Perak Culinary Arts Academy KKCP

Perak Culinary Arts Academy KKCP Peneraju Komuniti Berilmu dan Berkemahiran

Perak Culinary Arts Academy Komuniti Chenderoh menawarkan program Diploma in Culinary Arts, Sijil Kulinari, Sijil Operasi Perhotelan, Sijil Teknologi Elektrik, Sijil Seni Visual Kreatif, Sijil Khas Seramik & Pembelajaran Sepanjang Hayat

11 Jun 2026 - Telah berlangsung Program Fun Fit 'Recharge Session' anjuran Jawatankuasa Kesihatan Mental dan Fizikal, PC...
11/06/2026

11 Jun 2026 - Telah berlangsung Program Fun Fit 'Recharge Session' anjuran Jawatankuasa Kesihatan Mental dan Fizikal, PCAA@KKCP.
Penceramah jemputan Dr. Hanif Hafiz bin Hanafi dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar.
Turut serta dalam program ini ialah kakitangan Hospital Kuala Kangsar, Kolej Komuniti Taiping dan Pejabat Pusaka Kuala Kangsar.












11/06/2026
10/06/2026

๐ŸŒ๐Ÿฝ๏ธ HARI KESELAMATAN MAKANAN SEDUNIA 2026

โ€œFrom Burden to Solutions: Safe Food Everywhereโ€

PCAA@KKCP menyokong sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2026 yang diraikan pada 7 Jun setiap tahun.

Sebagai institusi pendidikan , PCAA@KKCP sentiasa menitikberatkan amalan kebersihan, sanitasi dan pengendalian makanan yang selamat dalam melahirkan tenaga kerja industri yang kompeten dan berintegriti.

Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama.




Audit SRR COPTPA bagi Pemantapan Dokumen Program Diploma Kulinari berlangsung pada 9 hingga 10 Jun 2026 di Bilik Merbau,...
10/06/2026

Audit SRR COPTPA bagi Pemantapan Dokumen Program Diploma Kulinari berlangsung pada 9 hingga 10 Jun 2026 di Bilik Merbau, PCAA@KKCP

Audit ini telah melibatkan kehadiran Puan Mas Azlina Binti Alias, Panel MQA COPTA dari Politeknik Merlimau, sebagai panel jemputan bagi menilai dan menyemak pelaksanaan Program Diploma Kulinari.

Pembukaan dan penutupan audit telah dilaksanakan oleh Ts. Niza Asyadi bin Hamzah selaku Timbalan Pengarah Akademik dengan kehadiran Timbalan Pengarah Pengurusan, En. Khairul Aznam Bin Ismail. Pengurusan audit p**a telah diselaraskan oleh Puan Zakina Izieny selaku Pegawai Kualiti PCAA@KKCP, manakala Puan Khairul Ashikhin bt Abdullah Suhami sebagai Ketua Program Diploma Kulinari telah mengetuai pasukan program dalam penyediaan dokumentasi, eviden serta pembentangan yang diperlukan sepanjang audit berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada panel audit serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan audit ini. Semoga segala dapatan, pandangan dan cadangan penambahbaikan yang diperoleh dapat memperkukuhkan usaha peningkatan kualiti secara berterusan serta memastikan Program Diploma Kulinari sentiasa memenuhi standard yang ditetapkan oleh MQA demi kecemerlangan pendidikan TVET.




๐ŸŒŸ SATU LAGI BINTANG DIPLOMA IN CULINARY ARTS PCAA@KKCP MENYINAR DALAM INDUSTRI! ๐ŸŒŸTahniah diucapkan kepada Umar Ridha bin...
08/06/2026

๐ŸŒŸ SATU LAGI BINTANG DIPLOMA IN CULINARY ARTS PCAA@KKCP MENYINAR DALAM INDUSTRI! ๐ŸŒŸ

Tahniah diucapkan kepada Umar Ridha bin Nirul Azwan, graduan Diploma Seni Kulinari (DCA 6), Perak Culinary Arts Academy @ Kolej Komuniti Chenderoh (PCAA@KKCP) yang berjaya memulakan kerjaya sebagai Demi Chef di Hompton Hotel Penang, sebuah hotel bertaraf 4 bintang.

Walaupun baru sahaja menerima keputusan peperiksaan Semester 6 dan masih belum berkonvokesyen, Umar telah berjaya membuktikan kemampuan dan kebolehpasaran graduan PCAA@KKCP dalam memenuhi kehendak industri hospitaliti.

Sepanjang pengajian, Umar merupakan antara pelajar yang aktif mewakili PCAA@KKCP dalam pelbagai pertandingan kulinari dan seni ukiran buah-buahan serta sayur-sayuran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Hasil usaha dan dedikasi yang tinggi, beliau telah berjaya merangkul pelbagai pingat, termasuk Pingat Emas kategori Fruits & Vegetables Carving di Vietnam Culinary Challenge 2026.

Kejayaan ini membuktikan bahawa pengalaman pertandingan, kemahiran teknikal dan sikap profesional mampu membuka peluang kerjaya lebih awal sebelum menamatkan pengajian secara rasmi.

