Faculty of Sports Science and Recreation Sarawak

Faculty of Sports Science and Recreation Sarawak Official FB page for Faculty of Sports Science and Recreation,
Universiti Teknologi MARA, Sarawak Br Welcome to official FSR Sarawak facebook.

To all FSR students, please follow this page. Updating news/activities by Faculty of Sports Science and Recreation, UiTM Sarawak

Students' Club:
Diploma in Sports Studies(SR113) - SPORTREC
Degree in Sports Science(SR243) - EXERSCI

Facilities:
FSR Performance Lab
FSR Fitness Centre
FSR Fitness Studio

Salam Takziah Buat Seluruh KeluargaDengan dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Shahrul Yusri bin Rilianto, pelajar Se...
25/08/2026

Salam Takziah Buat Seluruh Keluarga
Dengan dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Shahrul Yusri bin Rilianto, pelajar Semester 6 (SR113), Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Cawangan Sarawak, telah kembali ke rahmatullah pada 25 Ogos 2026.
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadahnya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah. 🤲
Ikhlas daripada
Puan Asmalini Hj Che Abu Shafie
Ketua Pusat Pengajian
serta seluruh warga FSR
UiTM Cawangan Sarawak.

MESYUARAT PENYELARASAN GYMNASIUM KOLEJ SERI GADINGTelah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Gymnasium Kolej Seri Gading p...
24/08/2026

MESYUARAT PENYELARASAN GYMNASIUM KOLEJ SERI GADING
Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Gymnasium Kolej Seri Gading pada 5 Ogos 2026 (Rabu), bertempat di Bilik Mesyuarat HEP, Kampus Samarahan 2 pada jam 9.00 pagi.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Saimi bin Bujang, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sarawak dan turut dihadiri oleh Encik Mohd Fauzi Zainuddin, Timbalan Pegawai Sukan, Puan Asmalini binti Hj. Che Abu Shafie, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Dr. Patricia Pawa Pitil selaku pembentang pelaksanaan gymnasium, para Pensyarah FSR serta staf Unit Sukan.
Dalam mesyuarat ini, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) telah diberikan mandat untuk mengendalikan Gymnasium Kolej Seri Gading yang bakal dinamakan sebagai FSR FitHer Center sebagai kemudahan yang dapat dimanfaatkan khususnya bagi penempatan pelajar praktikal, aktiviti penyelidikan serta pelaksanaan program dan aktiviti kecergasan staf wanita dan pelajar wanita kolej UiTM Kampus Samarahan.
Inisiatif ini diharapkan dapat memperkukuh kerjasama antara FSR, Unit Sukan dan pihak kolej, di samping menyediakan ruang yang kondusif untuk menyokong pembangunan kecergasan, pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang sains sukan.
Semoga FSR FitHer Center, Kolej Seri Gading ini terus memberikan manfaat kepada warga UiTM dan menjadi platform dalam membudayakan gaya hidup aktif, sihat dan cergas. 💪🏋️‍♀️

Bengkel Pemantapan Penerbitan dan Penyelidikan FSRAlhamdulillah, telah berlangsung Bengkel Pemantapan Penerbitan dan Pen...
24/08/2026

Bengkel Pemantapan Penerbitan dan Penyelidikan FSR
Alhamdulillah, telah berlangsung Bengkel Pemantapan Penerbitan dan Penyelidikan Fakulti Sains Sukan & Rekreasi (FSR), UiTM Cawangan Sarawak pada 17 Ogos 2026 (Isnin), bertempat di B101, Aras 1, UiTM Kampus Samarahan.
Bengkel yang disertai oleh semua pensyarah FSR ini memberi fokus kepada pemantapan aspek penerbitan, penyelidikan serta permohonan geran penyelidikan, sebagai usaha memperkukuh budaya penyelidikan dan meningkatkan kecemerlangan akademik dalam kalangan warga fakulti.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ts. Dr. Nurzawani binti Md Sofwan, Pensyarah, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Sarawak atas kesudian menjadi penceramah jemputan serta berkongsi ilmu, pengalaman dan pandangan yang sangat bermanfaat.
Semoga ilmu dan perkongsian yang diperoleh melalui bengkel ini dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak cadangan penyelidikan yang berkualiti, kejayaan dalam permohonan geran, penerbitan berimpak tinggi serta penghasilan penyelidikan yang memberi manfaat kepada masyarakat dan bidang sains sukan.

