10/07/2020
MAN, AKU KENA MSS
Semalam aku berbual dengan kawan aku yang aku namakan H.
H: Man, bulan depan aku last makan gaji.
Aku: Ha, kenapa? Nak Buat bisnes ke?
H: Company aku downsizing. Aku kena MSS. (Note: MSS= Mandatory/Mutual Separation Scheme)
Aku: Allah.š¤¦š»āāļø Pampasan OK tak?
H: Tak berapa OK.
Aku: Herm..Kau ada carum EIS sebelum ni? Alahā¦yang gaji kau kena potong tak sampai RM10 sebulan tu..
H: Ada..Tapi apa kena mengena EIS ngan MSS?
Aku: OK, ramai yang tak tau benda ni..sepatutnya HR ko dah explain pasal benefit EIS ni.
Macam ni, apabila pekerja dibuang atas sebab:
⢠Pertindihan jawatan
⢠VSS/MSS
⢠Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
⢠Company bankrap
Termasuklah jugak bila pekerja resign sebab:
⢠Gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
⢠Kena buat kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan.
š¦š²šŗšš® š»š¶ š¹š®šš®šø šš»šššø š°š¹š®š¶šŗ šÆš²š»š²š³š¶šš® ššš¦.
TAPIā¦.kalau kau kena berhenti kerja sebab:
⢠Masalah disiplin
⢠Kau sukarela nak resign
⢠Dah sampai masa nak bersara
⢠Ataupun contract kau dah tamatā¦
š”š¶ šš²šŗšš® šš®šø š¹š®šš®šø š»š®šø š±š®š½š®š š®š½š®š® šÆš²š»š²š³š¶š ššš¦.
H: Apa benefit2 yang EIS bagi?
Aku: Gaji basic kau sekarang berapa?
H: Ishā¦segan lah nak bagitau..huhu
Aku: Hahahaā¦OK lah. Aku assume gaji kau RM4,500 sebulan. Ok tak?
H: RM 4,650 to be exact..hahaha
Aku: Hahahaā¦ok2ā¦kalau kau nak tauā¦antara benefit EIS. Kau dapat āElaun Cari Pekerjaanā maximum 6 bulan..
H: Elaun? Berapa banyak elaun tu?
Aku: Kalau gaji kau tadi RM 4,650ā¦SOCSO capped dekat RM 3,950 je. So, pengiraan dari bulan pertama sampai bulan ke enam macam ni.
Bulan 1: 80% x RM 3,950 = RM 3,160 sebulan
Bulan 2: 50% x RM 3,950 = RM 1,975 sebulan
Bulan 3: 40% x RM 3,950 = RM 1,580 sebulan
Bulan 4: 40% x RM 3,950 = RM 1,580 sebulan
Bulan 5: 30% x RM 3,950 = RM 1,185 sebulan
Bulan 6: 30% x RM 3,950 = RM 1,185 sebulan
H: Wah, serius dapat elaun macam tu selama 6 bulan??š²š²
Aku: Serius lah....Dengan syarat kau dah carum EIS minimum 2 tahun.baru boleh dapat elaun 6 bulan tu..Agak2 kau dah carum 2 tahun ke tak?
H: Mesti lah..aku dah kerja berbelas tahun kotā¦berbelas tahun dah lah aku carum EIS...
Aku: Hahhaha...š¤£š¤£š¤£
H: Asal kau gelak pulak?
Aku: Nampak sangat nipunya..EIS start Jan 2018 sahabat. Balik nanti kau check payslip kau cukup tak 24 kali ko mencarum...
H: Oh..ye ke? Confident je aku kanš¤haha..OK2 nanti aku check...
Aku: Bukan takat tu je. Kalau kau pergi training sepanjang 6 bulan ko "menganggur" tu, training fees pun kau boleh claim. Tapi maximum RM 4,000 je lah. Pastu kau dapat lagi elaun hadir training maximum RM20 sehari (yang ni ikut kelayakan gaji).Kalau kau tak percaya, kau bukak laman web SOCSO.
H: Ish..betul ke ni Man??? So, macam mana nak mohon?
Aku: 1st, kau and HR kau kena pergi pejabat SOCSO terdekat. Jupa bahagian Industrial Relation kat sana. Both party kena sign some agreement supaya isu berbangkit tak wujud pada masa akan datang. Pastu, kau isi borang dan lampirkan dokumen2 sokongan. Contohnya, employment termination letter and bla2. Pastikan kau mohon tak lebih dari 60 hari daripada tarikh kau diberhentikan kerja..
H: Ok2ā¦nanti aku deal ngan HR akuā¦Serius wei..aku tak tau. Confirm aku apply benefit niā¦
Aku: Kanā¦dari tak dapat apa..Ok jugak lah dapat elaun tu..Dapat gak tampung apa2 yang patut sementara cari kerja baruā¦
H: Betul2ā¦
So, kawan2ā¦kalau nak tau lebih lanjut lagi pasal EIS, korang boleh lah jenguk2 link ni ye:
https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/sistem-insurans-pekerjaan
Sebarkan kepada sesiapa yang terkesan. Moga bermanfaatš
Talian Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000Ā | Faks : 03 - 4256 7798 | E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.