Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kota Kinabalu

Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kota Kinabalu Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kota Kinabalu
Jalan Kolam, Bukit Padang
88300 Kota Kinabalu, Sabah

Tel : 088-238640

๐Ÿฅ Lawatan Akademik ke Sri Pritchard ๐ŸฅLawatan akademik ke Sri Pritchard telah disertai oleh para pelatih jururawat ambila...
23/08/2026

๐Ÿฅ Lawatan Akademik ke Sri Pritchard ๐Ÿฅ

Lawatan akademik ke Sri Pritchard telah disertai oleh para pelatih jururawat ambilan Januari 2025, Pengajar Jururawat dan Clinical Instructor sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan pembelajaran melalui pengalaman sebenar di lapangan.

Program ini memberi peluang kepada para pelatih untuk menimba pengetahuan, memahami persekitaran penjagaan kesihatan serta melihat sendiri amalan profesional yang diterapkan dalam perkhidmatan kesihatan.

Penglibatan Pengajar Jururawat dan CI sepanjang lawatan turut membantu menghubungkan teori yang dipelajari di bilik kuliah dengan aplikasi praktikal di tempat kerja, sekali gus memperkayakan pengalaman pembelajaran pelatih.

Pengalaman yang diperoleh hari ini menjadi bekalan berharga dalam membentuk jururawat yang kompeten, berpengetahuan dan berjiwa penyayang.

22/08/2026

PROGRAM CITRA BUDAYA KOTA KINABALU. ILKKM KOTA KINABALU merupakan IPT yang pertama bersama menjayakan program. Terima kasih Pengarah Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat Pn Darna & PIC Jemputan, En. Nizam Darren & DBKK untuk peluang ini. Program ini juga memenuhi objektif kokurikulum pelatih.
Penglibatan Pelatih Program Diploma Kejururawatan dan Diploma Sains Perubatan berjaya menjawab soalan secara spontan dan menunjukkan kebolehan tarian culture on stage. Staf Pengiring Pn Arnizah @ Nani, Pn Roha Asmara, Pn Ethel & En Shamsul.

๐Ÿซ€ Basic Life Support (BLS): Kemahiran yang Menyelamatkan Nyawa ๐Ÿซ€Sesi pengajaran dan pembelajaran BLS telah dilaksanakan ...
22/08/2026

๐Ÿซ€ Basic Life Support (BLS): Kemahiran yang Menyelamatkan Nyawa ๐Ÿซ€

Sesi pengajaran dan pembelajaran BLS telah dilaksanakan dengan penglibatan aktif para pengajar dan Clinical Instructor dalam memastikan setiap pelatih menguasai pengetahuan serta kemahiran asas resusitasi yang betul dan berkesan.

Melalui pendekatan teori dan latihan praktikal, para pelatih didedahkan kepada teknik CPR berkualiti tinggi, penggunaan AED serta tindakan kecemasan yang perlu diambil ketika berhadapan situasi kritikal.

Kerjasama erat antara CI dan pengajar bukan sahaja memperkukuhkan proses pembelajaran, malah membantu melahirkan anggota kesihatan yang kompeten, yakin dan bersedia untuk bertindak apabila nyawa memerlukan bantuan.

Belajar hari ini, menyelamatkan nyawa esok. โค๏ธ

๐ŸŒŸ Majlis Anugerah Pengarah ILKKM  ๐ŸŒŸSetinggi-tinggi tahniah kepada para pelatih yang menerima pengiktirafan dalam Majlis ...
22/08/2026

๐ŸŒŸ Majlis Anugerah Pengarah ILKKM ๐ŸŒŸ

Setinggi-tinggi tahniah kepada para pelatih yang menerima pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Pengarah ILKKM KK. Anugerah ini merupakan penghargaan atas kecemerlangan akademik, penglibatan aktif dalam kokurikulum, sahsiah terpuji serta komitmen yang ditunjukkan sepanjang latihan.

Kecemerlangan sebenar bukan sahaja diukur melalui pencapaian akademik, malah turut disokong oleh penglibatan dalam aktiviti kokurikulum yang mampu membentuk kepimpinan, disiplin, kemahiran insaniah dan semangat kerja berpasukan. Akademik dan kokurikulum perlu bergerak seiring dalam melahirkan modal insan yang holistik dan berdaya saing.

