Politeknik Hulu Terengganu

Directions Contact the university

Politeknik Hulu Terengganu PHT (POLITEKNIK HULU TERENGGANU) Kemudian telah berpindah ke kampus utama PHT yang terletak di Kuala Jeneris pada 19 Julai 2020. Azahan Hj.

Politeknik Hulu Terengganu atau dengan singkatannya PHT merupakan salah sebuah politeknik di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Tinggi memulakan operasi pada 2 Mei 2008 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dengan menawarkan 2 program utama iaitu Diploma Perakaunan dan Diploma Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti. Pada Jun 2010, PHT telah memindahkan operasi ke Daerah Hulu Terengganu dengan menyewa salah sebuah bangunan yang dimiliki oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu di Bandar Kuala Berang. Pada 1 Mac 2021, dua program baharu beroperasi di bawah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Hingga kini, PHT mempunyai hampir 600 orang pelajar dengan kekuatan kakitangan seramai 75 orang yang terdiri daripada pelbagai kelulusan diketuai oleh Hj. Daud sebagai pengarah PHT. Antara jabatan utama yang terdapat di PHT ialah Jabatan Perdagangan, Jabatan Pelancongan & Hospitaliti dan Jabatan Pengajian Am. Youtube Channel PHT
PHT Shout Out

Instagram
polihuluterengganu_official

Twitter
polihtrg

24.9.2026 | PROGRAM OUTREACH PROMOSI PHT SEMPENA HARI KOKURIKULUM & HARI KOPERASI SMA MAHMUDIAHPoliteknik Hulu Terenggan...
24/09/2026

24.9.2026 | PROGRAM OUTREACH PROMOSI PHT SEMPENA HARI KOKURIKULUM & HARI KOPERASI SMA MAHMUDIAH

Politeknik Hulu Terengganu (PHT) terus memperkasa agenda promosi pendidikan dan memperluas jalinan strategik bersama institusi pendidikan menerusi Program Outreach Promosi sempena Hari Kokurikulum & Hari Koperasi SMA Mahmudiah, Kuala Berang yang berlangsung pada 24 September 2026 (Khamis) di SMA Mahmudiah, Kuala Berang.

Program ini menjadi wadah berimpak dalam memperkenalkan peluang pendidikan tinggi, laluan pengajian serta keistimewaan pendidikan TVET kepada para pelajar, khususnya sebagai persediaan awal dalam merancang masa depan akademik dan kerjaya.

PHT terus melangkah, mendekati generasi muda, mencetus inspirasi dan membuka lebih luas cakrawala masa depan melalui pendidikan TVET yang dinamik, relevan dan berdaya saing. 🚀🎓










24.9.2026 | PROGRAM PEMBELAJARAN & PEMULIHARAAN ALAM DI WETLAND SCHOOL OF SETIUProgram di Wetland School of Setiu telah ...
24/09/2026

24.9.2026 | PROGRAM PEMBELAJARAN & PEMULIHARAAN ALAM DI WETLAND SCHOOL OF SETIU

Program di Wetland School of Setiu telah berlangsung pada 23 September 2026 dengan penuh pengisian melalui pelbagai aktiviti berkonsepkan pendidikan alam sekitar, pemuliharaan dan ekopelancongan.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta, Meet & Greet serta sarapan pagi sebelum peserta mengikuti Conservation Cinema yang memberikan pengenalan ringkas berkaitan program serta aspek keselamatan.

Seterusnya, peserta menyertai aktiviti Mangrove Paw Paw (senaman pagi) yang berkonsepkan alam sekitar sebelum meneruskan Modul ESG Living Lab yang merangkumi aktiviti semaian anak pokok bakau, baik pulih nursery, penanaman pokok bakau dan mangrove cleanup.

Pada sesi berikutnya, peserta bergerak ke Kuala Baru dan menyertai Modul Mangrove Class yang terdiri daripada aktiviti mangrove trekking dan lokan hunting. Aktiviti ini memberi peluang kepada peserta untuk meneroka ekosistem bakau serta mengenali biodiversiti dan sumber semula jadi yang terdapat di kawasan tersebut.

Setelah selesai aktiviti, peserta kembali ke Wetland School of Setiu untuk membersihkan diri, menunaikan solat dan menikmati makan tengah hari bersama. Program diteruskan dengan aktiviti Baked Satar dan Lokan BBQ sebagai pengalaman tambahan dalam mengenali makanan serta hasil tempatan.

Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja memberikan pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah, malah meningkatkan kesedaran peserta terhadap kepentingan pemeliharaan ekosistem bakau, kelestarian alam sekitar dan pemanfaatan sumber semula jadi secara bertanggungjawab.

