Qalbu Syifaa Pro Quran Kuala Krai

Qalbu Syifaa Pro Quran Kuala Krai KELAS AL-QURAN KANAK-KANAK & DEWASA

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2026 DIBUKA❗Percuma Yuran Pendaftaran RM35 bagi 10 orang TERAWAL mendaftar❗Jangan lepaskan...
30/12/2025

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2026 DIBUKA❗

Percuma Yuran Pendaftaran RM35 bagi 10 orang TERAWAL mendaftar❗

Jangan lepaskan peluang ini, daftar awal untuk dapatkan Yuran Pendaftaran PERCUMA!

🎀Keistimewaan Qalbu Syifaa🎀

✅ Metod Bilqolam yang mudah difahami
✅ Buku Rekod Prestasi Bacaan Murid
✅ Sijil Khatam

👉🏻Scan QR WhatsApp di poster📱
ATAU
👉🏻WhatsApp kami segera ⤵️
www.wasap.my/60199095490



SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE68Cinta kepada tanah air adalah sebahagian daripada iman.Kemerdekaan bukan hanya kebebasan dar...
31/08/2025

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE68

Cinta kepada tanah air adalah sebahagian daripada iman.

Kemerdekaan bukan hanya kebebasan daripada penjajahan, tetapi amanah besar untuk menegakkan keadilan. Dalam sirah Nabi Muhammad ﷺ, kita melihat bagaimana Baginda membina Madinah sebagai sebuah negara yang adil, di mana hak setiap kaum dihormati, janji dipelihara dan keamanan dipertahankan bersama.

Keadilan ialah tiang utama sebuah negara. Tanpa keadilan, kemerdekaan akan goyah rakyat akan hilang kepercayaan dan keamanan tidak mampu dipertahankan. Tetapi apabila keadilan ditegakkan, rakyat hidup dalam ketenteraman, ilmu berkembang dan masyarakat dapat membina tamadun yang gemilang.

Merdeka sejati ialah apabila rakyat dan pemimpin sama-sama berpegang pada nilai keadilan, mengutamakan kebenaran dan menjauhi kezaliman. Inilah asas yang ditunjukkan oleh Rasulullah ﷺ dalam pemerintahan Baginda, asas yang wajib kita warisi dalam mengisi kemerdekaan negara hari ini.

Semoga kemerdekaan ke-68 ini menjadi peringatan untuk kita kembali kepada roh keadilan, agar Malaysia terus makmur, harmoni dan dirahmati Allah.






Mengkhatamkan Quran merupakan satu ibadah yang sangat mulia dalam Islam dan mempunyai banyak kelebihan yang dijelaskan d...
30/07/2025

Mengkhatamkan Quran merupakan satu ibadah yang sangat mulia dalam Islam dan mempunyai banyak kelebihan yang dijelaskan dalam hadis dan ayat-ayat Quran. Berikut adalah beberapa kelebihan mengkhatamkan Quran kepada mereka yang melakukannya

1. Mendapat Syafaat di Hari Kiamat

Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan menjadi syafaat bagi para pembacanya di hari kiamat.” (HR. Muslim).

Membaca dan mengkhatamkan Quran akan memberi syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat. Syafaat ini bermaksud pertolongan dan bantuan daripada Al-Quran kepada orang yang membacanya dengan ikhlas dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

2. Mendapat Rahmat dan Ketenteraman

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah-rumah Allah untuk melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran dan mempelajarinya, melainkan akan turun kepada mereka ketenangan, akan dilingkupi rahmat, dan dikelilingi oleh malaikat, dan Allah pun akan menyebut (memuji) mereka di hadapan makhluk yang ada di dekat-Nya.” (HR. Muslim).

Orang yang mengkhatamkan Quran dan melibatkan diri dalam majlis-majlis ilmu akan mendapat ketenangan hati, rahmat dari Allah, dan pujian dari Allah di hadapan malaikat dan makhluk yang lain

3. Amalan yang Dicintai Allah SWT

Ibnu Abbas RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Amalan yang paling dicintai Allah adalah yang membaca Al-Quran dari awal hingga akhir. Setiap kali selesai, ia mengulanginya lagi dari awal.” (HR. Tirmidzi).

Mengkhatamkan Quran secara berterusan dan mengulanginya merupakan amalan yang sangat dicintai oleh Allah. Ia menunjukkan komitmen dan kecintaan seseorang terhadap Al-Quran serta kepatuhan kepada ajaran Islam.

4. Menjadi Teman di Akhirat

Rasulullah SAW bersabda, “Siapa saja yang disibukkan oleh membaca Al-Quran hingga tak sempat dzikir yang lain kepada-Ku dan meminta kepada-Ku, maka Aku akan memberinya balasan terbaik orang-orang yang meminta.” (HR. Al-Baihaqi).

Membaca dan mengkhatamkan Quran dengan konsisten akan menjadikan Al-Quran sebagai teman setia yang akan menemani kita di akhirat dan memberikan balasan terbaik dari Allah melebihi apa yang diminta oleh orang lain dalam doa dan zikir.



