Hal Ehwal Siswi - HEWI Unishams

Directions Website Contact the university

Hal Ehwal Siswi - HEWI Unishams Hal Ehwal Siswi (HEWI) adalah satu badan khusus yang bernaung di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa

Hal Ehwal Siswi (HEWI) adalah satu badan khusus yang bernaung di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) dan fokus utama penubuhannya adalah bagi memelihara kebajikan mahasiswi-mahasiswi Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) sama ada dari segi kebajikan akademik, kesihatan, kewangan, mahupun masalah-masalah peribadi. Semoga dengan adanya HEWI ini, mampu menjadi medan untuk melahirkan, membentuk serta menampilkan wanita Islam yang ideal, bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah unggul dari sudut personaliti,thaqafah dan kepimpinannya sekaligus mampu membentuk generasi muda sebagai pemangkin kecemerlangan ummah (^_____^)/

*[] WARTA PERMUAFAKATAN DAKWAH DAN KEROHANIAN UniSHAMS []*Assalamualaikum w.b.t.*PERGAULAN MAHASISWA MUSLIM*Setiap indiv...
01/10/2026

*[] WARTA PERMUAFAKATAN DAKWAH DAN KEROHANIAN UniSHAMS []*

Assalamualaikum w.b.t.

*PERGAULAN MAHASISWA MUSLIM*

Setiap individu muslim perlu memelihara diri daripada terjebak kepada perkara yang diharamkan, sebagaimana sabda Nabi SAW :

ู…ูŽุง ู†ูŽู‡ูŽูŠู’ุชููƒูู…ู’ ุนูŽู†ู’ู‡ู ููŽุงุฌู’ุชูŽู†ูุจููˆู‡ูุŒ ูˆูŽู…ูŽุง ุฃูŽู…ูŽุฑู’ุชููƒูู…ู’ ุจูู‡ู ููŽุงูู’ุนูŽู„ููˆุง ู…ูู†ู’ู‡ู ู…ูŽุง ุงุณู’ุชูŽุทูŽุนู’ุชูู…ู’
Maksudnya :
"Apa yang aku larang kamu lakukan, hendaklah kamu jauhi dan apa yang aku perintahkan kepadamu, maka lakukanlah sesuai kemampuan kamu".

1. Kawal pertuturan, elakkan membuka ruang fitnah
2. Berurusan hanya jika benar-benar penting atau mendesak
3. Segera berundur selepas urusan selesai, hindari berbual kosong
4. Sentiasa patuhi batas syariat dan jauhi larangan agama
5. Pelihara kesucian diri serta kehormatan dalam setiap interaksi

*๐Ÿ’šBIAH SOLEHAH, BIAH INSANIAH๐Ÿ’š*
___________________________________
PERMUAFAKATAN DAKWAH DAN KEROHANIAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH TAHUN 2026

*[] WARTA PERMUAFAKATAN DAKWAH DAN KEROHANIAN UniSHAMS []*Assalamualaikum w.b.t.*๐Ÿ“Œ MUKMIN YANG SEJATI ๐Ÿ“Œ*Mukmin yang seja...
30/09/2026

*[] WARTA PERMUAFAKATAN DAKWAH DAN KEROHANIAN UniSHAMS []*

Assalamualaikum w.b.t.

*๐Ÿ“Œ MUKMIN YANG SEJATI ๐Ÿ“Œ*

Mukmin yang sejati bukan hanya dilihat pada kata-kata, tetapi melalui pengamalan ajaran Islam dalam setiap aspek kehidupan. Sebagai mahasiswa, marilah kita menjadikan Islam sebagai panduan dalam akademik, pergaulan dan sahsiah serta meletakkan reda Allah SWT sebagai matlamat utama.

Firman Allah SWT:

ูˆูŽู…ูŽู† ูŠูŽุจู’ุชูŽุบู ุบูŽูŠู’ุฑูŽ ุงู„ู’ุฅูุณู’ู„ูŽุงู…ู ุฏููŠู†ู‹ุง ููŽู„ูŽู† ูŠูู‚ู’ุจูŽู„ูŽ ู…ูู†ู’ู‡ู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ูููŠ ุงู„ู’ุขุฎูุฑูŽุฉู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฎูŽุงุณูุฑููŠู†ูŽ

โ€œDan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam maka dia tidak akan diterima daripadanya dan di akhirat nanti, dia termasuk dikalangan orang-orang yang rugi.โ€

(Surah Ali-Imran: 85)

Marilah kita menyampaikan kebenaran dengan hikmah, mengajak kepada kebaikan, menjadi teladan yang baik serta menolak budaya fitnah, buli dan penghinaan.

