Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif Aswara

Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif Aswara Program Pengajian Asasi Seni Kreatif peringkat sijil sebelum ke Program Ijazah Sarjana Muda ASWARA

02/09/2024
Sambutan sempena Dekad Bahasa Kebangsaan dan Bulan Kemerdekaan, 2024 di ASWARA!
21/08/2024

Sambutan sempena Dekad Bahasa Kebangsaan dan Bulan Kemerdekaan, 2024 di ASWARA!

Selamat Datang kumpulan pelajar baharu Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif, sesi 2024/2025.Bermula hari ini, hingga 3 sem...
19/08/2024

Selamat Datang kumpulan pelajar baharu Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif, sesi 2024/2025.
Bermula hari ini, hingga 3 semester selama setahun pengajian, pelajar ini akan mengenal potensi diri, bakat dan kemahiran mereka, sebelum meneruskan lagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda nanti.
Selamat maju jaya!

Telah berlangsungnya 'Bengkel Komposisi Tari' perkongsian oleh Pusat Pengajian Asasi Senk Kreatif, ASWARA bersama S S e ...
07/08/2024

Telah berlangsungnya 'Bengkel Komposisi Tari' perkongsian oleh Pusat Pengajian Asasi Senk Kreatif, ASWARA bersama S S e M K L - Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur.
Aktiviti kali ini menumpukan kepada teknik penciptaan, koreografi dan komposisi tari. Sesi kali ini dikendalikan dan dibimbing oleh Pensyarah ASASI, En Faillul Adam dan Sdr Iqram (Alumni Tari, ASWARA).
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid yang menyertai, guru-guru (Puan Nana Arziana dan Puan Fatin Nabylah), dan Puan Bavani (Penolong Kanan Kokurikulum) di atas sokongan dan kerjasama ini. Tidak dilupakan juga Sdr Firas dan Sdri Mimie (Alumni Asasi Seni Kreatif, ASWARA).
Semoga usaha dan aktiviti ini dapat digiatkan lagi di masa hadapan!
ASWARA, Melangkah Ke Hadapan Bersama Tradisi.
Asasi Seni Kreatif, Kalau Bukan Kita, Siapa? Kalau Bukan Sekarang, Bila?

Selesailah sudah   untuk sesi 2023/2024.Untuk makluman, Prosamania - Pesta Malam Amarta, menampilkan teks klasik 'Hikaya...
24/07/2024

Selesailah sudah untuk sesi 2023/2024.
Untuk makluman, Prosamania - Pesta Malam Amarta, menampilkan teks klasik 'Hikayat Raja Babi' oleh Usup Abdul Kadir, telah pun berjaya dipentaskan pada 19-20 Julai 2024 yang lalu, di Panggung Eksperimen ASWARA.
Hikayat ini juga yang pertama kalinya dipersembahkan dalam medium persembahan pentas. Semoga hikayat ini dapat dipersembahkan lagi di lain masa jua.
Terima kasih pada semua yang hadir, dan yang telah menyokong persembahan ini.
Terima kasih Amir Muhammad dan pasukan penerbitan!
Terima kasih FIXI!
Jika anda terlepas untuk Prosamania tahun ini, jangan risau!
Nantikan daripada Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif untuk acara Prosamania akan datang!
Info lanjut aktiviti dan persembahan, boleh ikuti:-
Aswara
dan Instagram Aswara Official, Asasi Aswara, Prosamania.

Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif, Aswaramempersembahkan PROSAMANIA - ‘PESTA MALAM AMARTA’ PESTA MALAM AMARTA, menampil...
30/06/2024

Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif, Aswara
mempersembahkan
PROSAMANIA -
‘PESTA MALAM AMARTA’
PESTA MALAM AMARTA, menampilkan karyawan muda Asasi Seni Kreatif dalam persembahan berbentuk, nyanyian, tarian, muzik, lakonan dan seni visual. Kesemuanya ini digabungkan dalam satu segmen utama iaitu ‘Hikayat Raja Babi’ karya klasik oleh Usop Abdul Kadir.
👑Hikayat Raja Babi - Mengisahkan mengenai sumpahan ke atas seorang putera raja yang dilahirkan sebagai binatang haram jadah, dan dibuang ke hutan. Mengembaralah dia dari satu tempat ke tempat yang lain, dengan pelbagai peristiwa dialaminya. Pada waktu yang sama, cuba untuk meleraikan sumpahannya itu. Dia digelar sebagai Raja Babi!
Marilah kita sama-sama menyokong karyawan muda ASASI SENI KREATIF, ASWARA, menerusi kerja kreatif mereka kali ini.
Info Persembahan:-
📅 : 19 & 20 Julai 2024
⏳ : 8:30 MALAM
📍 : PANGGUNG EKSPERIMEN,
ASWARA
🎫 : RM20 UMUM, RM10 PELAJAR
Ikuti kami (Instagram):

aswara








Dari Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif Aswara yang telah membawakan siri PROSAMANIA dari 2015 hingga kini. Akan kembali...
31/05/2024

Dari Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif Aswara yang telah membawakan siri PROSAMANIA dari 2015 hingga kini. Akan kembali lagi bagi tahun 2024!
Sedang bermula persiapannya!
AKAN DATANG, JULAI 2024!
ps: Akan berhikayat! Kihkihkih!

Address

Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) 464, Jalan Tun Ismail
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60327785999

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif Aswara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif Aswara:

Share