Semoga segala usaha dan komitmen seluruh warga FSR terus dipermudahkan dan membuahkan hasil yang terbaik demi kecemerlangan fakulti dan UiTM Cawangan Sarawak.

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat. 🌷

Ikhlas daripada:
Puan Asmalini Binti Hj Che Abu Shafie
Ketua Pusat Pengajian
Serta Seluruh Warga
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
UiTM Cawangan Sarawak

🎉 Setinggi-tinggi Tahniah 🎉Seluruh warga Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Cawangan Sarawak merakamkan seting...
04/08/2026

🎉 Setinggi-tinggi Tahniah 🎉
Seluruh warga Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Cawangan Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Asmalini binti Hj. Che Abu Shafie, Ketua Pusat Pengajian merangkap Pensyarah Kanan, atas penerimaan Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B.) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak.
Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap dedikasi, komitmen dan sumbangan berterusan Puan Asmalini dalam memperkasakan kecemerlangan fakulti, universiti serta pembangunan pendidikan tinggi.
Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga FSR untuk terus berbakti, cemerlang dan mengharumkan nama UiTM Cawangan Sarawak.
Ikhlas daripada:
Seluruh warga Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
UiTM Cawangan Sarawak. 💙💛

🌟 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH! 🌟

UiTM Cawangan Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Asmalini bt. Hj. Che Abu Shafie, Pensyarah Kanan merangkap Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, atas penerimaan Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B.) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan atas jasa, dedikasi dan sumbangan beliau dalam perkhidmatan serta komitmen berterusan kepada kecemerlangan UiTM Cawangan Sarawak.

Syabas dan tahniah, Puan Asmalini! 👏🎖️

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus mencipta kecemerlangan dan memberikan khidmat terbaik kepada universiti, masyarakat dan negeri Sarawak.

Daripada Rektor & seluruh warga UiTM Cawangan Sarawak

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi yang telah memperolehi 2 Pingat Emas serta ...
18/07/2026

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi yang telah memperolehi 2 Pingat Emas serta mencatat Personal best dalam Kejohanan Sirkit PARA Olahraga Kebangsaan 2026 di IPG Cheras, Kuala Lumpur.
Nama: Nur Farhani binti Kudus
Pencapaian: 2 Pingat Emas
Sukan: Olahraga
Kategori: Lari pecut 100m (13.93 saat) & 200m (29.72 saat)
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi serta seluruh warga UiTM mengucapkan tahniah dan amat berbangga dengan pencapaian tersebut. Syabas diucapkan!
Ikhlas daripada
Puan Asmalini Hj Che Abu Shafie
Ketua Pusat Pengajian
Serta Seluruh Warga FSR
UiTM Cawangan Sarawak

Alhamdulillah.Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Cawangan Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan u...
18/07/2026

Alhamdulillah.
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Cawangan Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Puan Sri Noorzilah Mohammad Ali serta Naza Power Sdn. Bhd. atas sumbangan 12 unit peralatan gimnasium secara waqf kepada UiTM Cawangan Sarawak.
Sumbangan yang amat bermakna ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada warga UiTM Sarawak dalam mengamalkan gaya hidup sihat, malah akan memperkukuhkan proses pembelajaran dan pengajaran di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. Kemudahan ini dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dalam sesi amali, latihan, penyelidikan, gaya hidup sihat serta pembangunan kompetensi dalam bidang kecergasan, sekali gus melahirkan graduan yang lebih kompeten dan berdaya saing.
FSR turut merakamkan penghargaan kepada Dr. Patricia Pawa Pitil, Penyelia Strength & Conditioning Lab FSR UiTM Sarawak, atas komitmen dan kerjasama erat bersama Encik Mohd Fauzi Zainuddin, Ketua Unit Sukan UiTM Cawangan Sarawak, dalam menyelaras urusan perpindahan, pemasangan dan penerimaan peralatan gimnasium ini sehingga semuanya berjalan dengan lancar.
Semoga sumbangan waqaf ini menjadi amal jariah yang berterusan buat Allahyarham Tan Sri Dato’ Dr. Muhammad Ali Hashim, YBhg. Puan Sri Noorzilah Mohammad Ali serta seluruh keluarga dan pihak Naza Power Sdn. Bhd. Mudah-mudahan segala kebaikan ini akan terus memberi manfaat kepada generasi pelajar UiTM Sarawak pada masa kini dan akan datang.
Sekali lagi, jutaan terima kasih atas kepercayaan dan keprihatinan yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama antara industri dan institusi pendidikan tinggi seperti ini akan terus diperkukuhkan demi pembangunan modal insan dan kecemerlangan sukan negara.