Penghargaan dan ucapan tahniah juga kepada seluruh Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada pelatih, CI dan para pengajar yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini dengan penuh dedikasi, komitmen dan semangat kerja berpasukan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua pelatih untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam setiap aspek dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan perkhidmatan kesihatan negara.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah serta warga kerja yang terlibat! ๐ŸŽ‰๐Ÿ‘

Seluruh warga kerja ILKKM Kota Kinabalu ingin mengucapkan Tahniah dan Selamat Maju Jaya bagi 3 orang Pengajar (Penolong ...
18/08/2026

Seluruh warga kerja ILKKM Kota Kinabalu ingin mengucapkan Tahniah dan Selamat Maju Jaya bagi 3 orang Pengajar (Penolong Pegawai Perubatan) dari Program Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan (DSPK) yang bertukar keluar berkuatkuasa 3 Ogos 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ketiga-tiga pegawai atas segala khidmat bakti, komitmen dan sumbangan sepanjang berkhidmat di ILKKM Kota Kinabalu.

Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang di tempat baharu.

Program penyediaan makanan untuk bayi dan kanak-kanak.Penilaian oleh Pengajar Jururawat dan Klinikal Instruktor Jururawa...
17/08/2026

Program penyediaan makanan untuk bayi dan kanak-kanak.Penilaian oleh Pengajar Jururawat dan Klinikal Instruktor Jururawat Kesihatan Awam . Seramai 109 pelatih .
Penyelaras oleh Puan Khairulizah Sulimat

๐ŸŽ“ ๐’๐„๐Š๐ˆ๐“๐€๐‘ ๐๐„๐’๐“๐€ ๐Š๐Ž๐๐•๐Ž๐Š๐„๐’๐˜๐„๐ (๐๐„๐’๐Š๐Ž) ๐ˆ๐‹๐Š๐Š๐Œ ๐™๐Ž๐ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ŸŽ“Sekitar kemeriahan ๐๐ž๐ฌ๐ญ๐š ๐Š๐จ๐ง๐ฏ๐จ๐ค๐ž๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง (๐๐„๐’๐Š๐Ž) ๐ˆ๐‹๐Š๐Š๐Œ ๐™๐จ๐ง ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐Ÿ...
17/08/2026

๐ŸŽ“ ๐’๐„๐Š๐ˆ๐“๐€๐‘ ๐๐„๐’๐“๐€ ๐Š๐Ž๐๐•๐Ž๐Š๐„๐’๐˜๐„๐ (๐๐„๐’๐Š๐Ž) ๐ˆ๐‹๐Š๐Š๐Œ ๐™๐Ž๐ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ŸŽ“

Sekitar kemeriahan ๐๐ž๐ฌ๐ญ๐š ๐Š๐จ๐ง๐ฏ๐จ๐ค๐ž๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง (๐๐„๐’๐Š๐Ž) ๐ˆ๐‹๐Š๐Š๐Œ ๐™๐จ๐ง ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” yang telah dirasmikan oleh ๐๐ฎ๐š๐ง ๐๐จ๐ซ๐š๐ข๐ง๐ข ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐‚๐š๐ฆ๐š๐ซ๐ฎ๐๐ข๐ง, ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐  ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š (๐Š๐๐’๐”), Unit Pembangunan dan Hal Ehwal Pelatih, Bahagian Pengurusan Latihan.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya persembahan tarian, nyanyian dan aerodance, promosi kerjaya ILKKM, Forum โ€œAlumni ILKKM Careerโ€, sesi ceramah bersama Bank Islam, demonstrasi CPR, pertandingan fesyen kanak-kanak, karaoke, permainan meneka gula-gula serta cabutan tiket bertuah.

Pengunjung turut memeriahkan booth Bank Islam dan MAXIS, selain gerai jualan bunga, makanan dan minuman.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐š๐ฃ๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐ข๐ก (๐๐Š๐) ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐€๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐ง๐ข ๐ˆ๐‹๐Š๐Š๐Œ selaku penganjur dan pelaksana utama PESKO, serta semua pihak yang telah menjayakan program ini.

๐Ÿ“ธ Jom imbas kembali momen-momen menarik sepanjang PESKO ILKKM Zon Sabah 2026!

16/08/2026

Address

Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
88300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088238640

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share