Tahniah Umar Ridha! Semoga terus melakar kecemerlangan dan menjadi inspirasi kepada warga PCAA@KKCP untuk terus mengejar kejayaan di pentas industri dan antarabangsa. ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿณ๐Ÿฅ‡โœจ












MESYUARAT PENYELARASAN POLYCCOM 2026 BILANGAN 1/2026Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan POLYCC Komersial Peringkat Keban...
08/06/2026

MESYUARAT PENYELARASAN POLYCCOM 2026 BILANGAN 1/2026

Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan POLYCC Komersial Peringkat Kebangsaan (POLYCCOM) 2026 telah diadakan pada 8 Jun 2026 di Bilik Merbau, Perak Culinary Arts Academy @ Kolej Komuniti Chenderoh. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ts. Dr. Mohd Norhadi bin Muda, Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi (Pengkomersialan), JPPKK.

Turut hadir ialah Ts. Niza Asyadi bin Hamzah (Timbalan Pengarah Akademik) dan Encik Khairul Aznam bin Ismail (Timbalan Pengarah Pengurusan) yang mewakili Ts. Haji Meor M. Sharifuddin bin Meor Shukri, Pengarah Perak Culinary Arts Academy @ Kolej Komuniti Chenderoh, yang tidak dapat hadir kerana urusan rasmi di Kelantan. Hadir sama Puan Dina Izzati binti Hashim, Encik Mohd Mustaqim bin Maludin, Encik Mohamad Hapiz bin Abdul Rahman selaku Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial (KUPIK), Puan Khairul Ashikhin binti Abdullah Suhami selaku Pengarah Program POLYCCOM 2026, serta ketua-ketua jawatankuasa yang terlibat dalam penganjuran program.

Sebelum bertolak ke Kelantan, Ts. Haji Meor M. Sharifuddin bin Meor Shukri bersama Pengarah Kolej Komuniti Negeri Perak (KKNP) sempat menyantuni Ts. Dr. Mohd Norhadi bin Muda sebagai tanda penghargaan atas kesudian beliau hadir ke Perak Culinary Arts Academy @ Kolej Komuniti Chenderoh bagi mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Mesyuarat membincangkan penyelarasan pelaksanaan POLYCCOM 2026 meliputi aspek pengurusan, logistik, promosi, pengkomersialan serta pembahagian tugas jawatankuasa bagi memastikan penganjuran program berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Mesyuarat berakhir pada jam 5.00 petang dengan persetujuan semua pihak untuk melaksanakan tindakan yang telah dipersetujui demi menjayakan Pertandingan POLYCC Komersial Peringkat Kebangsaan (POLYCCOM) 2026.



๐ŸŒฟ MENYEMAI KEMAHIRAN, MELESTARIKAN TRADISI: KURSUS PEMBUATAN KUIH TALAM PCAA@KKCP ๐ŸŒฟPerak Culinary Arts Academy (PCAA) @ ...
06/06/2026

๐ŸŒฟ MENYEMAI KEMAHIRAN, MELESTARIKAN TRADISI: KURSUS PEMBUATAN KUIH TALAM PCAA@KKCP ๐ŸŒฟ

Perak Culinary Arts Academy (PCAA) @ Kolej Komuniti Chenderoh telah berjaya melaksanakan Kursus Pembuatan Kuih Talam yang melibatkan seramai 15 orang peserta dari SMA Maahad Al-Mizan, Manong pada 6 Jun 2026.

Dalam kursus ini, peserta berpeluang mempelajari teknik penyediaan dua kuih tradisional yang pop**ar iaitu Talam Cendol dan Koleh Kacang. Melalui sesi amali yang dijalankan, peserta didedahkan kepada kaedah penyediaan bahan, teknik memasak, pengukusan, kawalan tekstur serta persembahan produk yang berkualiti.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Fakhriyah Husna bt Abdul Wafi, pensyarah berpengalaman dan pakar dalam bidang pembuatan kuih tradisional. Beliau berkongsi pelbagai ilmu, teknik dan tip penting bagi menghasilkan kuih tradisional yang mengekalkan cita rasa asli serta memenuhi kehendak pasaran masa kini.

Selain memperkukuhkan kemahiran kulinari, program ini turut memberi pendedahan kepada aspek keusahawanan dan potensi pengkomersialan produk kuih tradisional sebagai salah satu sumber pendapatan.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas komitmen serta semangat yang ditunjukkan sepanjang kursus berlangsung. Semoga usaha seperti ini dapat terus memelihara dan memartabatkan warisan kuih tradisional Malaysia untuk generasi akan datang.













04/06/2026

๐ŸŽฅ๐ŸŒ CSR PROGRAM VIDEO ๐Ÿค๐Ÿ“š
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ UNITY ACROSS NATION PROJECT 2026

๐Ÿ“ Pondok Pesantren Tahfizul Qur'an wal Mutun Al-'Ilmiyyah Al-Amin, Batam, Indonesia
๐Ÿ“… 30 May 2026

โœจ Menyemai ukhuwah merentasi sempadan, memperkukuh jaringan kemanusiaan dan pendidikan melalui perkongsian ilmu, khidmat komuniti serta semangat kebersamaan antara Malaysia dan Indonesia.

๐Ÿค Community Service Responsibility (CSR)
๐Ÿ“– Empowering Education
๐ŸŒ Strengthening Global Friendship
โค๏ธ Building Unity Beyond Borders

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉโœจ

Address

Lot 43, Jalan Industri MIEL 2, Kawasan Perindustrian IKS
Kuala Kangsar
33000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 18:00

Telephone

+6057733773

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perak Culinary Arts Academy KKCP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share