Ikhlas daripada:
Puan Asmalini Hj Che Abu Shafie
Ketua Pusat Pengajian
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
UiTM Cawangan Sarawak

Terima kasih, Petronas Sarawak!Alhamdulillah, pada 10 dan 11 Julai 2026, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Cawangan...
18/07/2026

Terima kasih, Petronas Sarawak!
Alhamdulillah, pada 10 dan 11 Julai 2026, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Cawangan Sarawak berbesar hati menerima jemputan daripada Petronas Sarawak untuk berkongsi ilmu dalam Bengkel Perkongsian Pengetahuan Pembangunan Bola Sepak Akar Umbi PYFCT 2026 yang berlangsung di Sheraton Hotel, Kuching. Terima kasih turut diucapkan kerana menjemput peserta dari kalangan pelajar-pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Sarawak untuk menimba pengalaman selama 2 hari tersebut.
Sesi perkongsian bertajuk “Fundamentals of Sports Science in Grassroots Football Development” telah disampaikan oleh Encik Mohd Asmadzy Bin Ahmad Basra, Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang mengetengahkan kepentingan aplikasi sains sukan dalam pembangunan bola sepak akar umbi. Perkongsian ini merangkumi aspek asas sains sukan yang mampu membantu meningkatkan pembangunan atlet muda secara lebih sistematik, selamat dan berprestasi tinggi.
Program selama dua hari ini turut menghimpunkan tokoh-tokoh berpengalaman dalam pembangunan bola sepak negara, sekali gus menjadi platform terbaik untuk perkongsian ilmu, pengalaman serta jaringan kerjasama antara agensi, institusi pendidikan dan penggiat bola sepak.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Petronas Sarawak atas kepercayaan dan jemputan kepada Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Cawangan Sarawak untuk bersama-sama menyumbang kepakaran dalam program yang begitu bermakna ini.
Semoga kolaborasi strategik seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dalam memperkasakan pembangunan sains sukan dan bola sepak akar umbi di Sarawak, seterusnya melahirkan lebih ramai atlet, jurulatih dan penggerak sukan yang berkualiti demi kemajuan sukan negeri dan negara.
Ikhlas daripada,
Puan Asmalini Hj. Che Abu Shafie
Ketua Pusat Pengajian
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
UiTM Cawangan Sarawak

⚽ Membangunkan akar umbi hari ini, melahirkan bintang masa depan esok.

KURSUS SAINS SUKAN LEVEL 1Anjuran Kerjasama Institut Sukan Negara (ISN) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)Tahniah ...
18/07/2026

KURSUS SAINS SUKAN LEVEL 1
Anjuran Kerjasama Institut Sukan Negara (ISN) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Encik Wan Firdaus Bin Wan Chik, Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Cawangan Sarawak, atas jemputan sebagai penceramah bagi Kursus Sains Sukan Level 1 yang telah berlangsung pada 15 Julai 2026 di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS.
Beliau telah menyampaikan perkongsian ilmu menerusi topik “Suaian Fizikal” kepada 66 orang peserta yang terdiri daripada jurulatih, guru, staf dan pelajar UNIMAS. Program ini turut dibantu oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan, Fadhlan, dalam melancarkan perjalanan sesi.
Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta serta terus memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi dalam usaha memperkasa pembangunan sains sukan di Malaysia.
Ikhlas daripada:
Puan Asmalini Hj Che Abu Shafie
Ketua Pusat Pengajian
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
UiTM Cawangan Sarawak

Majlis Inspirasi dan Apresiasi (MIA) Fakulti Sains Sukan & Rekreasi 2026Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima ka...
14/07/2026

