ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan

  • Home
  • ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan
Call Directions Website

ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan Laman Facebook Rasmi ADTEC JTM, Kampus Kota Samarahan, Sarawak. https://g.page/ILPKS

Selamat maju jaya Ts. Weltor Udian dalam meneruskan perjalanan dan amanah baharu di Politeknik Mukah. 💙Terima kasih atas...
22/09/2026

Selamat maju jaya Ts. Weltor Udian dalam meneruskan perjalanan dan amanah baharu di Politeknik Mukah. 💙
Terima kasih atas segala jasa, kerjasama dan kenangan bersama. Semoga terus cemerlang dan sukses di tempat baharu.

All the best for your next chapter!

Selamat datang ke ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan, Reza Hanif Bin Darhaman, dan selamat maju jaya buat Miss Rani Kaba ya...
22/09/2026

Selamat datang ke ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan, Reza Hanif Bin Darhaman, dan selamat maju jaya buat Miss Rani Kaba yang akan meneruskan perjalanan baharu di ADTEC JTM Kampus Bintulu.

New journey, same team.
Semoga terus sukses dan dipermudahkan segala urusan.

LAWATAN MUHIBBAH KE JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN SARAWAK (JPP)Satu lawatan muhibbah telah diadakan oleh pihak pengurus...
22/09/2026

LAWATAN MUHIBBAH KE JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN SARAWAK (JPP)

Satu lawatan muhibbah telah diadakan oleh pihak pengurusan ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Sarawak (JPP) di Kuching.

Delegasi ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan diketuai oleh Ts. Haji Mohd Yasir Bin Aziz, Pengarah, bersama Ts. Nicholas Bali, Timbalan Pengarah Operasi dan Ts. Hajah Aima Mariaty Binti Haji Ahmad, Timbalan Pengarah Latihan.

Kehadiran delegasi telah disambut oleh Puan Nur Huda binti Mohammad Imran, Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Sarawak.

Lawatan ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak. Pertemuan turut membuka ruang kepada perkongsian pandangan serta penerokaan potensi kolaborasi yang boleh memberi manfaat bersama, khususnya dalam memperkukuh hubungan antara institusi TVET dan agensi kerajaan.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini terus berkembang dan memberi impak positif kepada kedua-dua organisasi pada masa hadapan.

Memperkukuh Jaringan • Memperkasa Kerjasama • Membangun Bersama

22/09/2026
PERHIMPUNAN BULANAN PENGARAH BERSAMA KAKITANGANPerhimpunan Bulanan Pengarah bersama kakitangan ADTEC JTM Kampus Kota Sam...
22/09/2026

PERHIMPUNAN BULANAN PENGARAH BERSAMA KAKITANGAN

Perhimpunan Bulanan Pengarah bersama kakitangan ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan telah berlangsung dengan pengisian yang memberi fokus kepada pembentukan budaya kerja yang positif dan produktif.
Dalam amanat beliau, Pengarah berkongsi panduan mengenai bagaimana menjadi pekerja yang baik, di samping menekankan kepentingan kerjasama, komunikasi serta sikap saling menghargai dalam mewujudkan tempat kerja yang menyeronokkan dan harmoni.

Pengarah turut menyampaikan rumusan berkaitan pencapaian KPI jabatan semasa, sebagai panduan kepada seluruh warga institut untuk terus memperkukuh prestasi dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.
Perhimpunan turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Program “The Biggest Loser”, sebagai penghargaan terhadap komitmen dan usaha peserta dalam menjayakan program tersebut.
Semoga perhimpunan ini terus menjadi platform untuk memperkukuh kebersamaan, meningkatkan motivasi dan membina persekitaran kerja yang lebih positif dalam kalangan warga ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan.
Bersama Membina Budaya Kerja Positif, Produktif dan Harmoni.

🌿 Alam Memberi Inspirasi“Alam semulajadi tidak terburu-buru, namun semuanya tetap teratur dan selesai dengan indah.”Seti...
21/09/2026

🌿 Alam Memberi Inspirasi

“Alam semulajadi tidak terburu-buru, namun semuanya tetap teratur dan selesai dengan indah.”
Setiap proses memerlukan masa, kesabaran dan ketekunan. Seperti alam yang terus berkembang mengikut aturannya, begitu juga perjalanan kita dalam membina kemahiran, mencipta inovasi dan menyumbang kepada komuniti.
Bersama kita membina masa depan yang lebih hijau, harmoni dan bermakna. 🌱

Ts. Haji Mohd Yasir Bin Aziz
Pengarah
ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan

KURSUS ACCT RA/SA CLEANING BERSAMA DAIKINADTEC JTM Kampus Kota Samarahan dengan kerjasama DAIKIN telah melaksanakan Kurs...
20/09/2026

KURSUS ACCT RA/SA CLEANING BERSAMA DAIKIN

ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan dengan kerjasama DAIKIN telah melaksanakan Kursus ACCT RA/SA Cleaning pada 19 September 2026, melibatkan empat orang pensyarah Politeknik Mukah.

Pelaksanaan kursus ini merupakan usaha memperkukuh pengetahuan dan kemahiran teknikal tenaga pengajar TVET melalui kerjasama dengan pihak industri.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada DAIKIN, barisan tenaga pengajar serta peserta dari Politeknik Mukah atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang kursus berlangsung.

Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman ini dapat dimanfaatkan dalam pengajaran serta latihan pelajar. 🤝

Sesiapa yang berminat menyertai kursus penyamanan udara boleh hubungi pihak kami untuk maklumat lanjut.


18/09/2026

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat ADTEC JTM KAMPUS KOTA SAMARAHAN.

LAWATAN PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan telah menerima kunjungan Encik Abdul Razak Bujang d...
18/09/2026

LAWATAN PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)

ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan telah menerima kunjungan Encik Abdul Razak Bujang dari GIATMARA Serian selaku Pegawai Pengesah Luaran (PPL) bagi melaksanakan sesi penilaian untuk Kursus Elektrik.
Lawatan dan sesi penilaian ini merupakan sebahagian daripada proses pengesahan bagi memastikan pelaksanaan latihan serta penilaian kompetensi dilaksanakan dengan teratur dan memenuhi standard yang ditetapkan.

Semoga sesi penilaian ini berjalan lancar serta terus menyokong usaha ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan dalam melahirkan tenaga mahir TVET yang kompeten dan berkualiti.

.0

Selamat Menyambut Hari Malaysia Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara lahir daripada perpaduan, kebersa...
15/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara lahir daripada perpaduan, kebersamaan dan semangat saling menghormati dalam kepelbagaian.

Marilah kita terus berganding bahu, menyemai semangat muhibah serta bersama-sama membina Malaysia yang aman, maju dan sejahtera untuk generasi masa hadapan.
Bersama dalam kepelbagaian, teguh dalam perpaduan.

Salam Hari Malaysia daripada
Pengarah dan seluruh Warga ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan.

Address

Lot 249, Blok 14, Sarawak Natural Resource Park, Kuching-Samarahan Expressway

94300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082465100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your university to be the top-listed university?

Share