Universiti Sultan Azlan Shah - USAS

Call Directions Website

Universiti Sultan Azlan Shah - USAS Visi kami adalah menyebarkan kesejahteraan sejagat dengan mengembalikan keagungan tradisi institusi dan ilmuwan Islam serta menerokai ilmu-ilmu baharu.
(265)

14 Okt 2026- Majlis perasmian Program SPM Fast Track anjuran Yayasan Perajaran MARA telah diadakan di UNIKL MIAT Sepang,...
15/10/2026

14 Okt 2026- Majlis perasmian Program SPM Fast Track anjuran Yayasan Perajaran MARA telah diadakan di UNIKL MIAT Sepang, Selangor. Majlis dirasmikan oleh YBrs. Ustaz NIk Azizi dari Maybank Islamic, KL dengan dihadiri oleh YBrs Tuan Faisaludin Mohd Yusof , Ketua Pegawai Eksekutif, YPM danYBrs Tuan Fadil Nor Timbalam Pengarah MARA Selangor. Majlis ini juga menyaksikan penyerahan cek bernilai RM 1,818,750 juta dana pendidikan oleh Maybank Islamik kepada YPM untuk Program Huffaz Profesional. USAS Bridging Centre juga antara penerima sumbangan dana pendidikan ini berjumlah RM 664,000 ribu untuk pelajar tahun 2026. Seramai 234 orang pelajar tahfiz/pondok dari 4 institusi pendidikan yang menawarkan program SPM Fast Track hadir menyertai program ini. Seramai 102 pelajar dengan 5 orang guru dan 3 staf pentadbiran UBC hadir dalam program ini.

www.usas.edu.my

14/10/2026

PELUANG SAMBUNG PENGAJIAN DI USAS DILANJUTKAN SEHINGGA 23 OKTOBER 2026!

Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) membuka peluang kepada bakal pelajar yang masih mencari tempat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Permohonan kemasukan bagi program SPM Fast Track, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) kini dilanjutkan sehingga 23 Oktober 2026, merangkumi permohonan secara dalam talian dan walk-in.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada warga USAS dan mulakan langkah anda menuju masa depan yang lebih cerah.

Mohon sekarang dan rebut peluang anda bersama USAS!

🌐 Permohonan: www.usas.edu.my

13/10/2026

KONWANIS 2026 | MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian penutupan oleh Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof, Naib Canselor, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Menutup tirai KONWANIS 2026 dengan penuh makna, semoga segala perkongsian ilmu dan aspirasi yang dibawa menjadi inspirasi dalam memperkasa pendidikan wanita, membina keluarga sejahtera serta melahirkan ummah yang cemerlang dan berdaya maju.

Semoga usaha murni ini terus menyemarakkan peranan wanita sebagai tonggak keluarga dan pemangkin pembangunan ummah yang sejahtera.

Ilmu Disemai, Keluarga Dibina, Ummah Diperkasa.

📚 SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN STAM 2026Seluruh warga Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) mengucapkan selamat maju jaya...
13/10/2026

📚 SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN STAM 2026

Seluruh warga Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2026.

Semoga segala usaha, persediaan dan ilmu yang dipelajari membuahkan kejayaan serta dipermudahkan sepanjang menghadapi peperiksaan. Semoga setiap calon diberikan ketenangan, keyakinan dan memperoleh keputusan yang cemerlang.

Ikhlas daripada Pengurusan Eksekutif dan Warga Universiti Sultan Azlan Shah. 💙💛

🌐 www.usas.edu.my

🌷 KONVENSYEN USULUDDIN – KONWANIS 2026 🌷📚 PENDIDIKAN WANITA & KELUARGA SEJAHTERA✨ “Wanita Pemacu Keluarga Cemerlang, Umm...
13/10/2026

🌷 KONVENSYEN USULUDDIN – KONWANIS 2026 🌷

📚 PENDIDIKAN WANITA & KELUARGA SEJAHTERA
✨ “Wanita Pemacu Keluarga Cemerlang, Ummah Gemilang” ✨

📅 13 Oktober 2026 | Selasa
⏰ 7.50 pagi – 5.30 petang
📍 Auditorium Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

🎙️ PENGISIAN UTAMA ▪️ Ucaptama tokoh terkemuka
▪️ Pengisian pendakwah selebriti
▪️ Pembentangan kertas kerja
▪️ Pembentangan poster
▪️ Pameran tokoh wanita

🤝 Anjuran Jabatan Usuluddin, Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial (FPISS), USAS dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO) wanita.

🌸 Satu wadah ilmu, inspirasi dan perkongsian dalam memperkasa wanita serta membina keluarga yang sejahtera demi kegemilangan ummah.







13/10/2026

Konvensyen Usuluddin (KONWANIS)
Pendidikan Wanita & Keluarga Sejahtera

13/10/2026

Konwanis I Pendidikan Wanita & Keluarga Sejahtera

🎓 PELUANG KEMASUKAN KE USAS DILANJUTKAN!Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) memaklumkan bahawa permohonan kemasukan bagi...
12/10/2026

🎓 PELUANG KEMASUKAN KE USAS DILANJUTKAN!

Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) memaklumkan bahawa permohonan kemasukan bagi program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda untuk pengambilan September 2026 secara dalam talian telah dilanjutkan sehingga 23 Oktober 2026.

Pelajar juga boleh hadir secara walk-in untuk urusan melapor diri bermula 29 September hingga 23 Oktober 2026.

Jangan lepaskan peluang untuk melanjutkan pengajian dan membina masa depan bersama USAS!

🌐 Permohonan: www.usas.edu.my

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
05-618 2828
019-470 7732
019-414 7732

12/10/2026

🌷 KONVENSYEN USULUDDIN – KONWANIS 2026 🌷

📚 PENDIDIKAN WANITA & KELUARGA SEJAHTERA

✨ “Wanita Pemacu Keluarga Cemerlang, Ummah Gemilang” ✨

📅 13 Oktober 2026 | Selasa
⏰ 7.50 pagi – 5.30 petang
📍 Auditorium Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

🎙️ PENGISIAN UTAMA
▪️ Ucaptama tokoh terkemuka
▪️ Pengisian pendakwah selebriti
▪️ Pembentangan kertas kerja
▪️ Pembentangan poster
▪️ Pameran tokoh wanita

🤝 Anjuran Jabatan Usuluddin, Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial (FPISS), USAS dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO) wanita.

🌸 Satu wadah ilmu, inspirasi dan perkongsian dalam memperkasa wanita serta membina keluarga yang sejahtera demi kegemilangan ummah.

📢 Jom hadir dan bersama-sama menjayakan KONWANIS 2026!


PERNAH DIPERLEKEH JUNIOR SEBAB KERJA SAMBILAN DI KANTIN SEKOLAH. "Eh patutlah kerja dekat kantin... sebab dapat pointer ...
09/10/2026

PERNAH DIPERLEKEH JUNIOR SEBAB KERJA SAMBILAN DI KANTIN SEKOLAH.

"Eh patutlah kerja dekat kantin... sebab dapat pointer 2.67 je".

Pedih dan terasa terhina ketika itu beliau ingat sehingga kini. Sukar hendak dilupakan kata-kata pelajar junior tersebut yang masih terngiang-ngiang di telinga.

Begitulah pandangan orang lain terhadap beliau semasa beliau bekerja sambilan di kantin sekolah beliau semasa cuti semester.

Beliau adalah Mohamad Khairun Najmi bin Mohd Fadzli berasal dari Rapat Setia, Ipoh, Perak.

Sebenarnya pada masa tersebut beliau sedang melanjutkan pengajian di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dalam Kursus Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (kepujian).

Kebetulan semasa cuti semester beliau mengambil keputusan untuk bekerja sambilan di kantin tempat beliau sekolah dahulu.

Disebabkan beliau sedar beliau memperolehi pointer yang agak rendah dalam STPM, beliau telah mula aktif sejak semester 1 semasa di USAS.

Beliau juga masih ingat dengan kata-kata seorang penceramah motivasi dalam satu program yang beliau pernah hadir pada tahun 2019.

"Universiti umpama kilang yang mengeluarkan ramai graduan, manakala peluang pekerjaan agak terhad. Kalau hendak bersaing kena bentuk diri sendiri 5 tahun sebelum tamat pengajian".

Dengan kesedaran tersebut beliau mula aktif dalam Persatuan Pengajian Islam sebagai AJK Pembangunan Sumber Manusia.

Beliau juga aktif menjadi Fasilitator bagi Minggu Haluan Siswa (MHS) pelajar baharu dan turut menjawat jawatan dalam Majlis Perwakilan Kediaman (MPK).

Pengalaman paling beliau tidak boleh lupakan semasa menjadi MPK adalah menguruskan pelajar semasa Pendemik Covid 19 yang melanda dunia.

Selepas tamat pengajian beliau telah memberanikan diri untuk mengikuti ujibakat Akademi Dai' Muda Yadim pada tahun 2023. Beliau telah terpilih dan telah menjalani latihan selama 4 bulan di Akademi tersebut.

Selapas tamat latihan beliau telah diserap sebagai Penolong Pengarah Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) bagi kawasan Negeri Sembilan dan Melaka.

Banyak kemahiran dan ilmu semasa beliau belajar di USAS dapat diaplikasikan dalam dunia pekerjaan yang mencabar.

Beliau menekankan kepada diri sendiri bahawa dalam dunia pekerjaan kita

"Kena bersedia walaupun tidak bersedia"

Tidak penting bagaimana permulaan kita. Yang penting adalah bagaimana kita perlu berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri supaya terus menjadi cemerlang dalam hidup.

Semoga kisah beliau dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada orang lain.


Address

Bukit Chandan
Kuala Kangsar
33000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

05-7732323

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Sultan Azlan Shah - USAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share