Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan -Pmfsmp

Call Directions Website

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan -Pmfsmp This is the official page for PMFSMP where students can receive updates regarding what's happening around FSMP. Thank you.

This is the official page of the student council of the Faculty of Food Science and Nutrition, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (PMFSMP), which was formerly known as Persatuan Mahasiswa Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (PMSSMP). It serves as a platform where FSMP students can get the newest information regarding the issues revolving the faculty. Common updates include notices from UMS and the FSMP administration team, and upcoming activities held by PMFSMP. Students can make enquiries by posting or direct messaging to this page. Students are also free to contribute any information/ issue related to FSMP.

** Advertisements regarding sales of products and direct selling are not allowed in this page.

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam FSMP Kepimpinan Berilmu, Mahasiswa Berkualiti.| 4 JULAI 2026 |[ MAKLUM...
04/07/2026

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam FSMP Kepimpinan Berilmu, Mahasiswa Berkualiti.

| 4 JULAI 2026 |

[ MAKLUMAN PERSEDIAAN SEBELUM MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMESTER 2 SESI 2025/2026📋✏️ ]

Barisan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (PMFSMP) Sesi 2025/2026 ingin menyampaikan ingatan mesra buat semua mahasiswa/i mengenai perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menduduki peperiksaan, seperti yang dipaparkan dalam poster yang disertakan.

Kerjasama dan perhatian semua amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“KEPIMPINAN BERILMU, MAHASISWA BERKUALITI”

Ikhlas daripada,

Persatuan Mahasiswa,
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan,
Sesi 2025/2026,
Universiti Malaysia Sabah.

10/06/2026

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam FSMP Kepimpinan Berilmu, Mahasiswa Berkualiti.

| 10 JUN 2026 |

[ KEMPEN DERMA BARANGAN TERPAKAI ]

Sukacita dimaklumkan bahawa Exco Kebajikan, Kaunseling dan Kerohanian Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (PMFSMP) akan menganjurkan Kempen Derma Barangan Terpakai bagi menggalakkan amalan berkongsi rezeki serta membantu mereka yang memerlukan.

Sehubungan itu, seluruh warga Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) dialu-alukan untuk menyumbangkan barangan terpakai yang masih berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Antara sumbangan yang diperlukan adalah seperti berikut:
• Pakaian dan aksesori
• Buku dan alat tulis
• Peralatan sukan
• Alat elektronik
• Barangan antik
• Perabot
• Lain-lain barangan yang masih elok dan sesuai digunakan

Maklumat program adalah seperti berikut:
📆 Tarikh: 9 Jun 2026 hingga 12 Jun 2026
🕙 Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: Foyer, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP)

🎖 SDP Point akan diberikan kepada para penyumbang.

Marilah bersama-sama menjayakan kempen ini sebagai satu usaha memupuk nilai keprihatinan, kesukarelawanan dan semangat membantu dalam kalangan warga kampus.

Bagi sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi:

📞 Dian – (019-6738408)
📞 Farean – (014-5451409)

Sekian, terima kasih.

"KEPIMPINAN BERILMU, MAHASISWA BERKUALITI"

Yang menjalankan amanah,

Persatuan Mahasiswa
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan,
Sesi 2025/2026,
Universiti Malaysia Sabah.

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam FSMP Kepimpinan Berilmu, Mahasiswa Berkualiti.| 10 JUN 2026 | [ HEBAHAN...
10/06/2026

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam FSMP Kepimpinan Berilmu, Mahasiswa Berkualiti.

| 10 JUN 2026 |

[ HEBAHAN KEPUTUSAN PERLAWANAN SUKU AKHIR LIGA PETANQUE 2026 (FSMP VS. KKTPAR) ]

FSMP (3) VS. (2) KKTPAR

Terima kasih diucapkan kepada pasukan FSMP atas komitmen dan usaha cemerlang yang telah ditunjukkan. Teruskan semangat juang yang tinggi untuk perlawanan yang seterusnya.

Sekian, terima kasih.

"KEPIMPINAN BERILMU, MAHASISWA BERKUALITI"

Yang menjalankan amanah,

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan,
Sesi 2025/2026,
Universiti Malaysia Sabah.

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam FSMP Kepimpinan Berilmu, Mahasiswa Berkualiti.| 20 MEI 2026 | [HEBAHAN ...
20/05/2026

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam FSMP Kepimpinan Berilmu, Mahasiswa Berkualiti.

| 20 MEI 2026 |

[HEBAHAN KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA PETANQUE 2026 (FSMP VS. FPEP)]

FSMP (2) VS. (3) FPEP

Terima kasih diucapkan kepada pasukan FSMP atas komitmen dan usaha cemerlang yang telah ditunjukkan. Teruskan semangat juang yang tinggi untuk perlawanan yang seterusnya.

Sekian, terima kasih.

"KEPIMPINAN BERILMU, MAHASISWA BERKUALITI"

Yang menjalankan amanah,

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan,
Sesi 2025/2026,
Universiti Malaysia Sabah.

