Official Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.

Call Directions Website

Official Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Menawarkan kursus di peringkat Sijil Khas dan Diploma kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia

PKK TERUS CEMERLANG! KEKALKAN SIFAR KETAKAKURAN (0 NCR) DALAM AUDIT PEMANTAUAN 1 MS ISO 9001:2015KOTA KINABALU, 21 Oktob...
21/10/2026

PKK TERUS CEMERLANG! KEKALKAN SIFAR KETAKAKURAN (0 NCR) DALAM AUDIT PEMANTAUAN 1 MS ISO 9001:2015

KOTA KINABALU, 21 Oktober 2026 – Politeknik Kota Kinabalu (PKK) sekali lagi melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya mengekalkan rekod sifar ketakakuran (0 NCR) dalam Audit Pemantauan 1 MS ISO 9001:2015 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 19 hingga 21 Oktober 2026.

Audit yang dikendalikan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. dan diketuai oleh Puan Nur Hana Roshida binti Hairudin ini merangkumi penilaian terhadap tadbir urus organisasi, kepimpinan, pengurusan risiko, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP), penilaian prestasi serta proses sokongan institusi.

Kejayaan mengekalkan sifar NCR ini bukan sekadar pencapaian audit, malah menjadi manifestasi komitmen berterusan PKK terhadap pematuhan standard, keberkesanan sistem pengurusan kualiti dan pembudayaan kecemerlangan dalam setiap aspek penyampaian perkhidmatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada barisan pengurusan tertinggi serta seluruh warga PKK atas komitmen, profesionalisme dan kerjasama padu yang menjadi tunjang kepada kejayaan ini.

Sifar NCR, Cerminan Komitmen Kualiti. Kecemerlangan Dipertahan, Penambahbaikan Diteruskan.





LAWATAN KERJA PENGARAH PASUKAN SIMPANAN TUDM KE POLITEKNIK KOTA KINABALU PERKUKUH KOLABORASI STRATEGIKKOTA KINABALU, 21 ...
21/10/2026

LAWATAN KERJA PENGARAH PASUKAN SIMPANAN TUDM KE POLITEKNIK KOTA KINABALU PERKUKUH KOLABORASI STRATEGIK

KOTA KINABALU, 21 OKTOBER 2026 – Politeknik Kota Kinabalu (PKK) telah menerima lawatan kerja daripada Pengarah Pasukan Simpanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kolonel Ahmad Rashidi bin Ithnin, bersama delegasi. Ketibaan delegasi telah disambut oleh Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PKK, Ts. Clara Valdez @ Dhya Alysha.

Lawatan ini bertujuan meninjau fasiliti pelaksanaan Pasukan Latihan Anggota Simpanan Tentera Udara Malaysia (PLASTUDM) yang ditawarkan sebagai Subjek Kokurikulum Berkredit di PKK. Sesi ini turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama strategik bagi memperkukuh pelaksanaan program serta memperluas manfaatnya kepada warga kampus.

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada peluang pembangunan kendiri, peningkatan kemahiran, latihan praktikal dan pembangunan kerjaya. Pelaksanaan PLASTUDM sebagai salah satu Unit Beruniform di dalam Subjek Kokurikulum Berkredit di Politeknik Kota Kinabalu berpotensi membentuk pelajar yang berdisiplin, berdaya tahan, memiliki ciri kepimpinan serta mengamalkan nilai profesionalisme dalam kehidupan dan kerjaya.

Semoga jalinan kerjasama antara PKK dengan TUDM terus diperkasakan melalui pelbagai inisiatif strategik demi melahirkan modal insan yang holistik, berintegriti dan berdaya saing, selaras dengan keperluan pembangunan bakat serta kecemerlangan TVET negara.

Ayuh, warga PKK! Manfaatkan peluang pembangunan diri melalui aktiviti kokurikulum yang membina disiplin, kepimpinan dan semangat berpasukan. Teruskan menyokong usaha memperkukuh kolaborasi strategik demi melahirkan graduan TVET yang berkualiti dan berdaya saing.





POLITEKNIK KOTA KINABALU MERANGKUL PINGAT EMAS DALAM PERTANDINGAN INOVASI ANTARABANGSASekalung tahniah dan syabas diucap...
21/10/2026

POLITEKNIK KOTA KINABALU MERANGKUL PINGAT EMAS DALAM PERTANDINGAN INOVASI ANTARABANGSA

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan inovasi ECO BREW BIO COMPOST dari Politeknik Kota Kinabalu (PKK) atas kejayaan merangkul PINGAT EMAS bagi kategori Science and Technology – Innovation Product (Higher Education Institution – Academic) sempena pertandingan inovasi antarabangsa anjuran Academic International Dialogue (AID) Academy pada 24 September 2026.

Projek bertajuk “ECO BREW BIO COMPOST: Advancing Soil Nutrition Through the Revolution of Upcycled Coffee Grounds and Organic Waste with IoT Enabled Real-Time NPK Monitoring System” ini mengetengahkan pendekatan mampan menerusi pemanfaatan hampas kopi dan sisa organik untuk menghasilkan kompos bio. Inovasi ini turut dilengkapi teknologi Internet of Things (IoT) bagi membolehkan pemantauan nutrien tanah (NPK) dilakukan secara masa nyata.

