05/06/2026
[KENYATAAN MEDIA]
UMS LAKSANA MSM DAN PDP DALAM TALIAN BAGI PROGRAM ASASI TERPILIH
KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) memaklumkan bahawa pelaksanaan Minggu Suai Mesra (MSM) dan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat dan Program Asasi Sains Sosial untuk Semester 1, Sesi Akademik 2026/2027 akan dijalankan secara dalam talian selaras dengan arahan terkini pengurusan universiti.
Keputusan ini dibuat sebagai menyokong saranan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menggalakkan institusi pendidikan tinggi mempertimbangkan pelaksanaan PdP secara dalam talian sebagai langkah mengurangkan kos perjalanan serta penggunaan bahan api dalam tempoh semasa.
UMS memahami kebimbangan pelajar dan ibu bapa berhubung perubahan kaedah pelaksanaan ini. Justeru, pelajar yang telah membuat tempahan tiket penerbangan atau penginapan lebih awal masih dibenarkan hadir dan mendaftar di kampus mengikut jadual yang ditetapkan.
Selain itu, pelajar yang menghadapi masalah capaian internet di kawasan kediaman juga boleh memohon kemudahan penginapan di kampus bagi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar.
Universiti juga sedang meneliti isu berkaitan yuran dan implikasi kewangan yang berbangkit bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah adil serta mengambil kira kebajikan pelajar dan keluarga mereka.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) UMS melalui talian 088-320000 sambungan 212700 atau e-mel [email protected].
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh:
Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Sabah
5 Jun 2026