11/02/2026
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 '𝑴𝒀𝑺𝑻𝑬𝑹𝒀 𝑺𝑯𝑶𝑷𝑷𝑰𝑵𝑮' (𝐌𝐒) 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐄𝐂𝐎𝐒𝐘𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐐𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐘 𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 (𝐌𝐐𝐒) 𝐊𝐄 𝐆𝐈𝐀𝐓𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑.
RABU | 11/02/2026
Lawatan MS dilaksanakan bertujuan untuk memastikan budaya Pensijilan MQS diamalkan secara kekal bagi mewujudkan ekosistem yang selamat dan kondusif di GIATMARA Pengerang.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pemantauan berterusan bagi memastikan piawaian kualiti MARA sentiasa dipatuhi dan diamalkan secara konsisten. Hasil laporan lawatan ini akan di majukan kepada Jawatankuasa Pensijilan Standard MARA akan memutuskan samada Sijil MQS dikekalkan atau dibatalkan.
Lawatan ini telah dihadiri oleh Encik Mohd Syzry Affendy bin Muhamad Said dari KPM Ayer Molek dan Encik Mohamad Anwar bin Mat Sim dari PGN Johor.
Penilaian Mystery Shopping ini memberi tumpuan kepada pengalaman pelanggan, kecekapan penyampaian perkhidmatan, pengurusan fasiliti, tahap kebersihan dan keselamatan, serta suasana persekitaran pembelajaran. Ia juga menilai sejauh mana warga kerja menghayati budaya kerja berteraskan profesionalisme, integriti dan mesra pelanggan selaras dengan standard MQS.
Sebagai institusi TVET yang komited melahirkan pelatih berkemahiran dan berdaya saing, GIATMARA Pengerang sentiasa menitikberatkan penambahbaikan berterusan (continuous improvement) dalam setiap aspek pengurusan dan operasi.
Pelaksanaan MQS bukan sekadar memenuhi keperluan pensijilan, malah menjadi pemacu kepada pembentukan ekosistem pendidikan yang sistematik, selamat, kondusif dan berkualiti tinggi.
Dengan semangat kerja berpasukan dan komitmen yang berterusan, GIATMARA Pengerang akan terus memperkasa budaya kualiti demi memastikan setiap pelatih menerima perkhidmatan dan pengalaman pembelajaran yang terbaik.