Pusat e-Pembelajaran UMS

Pusat e-Pembelajaran UMS The official page for Pusat e-Pembelajaran Universiti Malaysia Sabah

✨ Selamat Tahun Baharu 2026 ✨Semoga tahun baharu ini membuka lembaran kejayaan, memperkukuh tekad dan menyemarakkan insp...
31/12/2025

✨ Selamat Tahun Baharu 2026 ✨

Semoga tahun baharu ini membuka lembaran kejayaan, memperkukuh tekad dan menyemarakkan inspirasi untuk terus melangkah ke hadapan.

Bersama kita melakar masa depan yang lebih gemilang.

Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh warga yang meraikannya ⭐Semoga perayaan ini membawa kedamaian, kesejahteraan...
24/12/2025

Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh warga yang meraikannya ⭐

Semoga perayaan ini membawa kedamaian, kesejahteraan dan kegembiraan, serta memperkukuh semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan warga universiti.

🎳 RIADAH BOWLING PUSAT e-PEMBELAJARAN UMS 🎳Program Riadhah Bowling anjuran Pusat e-Pembelajaran, Universiti Malaysia Sab...
21/12/2025

🎳 RIADAH BOWLING PUSAT e-PEMBELAJARAN UMS 🎳

Program Riadhah Bowling anjuran Pusat e-Pembelajaran, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berjaya dilaksanakan pada:

📅 10 Disember 2025
🕒 3.00 Petang
📍 MyBowl KK, 1 Borneo Hypermall

Program ini berjaya menghimpunkan warga PEP UMS dalam suasana santai dan menyeronokkan, sekali gus mengukuhkan semangat kerja berpasukan serta menyokong keseimbangan kerja dan kehidupan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menjayakan program ini. Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang! 🎉👏





Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepadaEncik Mohammad Wazir Shafie bin Hj. Aliasahatas kh...
08/12/2025

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada

Encik Mohammad Wazir Shafie bin Hj. Aliasah
atas khidmat bakti, komitmen, dan sumbangan beliau sepanjang bertugas sebagai

Ketua Pentadbiran
Pusat e-Pembelajaran, Universiti Malaysia Sabah.

Jasa dan dedikasi beliau amat kami hargai dan akan sentiasa dikenang.
Semoga terus sukses dalam perjalanan kerjaya yang seterusnya! 🌸✨
Ikhlas daripada seluruh warga Pusat e-Pembelajaran UMS.

📣 PENCALONAN PENERIMA ANUGERAH MAJLIS ANUGERAH E-PEMBELAJARAN 2025Assalamualaikum dan salam sejahtera,Pusat e-Pembelajar...
01/12/2025

📣 PENCALONAN PENERIMA ANUGERAH MAJLIS ANUGERAH E-PEMBELAJARAN 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pusat e-Pembelajaran dengan sukacitanya menjemput semua wakil F/A/P/I atau warga UMS untuk mengemukakan pencalonan bagi kategori anugerah yang tersedia.

Siapa boleh mencalonkan?
✔ Diri sendiri ✔ Fakulti/Akademi/Pusat/Institut ✔ Rakan sekerja

Mohon kerjasama YBhg Datuk / Prof /Dr / Tuan /Puan untuk mengisi maklumat calon melalui borang pencalonan yang telah disediakan pada pautan berikut:

🔗 https://forms.office.com/r/8LSFS7asmm

Hanya kemukakan bukti yang diperlukan dan bantu kami mengenal pasti dan mengiktiraf individu atau kumpulan yang membawa impak signifikan dalam dunia e-pembelajaran.

Tarikh tutup penghantaran:
🗓️ 8 Disember 2025 (Isnin)

Mohon kerjasama untuk menghebahkan maklumat ini kepada semua staf di FAPI masing-masing agar penyertaan dapat dimaksimumkan. Kerjasama dan sokongan YBhg Datuk / Prof /Dr / Tuan /Puan dalam menjayakan proses pencalonan ini amat dihargai.