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam FSMP Kepimpinan Berilmu, Mahasiswa Berkualiti.| 20 MEI 2026 | [HEBAHAN ...
20/05/2026

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam FSMP Kepimpinan Berilmu, Mahasiswa Berkualiti.

| 20 MEI 2026 |

[HEBAHAN KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA BOLA JARING 2026 (FSMP VS. ASTIF)]

FSMP (Win) VS. ASTIF (Walkover)

Terima kasih diucapkan kepada pasukan FSMP atas komitmen dan usaha cemerlang yang telah ditunjukkan. Teruskan semangat juang yang tinggi untuk perlawanan yang seterusnya.

Sekian, terima kasih.

"KEPIMPINAN BERILMU, MAHASISWA BERKUALITI"

Yang menjalankan amanah,

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan,
Sesi 2025/2026,
Universiti Malaysia Sabah.

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam FSMP Kepimpinan Berilmu, Mahasiswa Berkualiti.| 18 MEI 2026 | [ MAKLUM...
18/05/2026

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam FSMP Kepimpinan Berilmu, Mahasiswa Berkualiti.

| 18 MEI 2026 |

[ MAKLUMAN PENGAMBILAN PEK MAKANAN FSMP FOOD BANK ]

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) telah menyediakan FSMP FOOD BANK kepada mahasiswa dan mahasiswi FSMP yang memerlukan bantuan daripada segi makanan.

Pelajar yang memerlukan, boleh mengambil mengikut ketetapan berikut:

☀️ Hari pengambilan: Isnin - Jumaat
⏰ Masa: 10.00 pagi - 4.00 petang
📍Tempat: Product Outlet, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

📌Diingatkan agar pelajar mengisi form rekod pengambilan pek makanan FSMP Food Bank bagi setiap pengambilan.
🔗 https://forms.gle/JmToGe26fxFiCraZ8

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan:
📱Laina: 01124728783
📱Dian: 0196738408

Sekian, terima kasih.

”KEPIMPINAN BERILMU, MAHASISWA BERKUALITI”

Ikhlas daripada,
Persatuan Mahasiswa,
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan,
Sesi 2025/2026,
Universiti Malaysia Sabah.

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam FSMP Kepimpinan Berilmu, Mahasiswa Berkualiti.| 18 MEI 2026 |[ TAHNIAH...
18/05/2026

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam FSMP Kepimpinan Berilmu, Mahasiswa Berkualiti.

| 18 MEI 2026 |

[ TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN TEMPAT KETIGA DALAM PERTANDINGAN UNDUK NGADAU TAMBUNAN 2026 ✨🥉]

Barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (PMFSMP) Sesi 2025/2026 ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Anna Sandra Robert atas pencapaian meraih Tempat Ketiga dalam Pertandingan Unduk Ngadau Tambunan Peringkat Daerah Tambunan 2026.

Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan serta mencerminkan keyakinan, keanggunan dan semangat dalam memartabatkan warisan budaya. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak pencapaian pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

“KEPIMPINAN BERILMU, MAHASISWA BERKUALITI”

Ikhlas daripada,

Persatuan Mahasiswa,
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan,
Sesi 2025/2026,
Universiti Malaysia Sabah.

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam FSMP Kepimpinan Berilmu, Mahasiswa Berkualiti.| 17 MEI 2026 |[ SELAMAT...
17/05/2026

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam FSMP Kepimpinan Berilmu, Mahasiswa Berkualiti.

| 17 MEI 2026 |

[ SELAMAT MAJU JAYA DALAM PERTANDINGAN UNDUK NGADAU KAAMATAN DAERAH KENINGAU & BINGKOR 2026 ✨ ]

Barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (PMFSMP) Sesi 2025/2026 ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan selamat maju jaya kepada Alysheron Maunsiong, Alumni, Sains Makanan dan Pemakanan atas penyertaan dalam Unduk Ngadau Kaamatan Daerah Keningau & Bingkor 2026.

Penyertaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta mencerminkan keyakinan, keanggunan dan semangat dalam mengangkat warisan budaya. Semoga segala usaha dipermudahkan dan kejayaan mengiringi setiap langkah yang diambil.

Sekian, terima kasih.

“KEPIMPINAN BERILMU, MAHASISWA BERKUALITI”

Iklas daripada,

Persatuan Mahasiswa,
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan,
Sesi 2025/2026,
Universiti Malaysia Sabah.

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam FSMP Kepimpinan Berilmu, Mahasiswa Berkualiti.| 16 MEI 2026 |[ SELAMAT...
16/05/2026

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam FSMP Kepimpinan Berilmu, Mahasiswa Berkualiti.

| 16 MEI 2026 |

[ SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2026🇲🇾 ]

Barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (PMFSMP) Sesi 2025/2026 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang menjadi pemangkin pembangunan negara serta tonggak pembentukan generasi masa depan yang berdaya saing, berilmu dan berintegriti.

Semoga sambutan Hari Guru pada tahun ini dapat menyuntik semangat kepada para guru untuk terus berdedikasi, kreatif dan berinovasi dalam mendidik anak bangsa. Teruskan melangkah maju dengan semangat kepimpinan, perpaduan dan jati diri demi melahirkan generasi cemerlang pada masa hadapan.

“KEPIMPINAN BERILMU, MAHASISWA BERKUALITI”

Ikhlas daripada,

Persatuan Mahasiswa,
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan,
Sesi 2025/2026,
Universiti Malaysia Sabah.

Address

Faculty Of Food Science & Nutrition, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

088328875

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan -Pmfsmp posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share