๐Ÿ’š*BIAH SOLEHAH, BIAH INSANIAH*๐Ÿ’š
________________________
PERMUAFAKATAN DAKWAH DAN KEROHANIAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MUโ€™ADZAM SHAH TAHUN 2026

29/09/2026

[๐—ช๐—”๐——๐—”๐—› ๐—œ๐—ก๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—›๐—˜๐—ช๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ]

๐—–๐—›๐—˜๐—–๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—ง ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—› : ๐—ง๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐—”๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ง ๐ŸŒท

Assalamualaikum WBT.
Salam Ukhuwah Fillah.

Sebagai seorang muslimah, menutup aurat bukan sekadar tentang pakaian, tetapi merupakan salah satu kewajipan yang perlu kita jaga dalam kehidupan seharian.

Jom sama-sama semak diri melalui video โ€œChecklist Muslimah: Tutup Auratโ€ yang dikongsikan. Mungkin ada perkara yang kita sudah jaga, dan mungkin ada juga yang masih boleh kita perbaiki.

Maklumat terkini di pautan berikut:

https://linktr.ee/hewiunishams

๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก ๐— ๐—”๐—›๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ๐— ๐—จ, ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก๐——๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก

---

๐—›๐—”๐—Ÿ ๐—˜๐—›๐—ช๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—œ (๐—›๐—˜๐—ช๐—œ) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐—จ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—•๐——๐—จ๐—Ÿ ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—  ๐— ๐—จ'๐—”๐——๐—ญ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—›๐—”๐—›

*[] WARTA PERDANA MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPM) UniSHAMS []**TERAS 5: BUDAYA CINTAKAN ILMUโœจ๐Ÿ“š*Assalamualaikum w.b.t. ...
29/09/2026

*[] WARTA PERDANA MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPM) UniSHAMS []*

*TERAS 5: BUDAYA CINTAKAN ILMUโœจ๐Ÿ“š*

Assalamualaikum w.b.t. ๐ŸŒท

Ilmu bukan sekadar untuk diketahui, tetapi untuk dicintai, dicari dan diamalkan. ๐Ÿ’š

*Memperkasakan semangat menuntut ilmu dengan:*
๐Ÿ“– Gemar membacaโ€จ๐ŸŽ“ Aktif menghadiri wacana akademikโ€จ๐Ÿ“š Menjadikan perpustakaan sebagai tempat tumpuan utamaโ€จ๐Ÿ’ก Menjadikan majlis ilmu sebagai sebahagian daripada kehidupan

โœจ *Ayuh suburkan budaya cintakan ilmu dalam diri!* kerana setiap langkah mencari ilmu adalah langkah menuju keberkatan. ๐Ÿค

_๐Ÿ’šBIAH SOLEHAH, BIAH INSANIAH๐Ÿ’š_

Maklumat terkini boleh diakses melalui pautan berikut:
https://linktr.ee/UniSHAMSMPM

*_โ€Menggerakkan Visi, Menyatukan Generasiโ€_*

__________________

MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPM) UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MUโ€™ADZAM SHAH TAHUN 2026

*[] WARTA PERDANA MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPM) UniSHAMS []**TERAS 3 & 4 | MEDIA MASA & MENJAGA IKHTILAT* ๐Ÿซฑ๐Ÿปโ€๐Ÿซฒ๐Ÿป๐Ÿ“ฑDala...
28/09/2026

*[] WARTA PERDANA MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPM) UniSHAMS []*

*TERAS 3 & 4 | MEDIA MASA & MENJAGA IKHTILAT* ๐Ÿซฑ๐Ÿปโ€๐Ÿซฒ๐Ÿป๐Ÿ“ฑ

Dalam era digital dan kehidupan kampus yang penuh dengan interaksi, nilai *adab, etika dan batas pergaulan* perlu sentiasa menjadi panduan dalam kehidupan seharian.

