25/11/2023
PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL UniSHAMS (USR) PUSAT KOKURIKULUM 2023:
Siri 7 - PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID DAN SINERGI DAKWAH
UniSHAMS: Seramai 47 pelajar kursus Ko-kurikulum Kepimpinan dan Pengurusan Masjid dan Dakwah Tahap 1 di bawah bimbingan Ustaz Afifi Bin Abu Bakar telah menyertai Program Pengimarahan Masjid siri ke-7 pada 24 November 2023 yang lalu di Masjid Badrul Huda, Kampung Batu Besar, S*k Kedah.
Program ini bertujuan mempertingkatkan kemahiran pengurusan dan pengimarahan masjid melalui perancangan dan pelaksanaan projek di lapangan. Program ini juga memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa yang tetlibat dalam perkongsian ilmu yang dipelajari secara praktikal di samping membangunkan kemahiran insaniah dan kemampuan interaksi serta berkomunikasi secara efektif dengan masyarakat.
Antara aktiviti yang telah berjaya dijalankan adalah:
📌 Kem Smart Solat
📌 Gotong-royong Masjid dan kawasan kubur
📌 Ceramah
📌 Talqin jenazah
📌 Khatib khutbah jumaat
📌 Muazin
📌 Imam
📌 Permainan dalaman dan kuiz
📌 Majlis penutup, penyampaian cenderahati kepada pihak masjid dan hadiah kepada pemenang permainan dalaman
Kem yang berlangsung selama 1 hari ini telah mendapat sambutan dan maklum balas yang baik daripada mahasiswa serta masyarakat setempat yang turut sama terlibat bagi menjayakan program yang dilaksanakan ini.
Harapan kami agar program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.
Pusat Ko-Kurikulum, Unishams