Faculty of Business, Economics & Accountancy UMS

Call Directions Website Contact the university

Faculty of Business, Economics & Accountancy UMS Kebolehsaingan di Peringkat Tempatan & Global
Competitive Locally and Globally

24/09/2026

🎓 Student baru FPEP, sudah kenal Cafe Ilmar Legacy? 👀

Kalau belum pernah nampak atau tak tahu cafe mana boleh singgah makan, nah kami tunjuk! 🤭🍽️

☕ Cafe Ilmar Legacy
📅 Isnin – Jumaat
🍳 Sarapan tersedia
🍛 Lunch tersedia
💰 Ada juga Menu Rahmah!

Jadi student baru FPEP, jangan lupa singgah Cafe Ilmar Legacy bila lapar di fakulti. 😋🫶🏻

📍 Save video ni dulu — nanti senang cari cafe!

📢 SALURAN PERTANYAAN & ADUAN FPEPFakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah sentiasa k...
23/09/2026

📢 SALURAN PERTANYAAN & ADUAN FPEP

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap, mesra dan berkualiti kepada seluruh warga fakulti serta pelanggan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, aduan, cadangan atau maklum balas, sila gunakan saluran rasmi yang disediakan:

📌 Aduan / Kemukakan Maklum Balas
https://erespon.ums.edu.my/

📌 Kajian Kepuasan Pelanggan
https://erespon.ums.edu.my/kaunter/kepuasan_pelanggan?jafpib=FPEP&id=143 .

📧 Pertanyaan melalui e-mel
🎓 Akademik
[email protected] (Prasiswazah)
[email protected] (Pascasiswazah)

👨‍🎓 Hal Ehwal Pelajar (HEP)
[email protected]

🏢 Pentadbiran / Pejabat Am
[email protected]

🔧 Aduan Penyelenggaraan (TAMS UMS)
https://aset.ums.edu.my/myserv/

☎️ No. Pejabat
088-320000 (Ext: 211800)
atau
088-320808 (Hotline)
🕗 8.00 pagi – 5.00 petang

✨ Maklum balas anda amat bermakna dalam usaha kami mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan

22 September 2026 Unit Jaringan dan Pembangunan Profesional (UJPP), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), U...
22/09/2026

22 September 2026

Unit Jaringan dan Pembangunan Profesional (UJPP), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan Majlis Menandatangani Surat Niat (LOI) bersama The Forest Transformation Malaysia, yang ditandatangani oleh Dekan FPEP, Professor Madya Dr. Mohd. Rahimie bin Abd. Karim dan Sabah Landscape Manager, Kenny Kagiah. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Khalis Afnan Abdul Rahman, Forest & Environment Manager, Dean G. Gangko, Project Lead – Forest & Environment, Lakarim Lanika (Field & Smallholder Landscape Lead), Ketua UJPP, Dr. Faerozh Madli serta staf FPEP yang lain.

18 September 2026 Unit Jaringan dan Pembangunan Profesional (UJPP), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), U...
22/09/2026

18 September 2026

Unit Jaringan dan Pembangunan Profesional (UJPP), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan Majlis Menandatangani Surat Niat (LOI) bersama Persatuan Perubatan Desa Sabah (PERDESA), yang ditandatangani oleh Dekan FPEP, Professor Madya Dr. Mohd. Rahimie bin Abd. Karim dan Presiden PERDESA, Professor Madya Dr. Syed Sharizman bin Syed Abdul Rahim. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Professor Madya Dr. Azaze @ Azizi bin Haji Abdul Adis, Ketua UJPP, Dr. Faerozh Madli serta staf UJPP dan FPEP yang lain.

18/9/2026🚑 KURSUS BASIC FIRST AID: “BERSEDIA MENGHADAPI KECEMASAN”Pada 18 September 2026 (Jumaat), jam 9.00 pagi, telah ...
18/09/2026

18/9/2026

🚑 KURSUS BASIC FIRST AID: “BERSEDIA MENGHADAPI KECEMASAN”

Pada 18 September 2026 (Jumaat), jam 9.00 pagi, telah berlangsung Kursus Basic First Aid: “Bersedia Menghadapi Kecemasan” bertempat di Co-Working Space FPEP.

Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) FPEP sebagai usaha meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kesiapsiagaan warga fakulti dalam menghadapi situasi kecemasan di tempat kerja.

Kursus telah disampaikan oleh Dr. Abdullah Lutfi bin Ismail, Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan, Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) bersama pasukan HUMS, dan turut dihadiri oleh warga FPEP.

Peserta berpeluang mendapatkan pendedahan secara teori dan praktikal berkaitan asas pertolongan cemas serta tindakan awal yang perlu diambil ketika berhadapan dengan situasi kecemasan.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, peka dan bersedia menghadapi kecemasan. 🩺🚑

17/9/2026FPEP dan SEDCOVEST Memperkukuh Hubungan Akademia–IndustriFakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Univ...
17/09/2026

17/9/2026

FPEP dan SEDCOVEST Memperkukuh Hubungan Akademia–Industri

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) berbesar hati menjalinkan kerjasama strategik bersama SEDCOVEST Holdings Sdn. Bhd. melalui Majlis Tandatangan Surat Niat (Letter of Intent) yang berlangsung pada 15 September 2026 di FPEP UMS.

Surat Niat tersebut telah ditandatangani oleh Dekan FPEP, Prof. Madya Dr. Mohd Rahimie Abd Karim dan Pengurus Besar SEDCOVEST Holdings Sdn. Bhd., Tuan Yahyah Sidek. Majlis disaksikan oleh Pengerusi SEDCOVEST Holdings Sdn. Bhd., Datuk Redonah Bahanda.

Kerjasama ini memberi fokus kepada pembangunan bakat, latihan profesional, pembangunan future leaders serta pengukuhan kapasiti usahawan di bawah ekosistem SEDCOVEST.

Semoga kerjasama ini menjadi pemangkin kepada hubungan akademia–industri yang lebih kukuh serta menyumbang kepada pembangunan usahawan dan ekonomi Sabah.

17/9/2026Sekitar Majlis Minggu Suai Mesra (MSM)2026 bagi mengisi slot Program Bersama Fakulti yang berlangsung di DKP21....
17/09/2026

17/9/2026

Sekitar Majlis Minggu Suai Mesra (MSM)2026 bagi mengisi slot Program Bersama Fakulti yang berlangsung di DKP21.
Selamat datang mahasiswa2 baharu bagi sesi 2026/2027 ke Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan (FPEP).


16/09/2026
Welcome aboard, Intake 2026/2027. Your seat is ready. Your journey is waiting. See you around campus.
12/09/2026

Welcome aboard, Intake 2026/2027. Your seat is ready. Your journey is waiting. See you around campus.

Address

Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088320000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faculty of Business, Economics & Accountancy UMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Faculty of Business, Economics & Accountancy UMS:

Shortcuts

Share