana Bajau Samah, sekali gus menyerlahkan keindahan warisan budaya serta menggambarkan keharmonian dalam kepelbagaian yang menjadi tema utama KARKUMS pada tahun ini.

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur, para peserta, urus setia serta semua warga UMS yang telah bersama-sama menjayakan Karnival Kokurikulum UMS 2025/2026. Semoga program seumpama ini terus menjadi platform untuk memperkukuh hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukarelawanan dan memperkenalkan peranan setiap badan kokurikulum kepada seluruh warga universiti.

"Sedia, Pantas dan Berintegriti." πŸ’™πŸ§‘







πŸš‘ π‰πŽπŒ πŠπ”ππ‰π”ππ†πˆ ππŽπŽπ“π‡ ππ€πŒπ„π‘π€π πŠπŽπ‘ π’πˆπ’ππ€ π”πŒπ’! πŸš‘Sempena Karnival Kokurikulum UMS (KARKUMS) Semester 2 Sesi 2025/2026, Kor S...
26/06/2026

πŸš‘ π‰πŽπŒ πŠπ”ππ‰π”ππ†πˆ ππŽπŽπ“π‡ ππ€πŒπ„π‘π€π πŠπŽπ‘ π’πˆπ’ππ€ π”πŒπ’! πŸš‘

Sempena Karnival Kokurikulum UMS (KARKUMS) Semester 2 Sesi 2025/2026, Kor SISPA UMS menjemput seluruh warga kampus untuk mengunjungi booth pameran kami yang sarat dengan aktiviti menarik, interaktif dan berinformasi!

πŸ”Ή Pameran Ular
πŸ”Ή Pameran Peralatan Kecemasan
πŸ”Ή Pameran Alat Operasi
πŸ”Ή Pameran Simpulan & Ikatan
πŸ”Ή Sudut Basic Life Support (CPR & Choking)
πŸ”Ή Galeri Aktiviti SISPA UMS
πŸ”Ή Kuiz Keselamatan
πŸ”Ή Cabaran Susun Botol
πŸ”Ή Pancing Buaya Challenge

Pelbagai ilmu, pengalaman dan cabaran menanti anda. Sertai aktiviti kami dan uji pengetahuan serta kemahiran anda dalam suasana yang menyeronokkan!

πŸ“… 27 Jun 2026
πŸ•— 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Dewan Canselor UMS

Jumpa anda di Booth Kor SISPA UMS! πŸ’™β€οΈ






Address

Pejabat Kor SISPA, Beg Berkunci 2073, Outdoor Development & Education Centre (ODEC) , Universiti Malaysia
Kota Kinabalu
88999

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6088220032

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kor Sispa UMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share