19/10/2026
MAJLIS PENUTUPAN BORNEO COOPFEST 2026
18 Oktober 2026 (Ahad) | Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu
Majlis Penutupan Program Borneo Coopfest 2026 telah berlangsung dengan jayanya dan disempurnakan oleh YB Datuk Mohamad bin Alamin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Penganjuran Borneo Coopfest 2026 menjadi platform penting dalam memperkukuh ekosistem koperasi, memperluas jaringan kerjasama serta mempromosikan produk dan perkhidmatan koperasi kepada masyarakat. Program ini turut membuka peluang kepada gerakan koperasi untuk meneroka potensi perniagaan, meningkatkan daya saing dan memperkasakan keusahawanan koperasi di Sabah.
Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sabah turut hadir memberikan sokongan terhadap usaha memperkasa gerakan koperasi. IKMa Sabah telah diwakili oleh Encik Jaibit Jaudin, Timbalan Pengarah IKMa Sabah, manakala IKMa Zon Sabah Cawangan Tawau diwakili oleh Pengarah Cawangan, Encik Mohammad Pisah bin Ali.
Semoga penganjuran Borneo Coopfest terus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan koperasi yang progresif, berdaya saing dan mampan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi serta kesejahteraan masyarakat.
Koperasi Diperkasa, Ekonomi Sejahtera!