Program dijangka tamat pada jam 2.00 hingga 3.00 petang dengan sesi penutup dan ucapan Sayonara, Jumpa Lagi!

Bersama Mendidik, Bersama Memelihara Alam.

24.9.2026 | MINI SEMINAR BEYOND THE NUMBERS: NAVIGATING CORPORATE GOVERNANCE, ETHICS, AND CSR IN MODERN ACCOUNTINGJabata...
23/09/2026

24.9.2026 | MINI SEMINAR BEYOND THE NUMBERS: NAVIGATING CORPORATE GOVERNANCE, ETHICS, AND CSR IN MODERN ACCOUNTING

Jabatan Perdagangan, Politeknik Hulu Terengganu (PHT) telah mengadakan Mini Seminar BEYOND THE NUMBERS: Navigating Corporate Governance, Ethics, and CSR in Modern Accounting yang dianjurkan oleh pelajar Diploma Akauntansi DAT 5C di bawah kursus Professional Ethics (DPA50173).

Seminar yang berlangsung pada 22 September 2026 ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai kepentingan etika profesional, tadbir urus korporat dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam profesion perakaunan.

Program turut menampilkan Puan Raudhah binti Kasim @ Hashim, Penolong Bendahari Kanan Pejabat Bendahari Universiti Malaysia Terengganu sebagai penceramah jemputan. Sesi perkongsian dan soal jawab memberikan peluang kepada para pelajar untuk menimba ilmu serta memahami cabaran etika yang mungkin dihadapi dalam alam pekerjaan.

Turut hadir semasa sesi ini iaitu Puan Faridah binti Abu Bakar Ketua Jabatan Perdagangan, Puan Nurul Aseaking binti Ismail selaku penyelaras kursus Professional Ethics, Puan Sunita binti Embong, Ketua Program Diploma Akauntansi.

Semoga program ini dapat memberikan pengalaman bermakna kepada para pelajar serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan etika, integriti dan akauntabiliti dalam profesion perakaunan.

PHT INDUSTRIAL SYNERGY 3.0: MEMPERKASA JALINAN STRATEGIK INDUSTRI & AKADEMIKUnit CISEC, Politeknik Hulu Terengganu telah...
23/09/2026

PHT INDUSTRIAL SYNERGY 3.0: MEMPERKASA JALINAN STRATEGIK INDUSTRI & AKADEMIK

Unit CISEC, Politeknik Hulu Terengganu telah berjaya menganjurkan program PHT Industrial Synergy 3.0: Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri 2026. Program ini merupakan platform utama dalam memastikan hala tuju dan kualiti pendidikan di PHT sentiasa relevan serta memenuhi kehendak sebenar pasaran kerja semasa.

Majlis kali ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan istimewa, Dr. Teo Hong Chun, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (BKIK), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan penasihat industri yang hadir mencurahkan kepakaran, idea, dan pengalaman mereka. Penasihat industri PHT terdiri daripada Homestay Teluk Ketapang, Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Terengganu Alaf Baru, Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia, Persatuan Kanu Negeri Terengganu, Perhentian Marriott Resort & Spa dan Fairfield by Marriott Kuala Besut, Primula Beach Hotel, Zool Management Sdn Bhd dan SMY Associates SDn BHd.

Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga, program diakhiri dengan sesi penyampaian Sijil Penghargaan kepada semua rakan industri. Penyerahan ini adalah bagi menghargai segala sumbangan bermakna, komitmen padu, serta kerjasama strategik yang telah terjalin sepanjang tahun 2024 hingga 2026. Semoga sinergi erat antara PHT dan rakan-rakan industri akan terus teguh demi melahirkan graduan TVET yang kompeten, berdaya saing, dan menjadi rebutan majikan.

23.9.2026 | SEMINAR MARKETING BEYOND THE CLASSROOM: OPPORTUNITIES IN THE FINANCIAL PROTECTION INDUSTRYJabatan Perdaganga...
23/09/2026

23.9.2026 | SEMINAR MARKETING BEYOND THE CLASSROOM: OPPORTUNITIES IN THE FINANCIAL PROTECTION INDUSTRY

Jabatan Perdagangan dengan kerjasama Unit CISEC Politeknik Hulu Terengganu (PHT) telah menganjurkan Program Marketing Beyond the Classroom: Opportunities in the Financial Protection Industry sebagai satu platform untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai dunia pemasaran dan industri perlindungan kewangan.

Program ini menampilkan Encik Mohd Fathie Zaim, Pengurus Agensi Fathie & Sahabat, sebagai penceramah jemputan.Agensi Fathie & Sahabat adalah salah satu rakan kolaborasi Jabatan Perdagangan PHT. Perkongsian yang disampaikan memberikan gambaran yang lebih jelas kepada para pelajar tentang peluang kerjaya, peranan pemasaran serta kepentingan industri perlindungan kewangan dalam kehidupan masyarakat.

