Kolej Komuniti Lipis

Directions Website

Kolej Komuniti Lipis Kolej Komuniti Lipis Peneraju Pendidikan TVET dalam bidang Pengembaraan Pelancongan & PSH

28/09/2026

SALAM TAKZIAH ATAS PEMERGIAN ALLAHYARHAMAH TUN DR. SITI HASMAH MOHAMMAD ALI

Warga Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohammad Ali, isteri kepada Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H.

Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat negara. Sepanjang hayatnya, beliau telah mencurahkan bakti dan memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat dan negara.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.






π’π€π‹π€πŒ π“π€πŠπ™πˆπ€π‡Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽDengan penuh rasa dukacita, Kolej Komuniti Lipis ingin memaklumk...
27/09/2026

π’π€π‹π€πŒ π“π€πŠπ™πˆπ€π‡

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽ

Dengan penuh rasa dukacita, Kolej Komuniti Lipis ingin memaklumkan bahawa telah kembali ke rahmatullah seorang warga kerja yang dikasihi, Allahyarham Encik Mohd Zulkiflee bin Mat Isa pada 27 September 2026.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa serta menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Seluruh warga Kolej Komuniti Lipis merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Segala jasa dan bakti Allahyarham sepanjang berkhidmat akan sentiasa dikenang. Al-Fatihah 🀲🏻

π’π„π’πˆ π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒 ππ„ππ†πŽππ„π‘π€π’πˆπ€π πŠπŽπ‹π„π‰ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π‹πˆππˆπ’Kuala Lipis, 22 September 2026 – Kolej Komuniti Lipis telah menerima k...
22/09/2026

π’π„π’πˆ π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒 ππ„ππ†πŽππ„π‘π€π’πˆπ€π πŠπŽπ‹π„π‰ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π‹πˆππˆπ’

Kuala Lipis, 22 September 2026 – Kolej Komuniti Lipis telah menerima kunjungan Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bagi Sesi Libat Urus Pengoperasian Kolej Komuniti Lipis.

Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Norizam bin Sekak, Pengarah Bahagian Governan dan Kecemerlangan (BGK), Puan Wan Marina binti Wan Mohd Nowalid, Penolong Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (BKIK) serta deligasi pegawai daripada BGK dan BKIK, JPPKK.

Sesi libat urus ini memberi tumpuan kepada perbincangan berkaitan hala tuju, pengoperasian serta pengukuhan peranan Kolej Komuniti Lipis, khususnya dalam memperkasakan pelaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan inisiatif PSH Excellence @ Kolej Komuniti Lipis.

Perbincangan dan pandangan yang dikongsikan menjadi pemangkin kepada usaha Kolej Komuniti Lipis untuk terus mengoptimumkan sumber yang tersedia, memperluas akses pendidikan dan kemahiran kepada komuniti serta memastikan kelangsungan peranan Kolej Komuniti sebagai peneraju pendidikan dan latihan sepanjang hayat di peringkat setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak JPPKK atas kesudian hadir, berkongsi pandangan serta memberikan sokongan dan perhatian terhadap pengoperasian Kolej Komuniti Lipis.





πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐀𝐒𝐀𝐒 π’πŽπ‹π„πŠπ€ππŸ“… Tarikh: 19 September 2026 (Sabtu)πŸ“ Tempat: Dewan RPS BetauπŸŽ™οΈPenceramah: Puan Nurul Syafiqah binti M...
21/09/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐀𝐒𝐀𝐒 π’πŽπ‹π„πŠπ€π

πŸ“… Tarikh: 19 September 2026 (Sabtu)
πŸ“ Tempat: Dewan RPS Betau
πŸŽ™οΈPenceramah: Puan Nurul Syafiqah binti Md Amin
πŸ‘©β€πŸ«Pensyarah Pembantu: Cik Nurul Farhana binti Mokhtar

Kolej Komuniti Lipis terus memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat menerusi pelaksanaan Kursus Asas Solekan anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang berlangsung di Dewan RPS Betau. πŸ’„βœ¨

Kursus ini memberi peluang kepada peserta mempelajari asas solekan secara praktikal, bermula daripada persediaan kulit, pemilihan produk dan alatan, teknik asas solekan serta kemasan yang sesuai untuk penampilan harian.

Bukan sekadar kemahiran untuk kegunaan sendiri, peserta turut didedahkan kepada potensi kemahiran solekan sebagai salah satu peluang untuk menjana pendapatan dan membina keyakinan diri.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta menjadi langkah awal kepada peluang keusahawanan dalam bidang kecantikan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak JAKOA, semua peserta serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Kursus Asas Solekan ini.






16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Hari ini bukan sahaja memperingati pembentukan Malaysia pada tahun 1963, apabila Sabah, Sarawak, dan Singapura (sebelum pemisahan) bersatu dengan Persekutuan Tanah Melayu, tetapi juga menonjolkan semangat perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum.

