12/10/2026
πππ ALUMNI BACK TO CAMPUS 2026: MEMPERKUKUH JARINGAN ALUMNI, MENYEMARAKKAN SEMANGAT KEBERSAMAAN!
π UiTM Cawangan Sarawak | 10 Oktober 2026 (Sabtu)
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak telah berjaya menjayakan Program Alumni Back to Campus Peringkat Kebangsaan 2026 pada 10 Oktober 2026 bertempat di Pusat Pelajar, Kampus Samarahan 2. Program ini turut mendapat sokongan dan penyertaan daripada UiTM Kampus Mukah, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan warga UiTM Cawangan Sarawak dalam memperkukuh jaringan alumni serta hubungan dengan alma mater.
Program berimpak nasional ini merupakan inisiatif bersama Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia (MALUMNI) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang dilaksanakan secara serentak melibatkan 20 universiti awam di seluruh Malaysia. Majlis peluncuran peringkat kebangsaan yang berlangsung di Universiti Malaya telah disempurnakan oleh YB Datoβ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia.
π Program ini turut menjadi sebahagian daripada usaha mencatat sejarah menerusi Malaysia Book of Records (MBOR) dengan penyertaan alumni dari seluruh negara yang dihubungkan melalui satu sesi secara maya. Inisiatif yang menyasarkan penglibatan sekitar 12,000 alumni di seluruh negara ini memperlihatkan kekuatan jaringan alumni universiti awam Malaysia dalam menyatukan komuniti alumni tanpa mengira lokasi dan institusi.
β¨ Di peringkat UiTM Cawangan Sarawak, seramai 260 orang peserta telah memeriahkan program ini, melibatkan 150 orang pelajar dan alumni dari Kampus Samarahan serta 110 orang pelajar dari Kampus Mukah. Penglibatan kedua-dua kampus ini membuktikan komitmen dan semangat kebersamaan warga UiTM Cawangan Sarawak dalam menjayakan program berimpak nasional ini.
Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan termasuk Fun Walk, senamrobik Aerodance, siaran langsung Majlis Peluncuran Alumni Back to Campus Peringkat Kebangsaan 2026 serta cabutan bertuah. Pengisian ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif, malah menjadi platform untuk memupuk semangat kekitaan serta memperkukuh hubungan antara alumni, mahasiswa dan warga universiti.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Profesor Ir. Dr. Juferi bin Idris, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Sarawak, atas kesudian menghadiri serta memberikan sokongan kepada program ini.
π· Penghargaan turut ditujukan kepada Puan Lenny Yusrina, Koordinator ICAN Kampus Samarahan; Puan Norliza, Penyelaras ICAN Kampus Mukah; para Penyelaras Alumni, Penyelaras Komuniti dan Penyelaras Jaringan Industri, pihak pengurusan UiTM Cawangan Sarawak, jawatankuasa pelaksana, para pelajar, alumni serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Semoga penganjuran Alumni Back to Campus 2026 terus menjadi pemangkin kepada pengukuhan jaringan alumni yang lebih dinamik, inklusif dan berimpak, di samping memperkukuh sinergi antara universiti, alumni, komuniti dan industri demi pembangunan generasi masa hadapan.
π Sekali UiTM, Selamanya UiTM!
Alumni Back to Campus 2026 β Kembali Bertemu, Terus Terhubung.