14/08/2026
Assalamualaikum & Salam sejahtera..
*KAUNTER RUNDING CARA & KONSULTASI PERMOHONAN RAYUAN UPUONLINE®️ SESI AKADEMIK 2026/2027- LEPASAN STPM/ SETARAF*
Sukacita dimaklumkan Sektor Promosi, Pengambilan dan Kemasukan Pelajar, Bahagian Perkhidmatan Akademik, Universiti Malaysia Sabah akan membuka Kaunter Runding Cara & Konsultasi Permohonan Rayuan UPUOnline®️ Sesi Akademik 2026/2027 bagi Lepasan STPM/ Setaraf pada ketetapan berikut:
🗓️ TARIKH:
*➡️17 - 21 Ogos 2026 (Isnin - Jumaat sahaja)*
⏰WAKTU OPERASI:
*➡️9.00 Pagi - 4.00 Petang*
🚫WAKTU REHAT:
*➡️12.30 T/Hari - 2.00 Petang (Isnin)*
*➡️11.30 Pagi- 2.00 Petang (Jumaat)*
📍TEMPAT:
*➡️Ruang Lobi Pejabat Bahagian Perkhidmatan Akademik*
📢Untuk makluman, perkhidmatan ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan runding cara kepada lepasan STPM/ Setaraf bagi permohonan rayuan UPUOnline®️
‼️📌*Permohonan rayuan UPUOnline®️* dibuka bermula *14 Ogos 2026, jam 12.00 tengah hari* sehingga *23 Ogos 2026, jam 5.00 petang* melalui :
🌐https://upu.mohe.gov.my
‼️Peringatan : Rayuan hanya untuk calon yang tidak dapat mana-mana tawaran sahaja.
❌Pertukaran tempat/ institusi *tidak dibenarkan*.
📝Digalakkan untuk membawa komputer riba atau peranti yang bersesuaian untuk memudahkan sesi runding cara & konsultasi.
Jangan Lepaskan Peluang Anda!
~Sektor Promosi, Pengambilan dan Kemasukan Pelajar,
Bahagian Perkhidmatan Akademik UMS.
☎️088-329 061
📧[email protected]
📞014-6875410 (whatsapp sahaja)