29/08/2022
Posted • Salam Takziah & Al-Fatihah 🤲🏻
Hari ni seluruh warga UniKL berduka dengan berita pemergian Prof Dato’ Dr. Azanam Shah Hashim pada awal pagi tadi.
Arwah pernah menyandang jawatan Dekan UniKL MICET, Timbalan Presiden Akademik & Teknologi dan Jaringan Industri, Institusi & Antarabangsa semasa berkhidmat di Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
Jenazah arwah sekarang berada di Masjid Jamek Fastabiqul Khayrat, Shah Alam dan akan dikebumikan selepas sembahyang Zohor di Tanah Perkuburan Islam USJ 22.
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Prof Dato’ Dr. Azanam Shah Hashim. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.