Melalui program ini, para pelajar berpeluang mendapatkan ilmu dan pengalaman daripada perspektif industri secara langsung. Sesi perkongsian turut membantu pelajar menghubungkan teori dan konsep pemasaran yang dipelajari di dalam kelas dengan situasi sebenar dalam dunia pekerjaan dan perniagaan.

Selain itu, program ini menjadi ruang kepada para pelajar untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri, pemikiran kritis dan pengetahuan berkaitan bidang pemasaran. Perkongsian daripada penceramah juga diharapkan dapat membuka minda pelajar tentang pelbagai peluang yang boleh diceburi selepas tamat pengajian.

Semoga program ini dapat memberikan manfaat dan pengalaman yang bermakna kepada semua peserta serta menjadi inspirasi kepada para pelajar untuk terus mengembangkan potensi diri dalam bidang pemasaran dan industri kewangan.

Turut hadir sama program ini Puan Nurul Aseaking binti Ismail selaku Ketua Unit CISEC dan Puan Che Ku Norzuraida binti Che Ku Long selaku penyelaras IEEP PHT.

23.9.2026 | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2026M/1448H PERINGKAT POLITEKNIK HULU TERENGGANUPoliteknik Hulu Terengganu (PHT) pad...
23/09/2026

23.9.2026 | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2026M/1448H PERINGKAT POLITEKNIK HULU TERENGGANU

Politeknik Hulu Terengganu (PHT) pada 22 September 2026 telah menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul 2026M/1448H sebagai wadah menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan ini bukan sekadar memperingati kelahiran insan agung, bahkan menjadi ruang untuk warga PHT menghayati kembali sirah, akhlak dan sunnah Baginda sebagai pedoman dalam membina peribadi unggul serta kehidupan yang diredai Allah SWT.

Sambutan bermula dengan perarakan berselawat bermula dari Pusat Islam Al-Hijrah PHT dan berakhir di Dewan Batu Bersurat. Semua staf dan pelajar turut serta dalam perarakan ini bagi menandakan dan menunjukkan rasa kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ishamuddin Haji Ishak, Pengarah PHT, yang turut menyeru seluruh warga PHT agar menjadikan keperibadian Rasulullah SAW sebagai inspirasi dalam melaksanakan amanah, membudayakan nilai murni serta memperkukuh ukhuwah sesama warga institusi. Semangat “Mencintai Rasulullah SAW, Meneladani Akhlaknya” hendaklah diterjemahkan melalui amal, tutur kata dan tindakan dalam kehidupan seharian.

Sesungguhnya, Maulidur Rasul bukan sekadar sebuah peristiwa yang dikenang setiap tahun, tetapi sebuah momentum untuk kita kembali menelusuri jejak insan pilihan Allah SWT. Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus bersemi dalam setiap jiwa warga PHT, menjadi suluh yang menerangi perjalanan dalam menabur bakti, membina kecemerlangan dan melahirkan generasi berilmu, berakhlak serta berintegriti. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad ﷺ

22.9.2026 | Program Inisiatif Foodbank Dapur Siswa MADANIPrihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa, Inisia...
22/09/2026

22.9.2026 | Program Inisiatif Foodbank Dapur Siswa MADANI

Prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa, Inisiatif Food Bank Dapur Siswa MADANI telah dilaksanakan sebagai salah satu usaha menyokong keperluan asas pelajar, khususnya dalam memastikan tiada mahasiswa yang terpinggir daripada mendapatkan makanan yang mencukupi sepanjang tempoh pengajian.

Majlis Perasmian Inisiatif Foodbank Dapur Siswa MADANI telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Ishamuddin bin Ishak, Pengarah Politeknik Hulu Terengganu. Turut hadir ialah Encik Azmi bin Ismail selaku Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Encik Mohd Afifi bin Mohd Sarib, Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan serta Puan Razia Malini binti Mohd selaku Penasihat Gerakan Pengguna Siswa Politeknik Hulu Terengganu.

Majlis Penyerahan Inisiatif Foodbank Dapur Siswa MADANI yang telah dilaksanakan pada hari ini melibatkan seramai 100 orang penerima dalam kalangan mahasiswa.

Semoga Inisiatif Foodbank Dapur Siswa MADANI ini terus memberi manfaat kepada para pelajar dan menjadi satu lagi bukti komitmen Politeknik Hulu Terengganu dalam menjaga kebajikan serta kesejahteraan pelajarnya.