Kejayaan ini membuktikan keupayaan warga PKK dalam menggabungkan kreativiti, teknologi, dan kelestarian alam sekitar bagi menghasilkan penyelesaian yang berimpak tinggi. Pencapaian cemerlang ini sekali gus menyemarakkan budaya penyelidikan, inovasi, dan pengkomersialan di peringkat institusi mahupun antarabangsa.

👩‍🔬 Ahli Kumpulan Inovasi:

Dr. Suzan binti Impak
Dr. Sharifah Aznee Syed Ali
En. Helley Halen

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan ECO BREW BIO COMPOST serta semua pihak yang memberikan sokongan berterusan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat ke arah pencapaian yang lebih gemilang! 🌍♻️

POLITEKNIK KOTA KINABALU — INOVASI BERIMPAK, KELESTARIAN TERPELIHARA!





SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA POLITEKNIK KOTA KINABALUPoliteknik Kota Kinabalu (PKK) terus mengharumkan nama institusi mener...
21/10/2026

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA POLITEKNIK KOTA KINABALU

Politeknik Kota Kinabalu (PKK) terus mengharumkan nama institusi menerusi kejayaan meraih 3 PINGAT EMAS 🥇 dan 2 PINGAT PERAK 🥈 dalam Grand Finale Borneo Solid Waste Management Innovation Challenge (BSWMIC) 2026 yang berlangsung pada 13 hingga 14 Oktober 2026 di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Kejayaan ini membuktikan keupayaan warga PKK menghasilkan inovasi kreatif yang mengangkat konsep kelestarian alam sekitar, kitar semula dan penggunaan semula bahan buangan.

🥇 PINGAT EMAS
🔹 ECO BREW BIO COMPOST
🔹 CocoNutri Bag: City Gardening Pack
🔹TYRE2ROAD

🥈 PINGAT PERAK
🔹 Evaluating the Potential of Coconut Waste (Fibre, Shell & Flesh) as Bitumen Modifier for Improved Pavement Performance
🔹 BIOFUSION ECOBOOM

Pencapaian membanggakan ini mencerminkan komitmen warga PKK dalam memperkukuh budaya penyelidikan, pembangunan dan inovasi, selaras dengan usaha melahirkan graduan TVET yang kreatif, inovatif serta berupaya menghasilkan penyelesaian bagi menangani cabaran sebenar masyarakat.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan inovasi, penyelia serta pihak yang terlibat atas usaha, dedikasi dan komitmen yang telah dicurahkan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak inovasi berimpak tinggi pada masa hadapan.





POLITEKNIK KOTA KINABALU RAIH PINGAT EMAS DALAM BORNEO SOLID WASTE MANAGEMENT INNOVATION CHALLENGE 2026KOTA KINABALU, 14...
21/10/2026

POLITEKNIK KOTA KINABALU RAIH PINGAT EMAS DALAM BORNEO SOLID WASTE MANAGEMENT INNOVATION CHALLENGE 2026

KOTA KINABALU, 14 Oktober 2026 – Tahniah kepada pasukan pelajar Semester 5, Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan (DLS), Politeknik Kota Kinabalu (PKK), atas kejayaan merangkul Pingat Emas menerusi projek inovasi “CocoNutri Bag: City Gardening Pack” dalam Borneo Solid Waste Management Innovation Challenge 2026 (BSWMIC 2026).

Pertandingan yang berlangsung pada 13 hingga 14 Oktober 2026 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini dianjurkan bersempena Borneo Festival of Ideas 2026 (BFOI 2026), sebagai platform mengetengahkan inovasi mampan dalam pengurusan sisa pepejal dan pemanfaatan bahan buangan.

Projek ini mengetengahkan konsep perkebunan bandar dengan memanfaatkan sabut kelapa (cocopeat) sebagai medium tanaman yang mesra alam, praktikal dan sesuai untuk kediaman bandar yang mempunyai ruang terhad.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha tujuh orang pelajar DLS, iaitu Awang Faridzul bin Ag. Bakar, Mohammad Fauzan bin Suharto, Mohd Adi Aiman bin Yusilin, Mohd Hisyam bin Ruslie, Mohd Akhram bin Mad Saldi, Mohd Irfan Ezrie bin Jonaree dan Mohammad Nur Izzuddin bin Mohamed, di bawah bimbingan penyelia projek, Puan Rohanah binti Dorani.

Pencapaian ini membuktikan bahawa pelajar PKK bukan sahaja berkemahiran dalam bidang logistik dan rantaian bekalan, malah berupaya menghasilkan inovasi yang menyokong kelestarian alam sekitar serta memberi manfaat kepada masyarakat.

Syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan dan penyelia projek! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga PKK untuk terus meneroka bidang penyelidikan dan inovasi serta mengharumkan nama institusi di peringkat yang lebih tinggi.