Dengan semangat Malaysia MADANI, marilah kita terus menghargai kepelbagaian, memperkukuh perpaduan dan bersama-sama membina masa depan negara yang lebih gemilang.

Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga POLYCC






Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja Kolej Komuniti Lipis yang telah memberikan komit...
10/09/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja Kolej Komuniti Lipis yang telah memberikan komitmen, tenaga dan kerjasama dalam menjayakan Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Timur 2026 kali ini.

Setiap tugasan yang dilaksanakan, setiap persiapan yang disempurnakan dan setiap tanggungjawab yang dipikul menjadi sebahagian daripada kejayaan yang kita raikan bersama.

Terima kasih atas kesungguhan, komitmen dan semangat kerja berpasukan yang diberikan. Sesungguhnya, kejayaan sesebuah majlis bukanlah hasil usaha seorang, tetapi hasil daripada kerjasama seluruh pasukan.

β€œBersama Mengukir Kenangan, Bersama Mencipta Kejayaan.”





πŸ‡²πŸ‡Ύ TAKLIMAT PENGAMBILAN TENTERA DARATAnda berumur 18 hingga 30 tahun dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai...
10/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ TAKLIMAT PENGAMBILAN TENTERA DARAT

Anda berumur 18 hingga 30 tahun dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengambilan Tentera Darat Malaysia?

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Taklimat Pengambilan Tentera Darat yang dianjurkan oleh Sel Pengambilan Tentera Darat (G1), Angkatan Tentera Malaysia dengan kerjasama Kolej Komuniti Lipis.

πŸŽ–οΈ Taklimat akan disampaikan oleh:
Pegawai Angkatan Tentera Kuala Lumpur

πŸ“… 11 September 2026 (Jumaat)
⏰ 9.00 pagi hingga 11.30 pagi
πŸ“ Bilik Seminar, Kolej Komuniti Lipis

Terbuka kepada semua remaja berumur 18 hingga 30 tahun yang ingin mendapatkan penerangan secara langsung berkaitan syarat kelayakan, proses pengambilan dan perkara berkaitan penyertaan dalam Tentera Darat Malaysia.

✨ Peluang untuk mendapatkan maklumat yang tepat terus daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia.

Jom hadir! Kenali peluang, fahami proses dan dapatkan maklumat sebelum membuat permohonan.

09/09/2026
MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI ZON TIMUR 2026 πŸŽ“βœ¨Alhamdulillah, satu lagi detik bermakna telah terlakar...
09/09/2026

MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI ZON TIMUR 2026 πŸŽ“βœ¨

Alhamdulillah, satu lagi detik bermakna telah terlakar dalam perjalanan warga Kolej Komuniti Lipis.

Majlis Konvokesyen bukan sekadar sebuah acara rasmi untuk meraikan kejayaan para graduan, tetapi menjadi simbol kepada usaha, kesungguhan dan pengorbanan yang telah dilalui sepanjang tempoh pengajian.

Di sebalik setiap jubah yang disarungkan, setiap senyuman yang terukir dan setiap gambar yang dirakam, tersimpan kisah perjuangan yang tersendiri. Ada yang bermula dengan penuh tanda tanya, ada yang berdepan pelbagai cabaran, namun akhirnya berjaya melangkah ke pentas konvokesyen dengan penuh rasa bangga.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan Kolej Komuniti Lipis atas kejayaan yang dicapai. Semoga ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang berada di Kolej Komuniti menjadi bekalan untuk melangkah lebih jauh dalam kehidupan dan kerjaya.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada ibu bapa, keluarga, para pensyarah serta seluruh warga Kolej Komuniti Lipis yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada para graduan sehingga mereka berjaya sampai ke tahap ini.

Semoga kenangan indah ini terus menjadi memori yang akan dikenang dan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Tahniah, graduan Kolej Komuniti Lipis!
Terus melangkah, terus mencipta kejayaan. 🌟




MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI ZON TIMUR 2026 πŸŽ“βœ¨Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! πŸ‘©β€πŸŽ“πŸ‘¨β€πŸŽ“Tahniah ...
09/09/2026

MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI ZON TIMUR 2026 πŸŽ“βœ¨

Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! πŸ‘©β€πŸŽ“πŸ‘¨β€πŸŽ“

Tahniah buat semua graduan Kolej Komuniti Lipis. Segala usaha, penat lelah dan kesungguhan akhirnya terbalas dengan kejayaan yang membanggakan.

Tahniah graduan! πŸŽ“β€οΈ





Address

Aras Bawah, Bangunan UMNO Bahagian Lipis, Jalan Bukit Bius
Kuala Lipis
27200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Lipis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share