22.9.2026 | PELAJAR DRT SEBAGAI SUKARELAWAN INTERNATIONAL MOUNT BEREMBUN CLIMBATHON CHALLENGE 2026Seramai 29 orang pelaj...
22/09/2026

22.9.2026 | PELAJAR DRT SEBAGAI SUKARELAWAN INTERNATIONAL MOUNT BEREMBUN CLIMBATHON CHALLENGE 2026

Seramai 29 orang pelajar Semester 5, Diploma Pelancongan Rekreasi (DRT), Politeknik Hulu Terengganu (PHT) telah terlibat sebagai sukarelawan dalam International Mount Berembun Climbathon Challenge 2026 yang berlangsung pada 17 hingga 19 September 2026.

Penglibatan ini disertai oleh pensyarah pengiring, Puan Izyan Sabihah Zahari, yang bersama-sama membimbing dan memantau penglibatan pelajar sepanjang program berlangsung.

Sebagai sukarelawan, para pelajar DRT berpeluang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pelaksanaan acara rekreasi luar secara tidak langsung memperoleh pengalaman sebenar dalam aspek pengurusan peserta, operasi acara, keselamatan, komunikasi, kerja berpasukan dan pengendalian aktiviti rekreasi di kawasan hutan dan pergunungan.

Penyertaan sukarelawan dalam acara bertaraf antarabangsa ini turut memberi ruang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di dalam kelas dalam situasi sebenar, khususnya berkaitan pengurusan rekreasi, pengendalian aktiviti luar dan pengurusan acara sukan rekreasi.

Pengalaman sebegini bukan sahaja memperkukuh kompetensi profesional pelajar malah membina keyakinan, ketahanan diri dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar DRT sebagai bakal tenaga profesional dalam industri pelancongan dan rekreasi.

Syabas dan tahniah kepada semua pelajar DRT yang telah memberikan komitmen sepanjang International Mount Berembun Climbathon Challenge 2026!

Terima kasih diucapkan kepada penganjur program iaitu TAC Outdoor dan Terengganu Backpackers kerana memberi peluang ini kepada pelajar kami.







22.9.2026 | Career Launchpad: Mastering the Job HuntPada 21 September 2026, Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Am P...
22/09/2026

22.9.2026 | Career Launchpad: Mastering the Job Hunt

Pada 21 September 2026, Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Am Politeknik Hulu Terengganu telah menganjur program Industry Expert Enrichment Program (IEEP) yang bertajuk Career Launchpad : Mastering the Job Hunt. Program ini melibatkan semua pelajar yang mengambil Kursus Communicative English 3 dan English for Professional Communication in Tourism and Hospitality daripada semester 2, 4 dan 5.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan sebenar kepada para pelajar mengenai keperluan industri terkini dalam proses pencarian kerja, melalui sesi perkongsian ilmu dan bimbingan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Human Resource Development (T-HRDC), En Aminudin Bin Omar. T-HRDC merupakan sebuah syarikat yang berteraskan usaha membantu graduan mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian. Antara perkongsian penting yang diberikan melalui program ini adalah mengenai cara penyediaan resume berimpak tinggi serta tip-tip penting Job Hunting Mechanics yang diperlukan pelajar untuk melangkah ke alam kerjaya selepas tamat pengajian.

21.9.2026 | BENGKEL INTENSIF MUETUnit Bahasa Inggeris, Politeknik Hulu Terengganu telah berjaya menganjurkan Bengkel Int...
21/09/2026

21.9.2026 | BENGKEL INTENSIF MUET

Unit Bahasa Inggeris, Politeknik Hulu Terengganu telah berjaya menganjurkan Bengkel Intensif MUET selama dua hari yang bertujuan untuk membekalkan para pelajar dengan strategi dan teknik peperiksaan yang kritikal.

Daripada mempertingkatkan kemahiran Mendengar (Listening) dan menguasai pemahaman Membaca (Reading), sehinggalah membina keyakinan Bertutur (Speaking) serta merangka ayat Penulisan (Writing) yang cemerlang, para peserta telah memberikan komitmen 100% dalam setiap modul!

PHT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Annieza dari SMK Menerong atas penyampaian bengkel yang sangat berimpak tinggi, serta kepada Puan Maizan selaku Ketua Kursus Bahasa Inggeris atas penyampaian cenderamata penghargaan bagi sesi tersebut.

Terima kasih kepada semua pelajar atas dedikasi yang ditunjukkan sepanjang program ini berlangsung. Semoga ilmu yang diperoleh dapat membimbing anda mencapai keputusan MUET yang cemerlang!

Address

Jalan Pengkalan Gawi Tasik Kenyir, Kuala Jeneris
Kuala Berang
21700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik Hulu Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Politeknik Hulu Terengganu:

Share