Majlis Inspirasi dan Apresiasi (MIA) Fakulti Sains Sukan & Rekreasi 2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Prof. Dr. Firdaus Abdullah, Rektor UiTM Cawangan Sarawak, atas kesudian meluangkan masa untuk hadir seterusnya menyempurnakan Majlis Inspirasi dan Apresiasi (MIA) Fakulti Sains Sukan & Rekreasi 2026 yang telah berlangsung pada 3 Julai 2026 di Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan.
Turut dirakamkan penghargaan kepada YBrs. Profesor Madya Ts. ChM. Dr. Haji Mohammad Isa Mohamadin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (HEA), atas kehadiran dan sokongan yang diberikan, sekali gus menyemarakkan lagi kemeriahan majlis.
Kehadiran barisan pengurusan tertinggi universiti memberikan suntikan semangat dan inspirasi kepada seluruh warga Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, khususnya para pelajar yang diraikan atas kecemerlangan akademik, kepimpinan serta penglibatan aktif dalam pembangunan sahsiah dan komuniti.
Semoga sokongan dan dorongan berterusan daripada pihak pengurusan universiti akan terus memperkukuh usaha fakulti dalam melahirkan graduan yang holistik, berdaya saing, berintegriti dan berjiwa kepimpinan.

Fakulti Sains Sukan & Rekreasi (FSR), UiTM Cawangan Sarawak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Puan Abbylolita Sullah, selaku penasihat program, atas komitmen, kepimpinan dan bimbingan yang cemerlang sehingga berjayanya penganjuran Majlis Inspirasi dan Apresiasi (MIA) 2026 bersama Persatuan Sportrec FSR.

Penghargaan turut dizahirkan kepada seluruh jawatankuasa penganjur daripada Persatuan Sportrec FSR yang telah bertungkus-lumus merancang dan melaksanakan majlis dengan penuh dedikasi serta profesionalisme. Kejayaan penganjuran ini mencerminkan semangat kerjasama, kepimpinan dan kecemerlangan yang menjadi budaya warga FSR.

Tahniah juga diucapkan kepada semua penerima Anugerah Dekan, Penerima Anugerah Penasihat Akademik Terbaik, serta King & Queen MIA 2026 atas pengiktirafan yang diterima. Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin untuk terus mengorak langkah mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kepimpinan, sahsiah dan kokurikulum.

Semoga Majlis Inspirasi dan Apresiasi terus menjadi wadah untuk menghargai kecemerlangan, menyemarakkan semangat warga FSR serta melahirkan graduan yang berdaya saing, berintegriti dan berjiwa pemimpin.

Tahniah dan syabas kepada semua!

Ikhlas daripada
Puan Asmalini Hj Che Abu Shafie
Ketua Pusat Pengajian
Serta Seluruh Warga FSR
UiTM Cawangan Sarawak

🏃‍♂️ SULAM DEPORTES: Prevent, Recover, Perform 🏃‍♀️Pada 22 Jun 2026, Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, UiTM Cawangan Saraw...
14/07/2026

🏃‍♂️ SULAM DEPORTES: Prevent, Recover, Perform 🏃‍♀️
Pada 22 Jun 2026, Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, UiTM Cawangan Sarawak melalui pelajar Semester 6 (SR243) telah berjaya menganjurkan Program SULAM DEPORTES: Prevent, Recover, Perform di SMK Tabuan Jaya, Kuching sebagai sebahagian daripada penilaian kursus SPS655 – Applied Principles of Sport Coaching.
Program ini melibatkan 62 orang pelajar penganjur dan disertai oleh 104 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pusat Pengajian Sains Sukan & Rekreasi, Pn. Asmalini bt. Haji Che Abu Shafie, dengan bimbingan penasihat program Cik Theresa Ahing diiringi pensyarah jemputan oleh Cik Adjullea James @ Noew.
Sepanjang program, para peserta didedahkan kepada kepentingan pencegahan kecederaan, proses pemulihan, dan teknik-teknik asas yang boleh diaplikasikan dalam aktiviti sukan seperti:
✅ Urutan sukan (Sports Massage)
✅ Pemanasan badan yang betul
✅ Taping
✅ PNF Stretching
Program berteraskan Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) ini bukan sahaja memenuhi keperluan silibus kursus, malah menjadi platform kepada pelajar UiTM untuk berkongsi ilmu dan berinteraksi secara langsung dengan komuniti sekolah. Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan komuniti, para peserta berpeluang mempelajari kemahiran praktikal yang dapat membantu mengurangkan risiko kecederaan serta meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan dalam sukan.
Semoga program seperti ini terus memberi impak positif kepada masyarakat serta melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah mampu menyumbang kepakaran kepada komuniti.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, khususnya pihak SMK Tabuan Jaya, para pensyarah, fasilitator, dan semua peserta atas komitmen serta kerjasama yang diberikan.

Address

Kota Samarahan
94300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faculty of Sports Science and Recreation Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share