*Teras 3: Manfaatkan Media Masa*, mengajak kita menggunakan media sosial secara berhemah dengan berkongsi ilmu, maklumat dan perkara yang memberi manfaat kepada warga kampus.

*Teras 4: Menjaga Ikhtilat*, p**a menekankan kepentingan memelihara batas pergaulan antara lelaki dan wanita dengan mengutamakan kesopanan dan adab, sama ada secara bersemuka mahupun dalam ruang digital.

โœจ *Bijak menggunakan media, beradab dalam pergaulan.*

๐Ÿ’š *BIAH SOLEHAH, BIAH INSANIAH*๐Ÿ’š

Maklumat terkini boleh diakses melalui pautan berikut:
https://linktr.ee/UniSHAMSMPM

*_"Menggerakkan Visi, Menyatukan Generasi"_*

__________________

MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPM) UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH TAHUN 2026

[๐—ช๐—”๐——๐—”๐—› ๐—œ๐—ก๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—›๐—˜๐—ช๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ]๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—œ ๐—–๐—จ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐ŸซAssalamualaikum WBT.Salam Ukhuwah Fillah.Bersemp...
27/09/2026

[๐—ช๐—”๐——๐—”๐—› ๐—œ๐—ก๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—›๐—˜๐—ช๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ]

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—œ ๐—–๐—จ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐Ÿซ

Assalamualaikum WBT.
Salam Ukhuwah Fillah.

Bersempena cuti pertengahan semester, barisan pimpinan HEWI ingin mengucapkan selamat bercuti buat seluruh warga mahasiswa/i UniSHAMS.

Semoga yang dalam perjalanan p**ang, sentiasa berhati-hati dan selamat sampai ke destinasi. Dan buat yang sudah berada di pangkuan keluarga, selamat berbakti dan berkhidmat buat keluarga tercinta. Manfaatkanlah masa cuti dengan sebaiknya.

Sekian, terima kasih

Maklumat terkini di pautan berikut:

https://linktr.ee/hewiunishams

๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก ๐— ๐—”๐—›๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ๐— ๐—จ, ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก๐——๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก

_______________________________________________

๐—›๐—”๐—Ÿ ๐—˜๐—›๐—ช๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—œ (๐—›๐—˜๐—ช๐—œ) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐—จ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—•๐——๐—จ๐—Ÿ ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—  ๐— ๐—จ'๐—”๐——๐—ญ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—›๐—”๐—›

*[] WARTA PERDANA MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPM) UniSHAMS []**TAUTAN UKHUWAH*- Tautan Ukhuwwah merupakan usaha dalam ...
25/09/2026

*[] WARTA PERDANA MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPM) UniSHAMS []*

*TAUTAN UKHUWAH*

- Tautan Ukhuwwah merupakan usaha dalam merapatkan hubungan silaturahim antara mahasiswa merentas fakulti dan tahun pengajian melalui semangat muafakat, saling menghormati serta budaya bantu-membantu.

- Berlandaskan firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat ayat 10 dan hadis Nabi SAW berkaitan persaudaraan sesama Muslim, marilah kita bersama-sama memupuk ukhuwah, mengeratkan silaturahim serta mewujudkan suasana kampus yang harmoni dan saling menyokong.

- Semoga Tautan Ukhuwwah menjadi wadah dalam membina hubungan yang lebih erat dalam kalangan mahasiswa UniSHAMS, tanpa mengira fakulti mahupun tahun pengajian.

_๐Ÿ’šBIAH SOLEHAH, BIAH INSANIAH๐Ÿ’š_

Maklumat terkini boleh diakses melalui pautan berikut:
https://linktr.ee/UniSHAMSMPM

*_"Menggerakkan Visi, Menyatukan Generasi"_*

__________________

MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPM) UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH TAHUN 2026

*[] WARTA PERDANA MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPM) UniSHAMS []**SOLAT BERJEMAAH, ASAS DISIPLIN ROHANI*Ayuh kita bersama...
23/09/2026

*[] WARTA PERDANA MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPM) UniSHAMS []*

*SOLAT BERJEMAAH, ASAS DISIPLIN ROHANI*

Ayuh kita bersama-sama menjadikan solat fardhu secara berjemaah di surau atau masjid sebagai sebahagian daripada rutin kehidupan mahasiswa. Solat berjemaah bukan sahaja menjadi medium untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, malah turut membentuk disiplin diri, memupuk semangat kebersamaan serta mengeratkan ukhuwah sesama mahasiswa.

