15/06/2026
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH (USAS) DAN JABATAN M***I NEGERI KEDAH (JMNK)
15 Jun 2026 - Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan M***i Negeri Kedah (JMNK) dalam satu majlis yang berlangsung pada jam 11.00 pagi di Bilik Mesyuarat Aras 1, USAS. Pemeteraian MoU ini mencerminkan komitmen kedua-dua institusi dalam memperkukuh hubungan strategik ke arah pembangunan pendidikan, penyelidikan dan khidmat masyarakat berteraskan nilai-nilai Islam.
MoU tersebut telah ditandatangani oleh Prof. Datoโ Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof (Naib Canselor USAS) dan Sahibus Samahah Datoโ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil bin Haji Awang (M***i Negeri Kedah). Majlis turut disaksikan oleh Prof. Dr. Sahmsul Jamili bin Yeob (Timbalan Naib Canselor Akademik dan Penyelidikan USAS) dan Sahibul Fadhilah Tuan Syeikh Marwazi bin Dziyauddin (Timbalan M***i Negeri Kedah).
Kerjasama yang dimeterai ini bertujuan memperluaskan jaringan kolaborasi antara USAS dan JMNK dalam bidang penyelidikan hukum semasa serta penerbitan ilmiah yang mampu menyumbang kepada perkembangan ilmu dan kefahaman Islam dalam masyarakat. Melalui kerjasama ini, kedua-dua institusi akan berganding bahu dalam meneroka isu-isu semasa yang memerlukan penelitian hukum yang mendalam serta menghasilkan penerbitan berkualiti yang dapat dijadikan rujukan oleh ahli akademik, pengamal industri dan masyarakat umum.
Pemeteraian MoU ini dijangka membuka ruang yang lebih luas kepada pelaksanaan projek penyelidikan bersama, penerbitan buku dan artikel ilmiah, penganjuran seminar serta wacana akademik yang memberi nilai tambah kepada kedua-dua institusi. Di samping memperkukuh budaya penyelidikan dan penulisan ilmiah, kerjasama ini turut berpotensi memperkasa peranan institusi fatwa dan institusi pengajian tinggi dalam menangani cabaran serta isu kontemporari yang dihadapi oleh umat Islam.
Pihak USAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan M***i Negeri Kedah atas kesediaan menjalinkan kerjasama strategik ini dan berharap hubungan yang terjalin akan terus berkembang melalui pelaksanaan pelbagai program yang berimpak tinggi serta memberi manfaat kepada pembangunan ilmu, masyarakat dan negara.
Pemeteraian MoU ini diharapkan menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak penyelidikan dan penerbitan ilmiah yang berkualiti, sekali gus memperkukuh peranan kedua-dua institusi dalam memartabatkan tradisi keilmuan Islam serta menyumbang kepada pembangunan ummah yang berteraskan ilmu dan hikmah.