17/04/2026
๐๐๐ & ๐๐ฌ๐ค๐๐ซ ๐๐๐ญ๐๐ง๐ข๐๐ก ๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ ๐๐๐ฆ๐ข๐ง๐๐ซ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ฅ๐ข๐๐ง: ๐๐จ๐ง๐๐ฅ๐ข๐ค ๐๐๐ฉ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ฅ๐จ๐๐๐ฅ ๐๐๐๐ข ๐
๐จ๐ค๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ซ๐๐ข๐ง๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐
KAMPUS NBU, 16 April 2026 โ North Borneo University (NBU) telah berjaya menganjurkan Seminar Penguatkuasaan dan Keselamatan secara dalam talian bersama Askar Wataniah yang memberi tumpuan kepada isu โKonflik Peperangan Global dan Implikasinya terhadap Keselamatan Negaraโ.
Program ini merupakan penganjuran sulung hasil inisiatif Fakulti Penguatkuasaan dan Tadbir Urus (FACEG), NBU, yang bertujuan memperkukuh kefahaman pelajar terhadap realiti semasa dalam bidang penguatkuasaan dan keselamatan negara melalui perkongsian pengalaman pihak Askar Wataniah.
Seminar tersebut membincangkan cabaran keselamatan global yang semakin kompleks serta kesannya terhadap kestabilan dan sistem penguatkuasaan dalam negara, khususnya dalam konteks perkembangan geopolitik antarabangsa masa kini.
Antara pengisian utama program ialah pembentangan hasil kajian kes oleh dua pelajar program Bachelor of Security and Enforcement Management (BSEM), iaitu Mohd Shahzarmin bin Shahron dan Muhamad Syukri Hazim bin Hazmi, yang berkongsi analisis berkaitan isu-isu keselamatan.
Seramai kira-kira 30 orang pelajar telah menyertai seminar ini, sekali gus mencerminkan minat dan kesedaran yang tinggi dalam kalangan mahasiswa terhadap bidang keselamatan dan penguatkuasaan.
Penganjuran program ini turut memperkukuh hubungan strategik antara NBU dan Askar Wataniah dalam aspek perkongsian ilmu, pengalaman serta pendedahan industri kepada pelajar universiti.
Seminar ini juga dilaksanakan selaras dengan aspirasi YBhg. Prof. Datoโ Sr. Dr. Azimuddin bin Bahari, Naib Canselor North Borneo University, dalam memperkasa jaringan kolaborasi industriโakademia serta melahirkan graduan yang kompeten dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan global.
Dalam pada itu, penghargaan turut diberikan kepada Mejar Nur Kamal Ariffin bin Borhan, Penolong Pegawai Memerintah Batalion 3 Rejimen 507 Askar Wataniah, atas taklimat, perkongsian ilmu serta pandangan profesional sepanjang sesi seminar berlangsung.
Seterusnya, penghargaan turut dirakamkan kepada Dekan Fakulti Penguatkuasaan dan Tadbir Urus (FACEG), Muhammad Nur Almutaโali bin Mohamad, atas sokongan dan komitmen dalam menjayakan penganjuran program ini bersama pelajar dan pihak Askar Wataniah.
Penganjuran seminar ini diharap dapat menjadi platform berterusan dalam memperkukuh kefahaman pelajar terhadap isu keselamatan global serta meningkatkan kesiapsiagaan dalam mendepani cabaran penguatkuasaan pada masa hadapan.