Melalui amalan ini, marilah kita membina persekitaran kampus yang lebih harmoni, berdisiplin dan berteraskan nilai Islam, bermula dengan langkah kecil yang dilakukan secara konsisten. ๐Ÿค

โœจ Rapatkan saf, kukuhkan ukhuwah, bina sahsiah.

_๐Ÿ’šBIAH SOLEHAH, BIAH INSANIAH๐Ÿ’š_

Maklumat terkini boleh diakses melalui pautan berikut:
https://linktr.ee/UniSHAMSMPM

*_"Menggerakkan Visi, Menyatukan Generasi"_*

__________________

MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPM) UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH TAHUN 2026

[ ๐—ช๐—”๐——๐—”๐—› ๐—œ๐—ก๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—›๐—˜๐—ช๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ]๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ ๐ŸŽ€Assalamualaikum WBT.Salam Ukhuwah Fillah.Hal Ehwal Siswi (HEWI) ingin m...
22/09/2026

[ ๐—ช๐—”๐——๐—”๐—› ๐—œ๐—ก๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—›๐—˜๐—ช๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ]

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ ๐ŸŽ€

Assalamualaikum WBT.
Salam Ukhuwah Fillah.

Hal Ehwal Siswi (HEWI) ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan selamat hari lahir kepada:

๐ŸŒธ ๐๐ฎ๐ซ ๐’๐ฎ๐ฅ๐ก๐š ๐™๐š๐ฐ๐š๐ง๐š๐ก
๐“๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง ๐„๐ฑ๐œ๐จ ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข & ๐“๐š๐ฃ๐š๐š๐ง

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, keberkatan dalam setiap langkah, serta terus diberikan kekuatan dalam menyebarkan dakwah dan kebaikan.

Terima kasih atas segala usaha, komitmen dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang memimpin. Semoga terus istiqamah dalam perjuangan dan menjadi inspirasi buat semua ๐ŸŒน.

Sekian, terima kasih

Maklumat terkini di pautan berikut:
https://linktr.ee/hewiunishams

๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก ๐— ๐—”๐—›๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ๐— ๐—จ, ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก๐——๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก

___________________________________________

๐—›๐—”๐—Ÿ ๐—˜๐—›๐—ช๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—œ (๐—›๐—˜๐—ช๐—œ) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐—จ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”
๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—•๐——๐—จ๐—Ÿ ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—  ๐— ๐—จโ€™๐—”๐——๐—ญ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—›๐—”๐—›

*[] WARTA PERDANA MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPM) UniSHAMS []**PENGENALAN KEMPEN BIAH SOLEHAH*Ayuh bersama-sama menyem...
21/09/2026

*[] WARTA PERDANA MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPM) UniSHAMS []*

*PENGENALAN KEMPEN BIAH SOLEHAH*

Ayuh bersama-sama menyemarakkan *Kempen Biah Solehah: Biah Insaniah* yang membawa mesej pembudayaan cara hidup Islam secara *holistik* dalam kalangan mahasiswa.
Kempen ini mengetengahkan *5 teras utama* dalam membina sahsiah diri yang seimbang merangkumi aspek:

๐Ÿ•Œ Rohaniโ€จ๐Ÿค Sosialโ€จ๐Ÿ“š Intelektualโ€จโš–๏ธ Etikaโ€จ๐Ÿ“ฑ Digital

Semoga kempen ini menjadi wadah untuk kita bersama-sama membina persekitaran kampus yang lebih positif, harmoni dan berteraskan nilai Islam. ๐Ÿ’š

_๐Ÿ’šBIAH SOLEHAH, BIAH INSANIAH๐Ÿ’š_

Maklumat terkini boleh diakses melalui pautan berikut:
https://linktr.ee/UniSHAMSMPM

*_โ€Menggerakkan Visi, Menyatukan Generasiโ€_*

__________________

MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPM) UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MUโ€™ADZAM SHAH TAHUN 2026

Address

Kuala Ketil

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hal Ehwal Siswi - HEWI Unishams posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Hal Ehwal Siswi - HEWI Unishams:

Shortcuts

Share