BENGKEL PEMURNIAN DRAF DASAR AI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UMS 18 NOVEMBER 2025 SMART SPACE FKI
25/11/2025

BENGKEL PEMURNIAN DRAF DASAR AI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UMS 18 NOVEMBER 2025 SMART SPACE FKI

WORKSHOP ON TEACHING WITH GENERATIVE AI 5 - 6 November Dewan PascaBengkel ini bertujuan memperkasakan para pensyarah den...
25/11/2025

WORKSHOP ON TEACHING WITH GENERATIVE AI 5 - 6 November Dewan Pasca

Bengkel ini bertujuan memperkasakan para pensyarah dengan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) generatif secara bertanggungjawab dalam pengajaran, pembelajaran dan penilaian.
Antara hasil pembelajaran bengkel termasuklah:
💡 Pendedahan kepada konsep dan aplikasi AI generatif dalam pendidikan tinggi
📚 Pembangunan bahan pengajaran dan penilaian berintegrasi AI
🤖 Reka bentuk chatbot pendidikan
📜 Penyediaan kenyataan silibus AI yang beretika
Program ini menjadi platform penting dalam membentuk dasar institusi dan amalan terbaik penggunaan AI di Universiti Malaysia Sabah, selaras dengan aspirasi UMS menuju ke arah masyarakat inovatif dan berdaya saing.

Gallery URL: https://umsedumy-my.sharepoint.com/:f:/g/personal/cel_ums_edu_my/Eo5G7JqXuFpAp5EDLx8aglIBektgbhVr06zvoueWdPvyAA?e=2Da19J

WORKSHOP ON INSTITUTIONAL AI POLICY FOR TEACHING AND LEARNING 3 -4 November Dewan PascaBengkel penting ini telah disempu...
25/11/2025

WORKSHOP ON INSTITUTIONAL AI POLICY FOR TEACHING AND LEARNING 3 -4 November Dewan Pasca

Bengkel penting ini telah disempurnakan oleh YBhg. Professor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, JP, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah.

Objektif utama bengkel adalah untuk membangunkan draf dasar AI institusi dengan penglibatan strategik daripada wakil Pengurusan, Jabatan, dan Fakulti , Akademi, Pusat dan Institut di UMS. Usaha ini merupakan langkah proaktif UMS dalam mengintegrasikan AI secara beretika dalam ekosistem akademik.

Gallery URL: https://umsedumy-my.sharepoint.com/:f:/g/personal/cel_ums_edu_my/Eo5G7JqXuFpAp5EDLx8aglIBektgbhVr06zvoueWdPvyAA?e=2Da19J

UMS Achievement at IUCEL 2025Universiti Malaysia Sabah (UMS) joined the International University Carnival on E-Learning ...
17/11/2025

UMS Achievement at IUCEL 2025

Universiti Malaysia Sabah (UMS) joined the International University Carnival on E-Learning (IUCEL) 2025, a program organized by the Ministry of Higher Education (MOHE), held at Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) on 13 November 2025. The event theme was “Embracing AI for Innovative Learning and Inclusive Education.”
UMS sent nine representatives to showcase creative e-learning projects. We are proud to share that UMS achieved great success, securing 1 Gold Medal, 6 Silver Medals and 2 Bronze Medals

This achievement shows UMS’s strong commitment to digital learning, AI integration, and inclusive education. Congratulations to all participants for their hard work and contribution!

11/11/2025
Tahniah dan Selamat Datang! 🎉Pusat e-Pembelajaran Universiti Malaysia Sabah (PEP UMS) mengucapkan setinggi-tinggi tahnia...
06/11/2025

Tahniah dan Selamat Datang! 🎉
Pusat e-Pembelajaran Universiti Malaysia Sabah (PEP UMS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada

Cik Nur Farahin binti Jamirin
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

yang mula berkhidmat di Pusat e-Pembelajaran berkuat kuasa pada 15 Oktober 2025.

Selamat menjalankan tugas dan semoga terus cemerlang dalam menyumbang kepakaran serta komitmen kepada kecemerlangan universiti. 💻✨

Address

Pusat E-Pembelajaran Universiti Malaysia Sabah, Aras 5 Blok B, Bangunan Fakulti Komputeran Dan Informatik
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

https://www.youtube.com/@pusat_epembelajaran_ums

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat e-Pembelajaran UMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat e-Pembelajaran UMS:

Share