18/08/2026
๐
๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ค๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฌ๐๐๐๐ซ๐๐ง ๐๐ฐ๐๐ฆ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง๐๐ข ๐๐ข๐ฌ๐ข๐ค๐จ ๐๐๐ฆ๐ฉ๐ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข ๐๐๐ง ๐๐ฌ๐ฎ๐ง๐๐ฆ๐ข ๐๐ข ๐๐ฎ๐๐๐ญ
KUDAT, 15 Ogos 2026 โ Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Malaysia Sabah (UMS), dengan kerjasama Pejabat Daerah Kudat, telah menganjurkan Program Pendidikan Awam Bencana Alam Kudat, Sabah di Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Kudat, bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat menghadapi risiko gempa bumi dan tsunami.
Program yang berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang itu telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Norlizah Binti Gurahman, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N4 Tanjong Kapor, Kudat, dan turut dihadiri wakil agensi kerajaan serta Profesor Madya Dr. Norbert Simon selaku Pengerusi Program.
Dekan FST UMS, Profesor Ts. Gs. Dr. Rodeano Roslee, P.Geol., FIGM, turut menyampaikan ceramah โBencana Gempa Bumi dan Tsunami di Kudatโ yang memberi pendedahan mengenai risiko serta langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas bencana.
Antara pengisian utama ialah Aktiviti Simulasi Gempa Bumi bagi memberi pengalaman praktikal kepada peserta dalam melaksanakan tindakan keselamatan ketika berlaku gegaran, sekali gus meningkatkan keyakinan dan keupayaan bertindak pantas serta teratur dalam situasi kecemasan.
Program turut menampilkan Reruai Pameran FST UMS yang mengetengahkan kepakaran pensyarah dalam bidang Bioteknologi, Kimia Industri, Sains Sekitaran, Geologi, Matematik Grafik Berkomputer, Matematik, Ekonomi dan Fizik Industri serta aplikasinya dalam kehidupan, pembangunan komuniti dan pengurusan risiko bencana.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen FST UMS dalam memperkukuh hubungan universiti dengan komuniti melalui perkongsian ilmu dan kepakaran. Memandangkan Kudat terdedah kepada pelbagai risiko geologi, pendidikan, latihan dan simulasi bencana perlu dilaksanakan secara berterusan bagi membentuk komuniti yang lebih bersedia dan berdaya tahan.
Program ini turut memperlihatkan komitmen UMS sebagai โThe Brain of Borneoโ dalam menyumbang kepakaran sains dan teknologi kepada masyarakat serta memperkukuh agenda pendidikan awam dan kesiapsiagaan bencana di Sabah.
#๐๐๐ #๐
๐๐๐๐๐ #๐๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง๐๐ฐ๐๐ฆ #๐๐๐ง๐๐๐ง๐๐๐ฅ๐๐ฆ #๐๐ฎ๐๐๐ญ #๐๐๐๐๐ก
#๐๐๐ซ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐๐ค๐๐๐ง๐๐๐ฐ๐๐ง๐ ๐๐ง๐๐ฎ๐๐๐ญ
#๐๐ข๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐๐ฌ๐ข๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐๐ฎ๐ฆ๐ข #๐๐๐ฌ๐๐๐๐ซ๐๐ง๐๐๐ง๐๐๐ง๐ #๐๐๐๐๐ก๐๐๐ซ๐๐ข๐ง๐จ๐๐๐จ๐ซ๐ง๐๐จ