RTM Sabah

Call Directions Website

RTM Sabah Akaun rasmi RTM Sabah.FOLLOW,LIKE&SHARE. Akaun rasmi Facebook RTM Sabah. FOLLOW, LIKE & SHARE. Terima kasih Keluarga Malaysia kerana terus setia bersama RTM.

Terima kasih Rakyat Malaysia terus setia bersama RTM
Hubungi Di Talian : 088-712344 / 717894 / 717814
Masa : Isnin - Jumaat (8:00 Pagi Hingga 5:00 Petang) "RTM-Teman Setia Anda"

AMARAN RIBUT PETIRRibut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kelantan (Machang, Pasir Puteh, Jeli, Ku...
20/10/2026

AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kelantan (Machang, Pasir Puteh, Jeli, Kuala Krai, Kota Bharu dan Bachok) • Terengganu (Besut dan Setiu) • Pahang (Pekan, Rompin dan Kuantan) • Johor (Johor Bahru, Kota Tinggi dan Kulai) • Sarawak: Kuching (Lundu dan Kuching), Sri Aman (Pantu), Samarahan (Asajaya), Serian (Serian) • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Tambunan, Keningau, Sook dan Membakut), Pantai Barat (Ranau, Papar, Penampang dan Tuaran) sehingga 4:00 Petang; Selasa, 20 Oktober 2026.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada 1:45 tengah hari, 20 Oktober 2026



Kerajaan memperkukuh keupayaan keselamatan, penguatkuasaan undang-undang dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, khu...
20/10/2026

Kerajaan memperkukuh keupayaan keselamatan, penguatkuasaan undang-undang dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, khususnya di Nabawan dan kawasan sekitarnya, menerusi pelaburan strategik dalam projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Perumahan Polis Nabawan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, projek dengan siling peruntukan RM150 juta itu dijangka bermula pada Januari 2027.

Beliau mahu pihak pelaksana menjalankan projek berkenaan dengan penuh integriti, mematuhi spesifikasi serta standard yang ditetapkan dan memberikan manfaat maksimum kepada rakyat serta warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Berita penuh menerusi Berita RTM.

SOROTAN BERGAMBAR: KURSUS KOMUNIKASI BERKESAN DAN KREATIVITI DI TEMPAT KERJASorotan bergambar sekitar Kursus Komunikasi ...
20/10/2026

SOROTAN BERGAMBAR: KURSUS KOMUNIKASI BERKESAN DAN KREATIVITI DI TEMPAT KERJA

Sorotan bergambar sekitar Kursus Komunikasi Berkesan dan Kreativiti di Tempat Kerja yang melibatkan penyertaan warga kerja RTM Sabah.

Sesi perkongsian ilmu ini telah dikendalikan oleh penceramah daripada INTAN Kampus Sabah, iaitu Puan Marliza binti Maringkas yang merupakan Penolong Perunding Latihan, Unit Pengurusan Kualiti dan Inovasi INTAN Kampus Sabah.

Kursus ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Mantanani, Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, Kota Kinabalu, Sabah.

Ikuti Media Sosial RTM Sabah:
Facebook | X | TikTok | RTMKlik

19/10/2026

KURSUS KOMUNIKASI BERKESAN DAN KREATIVITI DI TEMPAT KERJA

Kursus Komunikasi Berkesan dan Kreativiti di Tempat Kerja yang melibatkan penyertaan warga kerja RTM Sabah.

Sesi perkongsian ilmu ini telah dikendalikan oleh penceramah daripada INTAN Kampus Sabah, Puan Aidalina binti Mahili, bertempat di Bilik Mesyuarat Mantanani, Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, Kota Kinabalu, Sabah.

Ikuti Media Sosial RTM Sabah:
Facebook | X | TikTok | RTMKlik

LATIHAN AMALI IMEJ DAN KOMUNIKASI RTM SABAHSekitar pelaksanaan Latihan Amali Imej dan Komunikasi RTM secara berkump**an ...
19/10/2026

LATIHAN AMALI IMEJ DAN KOMUNIKASI RTM SABAH

Sekitar pelaksanaan Latihan Amali Imej dan Komunikasi RTM secara berkump**an yang melibatkan penyertaan warga kerja RTM Sabah.

Sesi latihan ini telah dikendalikan oleh penceramah daripada INTAN Kampus Sabah, Puan Aidalina binti Mahili, bertempat di Bilik Mesyuarat Mantanani, Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, Kota Kinabalu, Sabah.

Sebagai penutup tirai kursus hari pertama, Pengurus SABAHVfm V Good, Encik Ruskap Haji Muaram telah menyerahkan sijil penghargaan kepada Puan Aidalina binti Mahili.

