17/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
14 OGOS 2026 (KOTA KINABALU) โ Satu Mesyuarat Perbincangan Cadangan Pembinaan Kampus Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sabah (ITQAS) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Pembangunan JHEAINS bagi membincangkan perancangan pembangunan kampus baharu ITQAS secara berfasa dan tersusun, yang dicadangkan untuk dibangunkan di Kampung Saga-Saga, Membakut.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ir. Ts. Jamilah binti Tukang, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan, dan turut dihadiri oleh Ustaz Mohd Azlan bin Bakri, wakil Bahagian Pendidikan JHEAINS merangkap Penyelaras ITQAS, Pengetua ITQAS, Ustaz Ibrahim bin Kisab, serta beberapa orang pensyarah ITQAS.
Antara perkara utama yang dibincangkan ialah cadangan pembangunan kampus baharu yang dirancang bagi menampung perkembangan akademik serta kapasiti sehingga 600 orang mahasiswa, dengan sasaran awal seramai 150 mahasiswa bagi Fasa 1. Bagi pelaksanaan fasa pertama, peruntukan sebanyak RM10 juta telah diluluskan di bawah RMK13, manakala keseluruhan pembangunan dianggarkan melibatkan kos antara RM60 juta hingga RM70 juta secara berperingkat. Sasaran turut ditetapkan agar komponen utama Fasa 1 dapat disiapkan dan beroperasi dalam tempoh dua tahun.
Perbincangan turut meneliti aspek pemilihan tapak serta implikasi pembangunan terhadap kos keseluruhan projek. Dua pilihan tapak telah dikenal pasti, dengan tapak atas dilihat lebih sesuai dari sudut kecekapan kos, manakala tapak bawah yang melibatkan kawasan paya memerlukan kos rawatan tanah yang tinggi. Selain itu, isu berkaitan pelebaran jalan kampung sedia ada serta pengambilan tanah turut diberi perhatian dalam penyediaan perancangan pembangunan kampus.
Dari aspek kemudahan, cadangan pelan induk merangkumi blok akademik dan pentadbiran, perpustakaan, bilik kuliah pintar serta bilik tasmik hafazan yang bersesuaian dengan keperluan pengajian al-Quran. Cadangan masjid p**a dirancang berkapasiti sehingga 1,000 jemaah dan ditempatkan berhampiran akses utama bagi membolehkan penggunaannya oleh masyarakat awam tanpa menjejaskan keselamatan serta keselesaan mahasiswa.
Cadangan turut memberi perhatian terhadap pembangunan asrama dengan susunan dua mahasiswa bagi setiap bilik serta pemisahan kawasan asrama lelaki dan perempuan. Kemudahan sukan dan rekreasi juga dirancang secara lebih praktikal melalui penggunaan padang serbaguna serta penyediaan gelanggang asas dalam kawasan asrama.
Menariknya, aspek identiti dan reka bentuk kampus turut diberikan perhatian dengan cadangan membangunkan gerbang masuk ikonik berinspirasikan mercu tanda Islam, selain penerapan motif seni bina Islam yang mengambil inspirasi daripada institusi pengajian tahfiz dan masjid terkemuka.
Pihak ITQAS berharap agar perancangan pembangunan ini terus diperkemaskan sehingga dapat direalisasikan sebagai sebuah kampus kekal yang lengkap, kondusif dan mempunyai identiti tersendiri. Lebih penting, kampus baharu ini diharapkan mampu menjadi pemangkin kepada perkembangan pendidikan tahfiz khususnya di Sabah, menyediakan persekitaran pengajian yang lebih baik serta memperkukuh usaha ITQAS dalam melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berkemahiran, berakhlak dan mampu menyumbang kepada agama, masyarakat dan negara.