Terima kasih kepada para penyumbang.Semoga pahala mengalir berterusan buat anda. InshaAllah sumbangan anda akan dimanfaa...
24/06/2025

Terima kasih kepada para penyumbang.
Semoga pahala mengalir berterusan buat anda.
InshaAllah sumbangan anda akan dimanfaatkan sebaik mungkin.
Jazakallahu khairan 😘




❗❗❗SUMBANGAN DITUTUP❗❗❗TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG. SEMOGA ALLAH MEMBALAS KEBAIKKAN KALIAN DENGAN GANJARAN YANG ...
21/06/2025

❗❗❗SUMBANGAN DITUTUP❗❗❗

TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG. SEMOGA ALLAH MEMBALAS KEBAIKKAN KALIAN DENGAN GANJARAN YANG LEBIH BESAR.🥰

Assalamualaikum w.t.b

Per: Memohon sumbangan Rehal

Kami dari Qalbu Syifaa Pro Quran ingin memohon sumbangan Rehal untuk kegunaan para pelajar di kelas. Harga seunit Rehal ialah RM28.00. Rehal yang diperlukan ialah 50 unit. Jumlah keseluruhan ialah RM1400.

Sumbangan boleh diberi dalam bentuk tunai mahupun barangan. Sehubungan dengan itu, sumbangan tunai boleh disalurkan terus ke akaun kelas, berikut disertakan nombor akaun.

Nama: Al Masyhur Education
No. Akaun: 8605481451
Rujukan: Rehal
Pengurus: Ustaz Muhammad Faheem ( 0199095490)

Jasa baik tuan dan puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Alhamdulillah Dan Tahniah di ucapkan kepada adik Muhammad Danish Irsyad BIN Mohd Nawi yang telah berjaya mengkhatam 30ju...
24/01/2025

Alhamdulillah Dan Tahniah di ucapkan kepada adik Muhammad Danish Irsyad BIN Mohd Nawi yang telah berjaya mengkhatam 30juz Al-quran.🤗

Semoga dapat menjaga,membaca Al-quran sentiasa Dan mendapat keberkahan Al-quran 😊




Alhamdulillah Dan Tahniah di ucapkan kepada adik Muhammad Firash Darwish yang telah berjaya mengkhatam 30juz Al-quran.🤗S...
16/01/2025

Alhamdulillah Dan Tahniah di ucapkan kepada adik Muhammad Firash Darwish yang telah berjaya mengkhatam 30juz Al-quran.🤗

Semoga dapat menjaga,membaca Al-quran sentiasa Dan mendapat keberkahan Al-quran 😊


Alhamdulillah Dan Tahniah di ucapakan kepada adik Muhammad Iman Hasif bin Asyran yang telah berjaya mengkhatam 30juz Al-...
16/01/2025

Alhamdulillah Dan Tahniah di ucapakan kepada adik Muhammad Iman Hasif bin Asyran yang telah berjaya mengkhatam 30juz Al-quran.🤗

Semoga dapat menjaga,membaca Al-quran sentiasa Dan mendapat keberkahan Al-quran 😊


Alhamdulillah Dan Tahniah diucapkan kepada adik Rabiatul Adawiyyah Bt Zaidi yang telah berjaya mengkhatam 30juz Al-quran...
16/01/2025

Alhamdulillah Dan Tahniah diucapkan kepada adik Rabiatul Adawiyyah Bt Zaidi yang telah berjaya mengkhatam 30juz Al-quran.🤗

Semoga dapat menjaga,membaca Al-quran sentiasa Dan mendapat keberkahan Al-quran 😊


MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024 🤗ALHAMDULILLAH DAPAT MERAIKAN SYAWAL YANG AKAN MELABUHKAN TIRAINYASEMOGA UKHWA...
09/05/2024

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024 🤗

ALHAMDULILLAH DAPAT MERAIKAN SYAWAL YANG AKAN MELABUHKAN TIRAINYA

SEMOGA UKHWAH KALIAN SENTIASA UTUH WAHAI ANAK-ANAK,

ERATKAN SILATURRAHIM BERSAMA RAKAN2.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA DARI KAMI !!! 🥰


Jom kita sama2 perbetulkan bacaan kita🤗Moga bermanfaat.Kredit: Tiktok Ustaz Kembar
10/07/2023

Jom kita sama2 perbetulkan bacaan kita🤗

Moga bermanfaat.

Kredit: Tiktok Ustaz Kembar

15.3K likes, 194 comments. “ketika membaca Surah Fatihah tidak boleh ada penambahan atau pengurangan huruf, jika berlaku juga boleh menyebabkan kerosakan dalam surah Fatihah dan jika berlaku dalam solat boleh batalkan solat kita... Jadi hati-hatilah”

Address

Pt 5401 Tingkat 1, Jalan Batu Balai
Kuala Krai
18000

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:00
Tuesday 08:00 - 21:00
Wednesday 08:00 - 21:00
Thursday 08:00 - 21:00
Sunday 08:00 - 21:00

Telephone

0199095490

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Qalbu Syifaa Pro Quran Kuala Krai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share