Ikuti Media Sosial RTM Sabah:
Facebook | X | TikTok | RTMKlik

Kunjungan Hormat RTM SABAH kepada YAB Ketua Menteri Sabah.Pengarah Penyiaran Sabah, Tuan Mohd Yusni Mohamed Ali telah me...
19/10/2026

Kunjungan Hormat RTM SABAH kepada YAB Ketua Menteri Sabah.

Pengarah Penyiaran Sabah, Tuan Mohd Yusni Mohamed Ali telah mengadakan kunjungan hormat terhadap YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor di Menara Kinabalu pada 19 Oktober 2026.

Kunjungan hormat bertujuan memaklumkan pencapaian program kerjasama strategik antara RTM Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah sepanjang 2026 dan perancangan kerjasama strategik untuk tahun 2027.

Turut serta ialah Ketua Penolong Pengarah (Rancangan Radio) Puan Artika Hj Matbee, Penolong Pengarah (Penerbitan TV) Puan Effa Dian Ali, Penolong Pengarah (Berita Ehwal Semasa) Encik Sugiman Rafai serta Penolong Pengarah (Cawangan Khidmat Pengurusan) Puan Sarinah Abdul Hamid.

19/10/2026

Apa yang menarik dalam episod KBI kali ini?
Segmen Jawab Dulu
Karnival GEK ESS Zone 2026 merupakan antara usaha di peringkat komuniti untuk mendekatkan aspirasi kepada masyarakat khususnya di Sabah Timur. Bersama Datuk Dr. Jamaluddin bin Mohd Ali, Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM untuk mengupas lebih lanjut mengenai Karnival GEK ESS Zone 2026.
Turut menampilkan temu bual Bersama YB Datuk Jamawi Jaafar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah sempena Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS).
Segmen 3S Sabah Sana Sini
Kami sajikan Program Aku Kasih Malaysia Peringkat Negeri Sabah.
Segmen Ounsikou Tokou
Menampilkan Kump**an Koir Swara Jauhari daripada Kementerian Kewangan Negeri Sabah dengan persembahan mereka yang harmoni dan bertenaga.
Kami Bah Ini, Sini Ada Cerita! Edisi 19 Oktober 2026 | Isnin, 3.05 petang di TV1 | RTMKlik & siaran ulangan pada Khamis, 3.30 petang di TV Okey

KESEIMBANGAN TIGA TONGGAK INTEGRITIPemacu Organisasi yang Berdaya Saing"Kepimpinan, inovasi, dan governans perlu seiring...
19/10/2026

KESEIMBANGAN TIGA TONGGAK INTEGRITI
Pemacu Organisasi yang Berdaya Saing

"Kepimpinan, inovasi, dan governans perlu seiring untuk membina organisasi yang berintegriti, dinamik, dan mampan."

**KEPIMPINAN TANPA INTEGRITI**
boleh membawa kepada penyalahgunaan kuasa.
• Kuasa disalahgunakan.
• Kepentingan peribadi diutamakan.
• Kepercayaan hilang.

**INOVASI TANPA GOVERNANS**
boleh menghasilkan risiko baharu.
• Risiko keselamatan dan data.
• Implikasi etika.
• Ketidaktentuan jangka panjang.

**GOVERNANS TANPA INOVASI**
p**a boleh menyebabkan organisasi menjadi terlalu birokratik, lambat, dan akhirnya ketinggalan.
• Prosedur, peraturan, kelulusan, dan birokrasi.
• Proses menjadi terlalu rumit.
• Pembuatan keputusan yang lambat.
• Ketinggalan dalam persaingan.

**Integriti Hari Ini, Organisasi Lebih Maju Esok**
**BERSAMA-SAMA MEMBINA MASA DEPAN**

PEMIMPIN BERINTEGRITI | INOVASI BERETIKA | GOVERNANS BERKESAN | ORGANISASI BERDAYA SAING

**MALAYSIA MADANI**
**UNIT INTEGRITI, Kementerian Komunikasi**

AMARAN RIBUT PETIRRibut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak: Miri (Miri, Subis dan Marudi), ...
19/10/2026

AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak: Miri (Miri, Subis dan Marudi), Limbang, Bintulu, Mukah (Daro dan Tanjung Manis), Kapit (Kapit dan Song), Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan) • Sabah: Pantai Barat, Pedalaman, Kudat, Sandakan (Paitan dan Telupid), Tawau (Kunak dan Semporna) • W.P. Labuan sehingga 4:00 Petang; Isnin, 19 Oktober 2026.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada 12:35 tengah hari, 19 Oktober 2026



19/10/2026

🎻Hadapi dengan senyuman 🥹🫣
Min faham sangat inilah dunia sebenar abang roll 🥹😅
Azrul Asyraf

Address

JABATAN PENYIARAN
Kota Kinabalu
88200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088712344

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RTM Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share