MAJLIS PELANCARAN INISIATIF FOOD BANK DAPUR SISWA MADANI DAN PROGRAM IHSAN FOOD BANK SISWA (i-FB) KOTA KINABALU, 19 Okto...
19/10/2026

MAJLIS PELANCARAN INISIATIF FOOD BANK DAPUR SISWA MADANI DAN PROGRAM IHSAN FOOD BANK SISWA (i-FB)

KOTA KINABALU, 19 Oktober 2026 - Majlis Pelancaran Inisiatif Food Bank Dapur Siswa MADANI dan Program Ihsan Food Bank Siswa (i-FB) Politeknik Kota Kinabalu (PKK) telah disempurnakan oleh Pengarah PKK, Encik Md Nor Abdul Halim hari ini.

Pelaksanaan program kebajikan ini adalah lanjutan daripada komitmen besar kerajaan susulan pengumuman YAB Perdana Menteri pada Majlis Perutusan Tahun Baru 2026, di mana peruntukan berjumlah RM15,000,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Belas Juta Sahaja) telah diluluskan. Peruntukan menyeluruh ini membuktikan keprihatinan berterusan pihak kerajaan terhadap keperluan asas para pelajar yang kurang berkemampuan, sekali gus berhasrat menoktahkan isu mahasiswa berlapar akibat kekangan kewangan.

Usaha murni ini merupakan dua gabungan inisiatif iaitu inisiatif Food Bank Dapur Siswa MADANI PKK yang disokong melalui peruntukan Kementerian Pendidikan Tinggi dan diselaraskan oleh Yayasan Perkasa Siswa.

Inisiatif kedua adalah Program Ihsan Food Bank Siswa (i-FB) PKK di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, yang diurus tadbir oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKK menerusi kerjasama strategik bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) PKK dan Gerakan Pengguna Siswa PKK.

Seluruh pelajar PKK diseru untuk bersama-sama memanfaatkan kemudahan ini tanpa ragu atau segan. Inisiatif ini diwujudkan khas demi membela kebajikan komuniti pelajar, dengan saranan agar setiap individu sentiasa mengambil barangan mengikut keperluan serta berkongsi secara ikhlas demi kebaikan bersama-sama.

Turut hadir dalam majlis perasmian itu adalah Timbalan Pengarah Akademik PKK, Hj Kamal Ali, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKK, Muhammaddin Mohd Jair, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Mohd Hanif Abd Rahman dan Ahli Mesyuarat Pengurusan PKK yang lain.





Selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar Politeknik Kota Kinabalu!Semoga dikurniakan ketenangan jiwa, dilapang...
16/10/2026

Selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar Politeknik Kota Kinabalu!

Semoga dikurniakan ketenangan jiwa, dilapangkan dada, dan diberi kekuatan untuk menjawab setiap soalan dengan cemerlang.




Pihak pengurusan serta seluruh warga Politeknik Kota Kinabalu (PKK) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ter...
16/10/2026

Pihak pengurusan serta seluruh warga Politeknik Kota Kinabalu (PKK) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala khidmat bakti, komitmen, dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di PKK.

Jasa dan sumbangan yang anda berikan dalam membawa organisasi ini ke tahap yang lebih cemerlang amat kami hargai. Selamat menjalankan tugas di tempat baharu dan semoga terus berjaya dalam menerajui kecemerlangan.



  TAHNIAH & SYABAS!SESI LAPOR DIRI PEMANGKUAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) POLITEKNIK KOTA KINABALUKOTA KI...
14/10/2026



TAHNIAH & SYABAS!
SESI LAPOR DIRI PEMANGKUAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) POLITEKNIK KOTA KINABALU

KOTA KINABALU, 14 OKTOBER 2026 – Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 43 orang Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Politeknik Kota Kinabalu yang telah berjaya dinaikkan pangkat dan melapor diri bagi jawatan Pemangkuan Gred DH10, DH12, DH13, dan DH14 berkuat kuasa mulai hari ini.

Sesi Lapor Diri ini telah disempurnakan oleh YBrsh. Encik Md Nor bin Abdul Halim, Pengarah Politeknik Kota Kinabalu secara dalam talian, dengan disaksikan secara fizikal oleh Timbalan Pengarah Akademik serta Timbalan Pengarah Sokongan Akademik bertempat di Bilik Persidangan PKK.

Kenaikan pangkat dan pemangkuan jawatan ini merupakan manifestasi serta pengiktirafan tertinggi atas komitmen, dedikasi, dan perkhidmatan cemerlang para pegawai dalam memperkasakan agenda pendidikan TVET di Politeknik Kota Kinabalu.

Seluruh warga Politeknik Kota Kinabalu mendoakan agar semua pegawai yang diraikan terus melakar kejayaan, berkhidmat dengan penuh dedikasi, dan memacu PKK ke arah kecemerlangan yang lebih tinggi!





Address

No. 4, Jalan Politeknik, KKIP Barat, Kota Kinabalu Industrial Park
Kota Kinabalu
88460KOTAKINABALU

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088401800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Official Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share