29/07/2026
๐ข PROGRAM JALINAN TVET DAN PEMINDAHAN ILMU KEMAHIRAN KIMPALAN
๐
29 Julai 2026 (Rabu)
๐ Bengkel Teknologi Kimpalan, Kolej Vokasional Setapak, Kuala Lumpur
Alhamdulillah, Program Jalinan TVET dan Pemindahan Ilmu Kemahiran Kimpalan telah berjaya dilaksanakan pada hari ini dengan jayanya. Program ini melibatkan pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 MPV Kimpalan Fabrikasi Logam, SMK Desa Perdana Kuala Lumpur sebagai peserta, manakala pelajar Kelab Teknologis Program Teknologi Kimpalan, Kolej Vokasional Setapak bertindak sebagai fasilitator sepanjang aktiviti amali dijalankan.
Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah amali Brazing, SMAW, Plasma Cutting dan Pemotongan Serong Oxy-Acetylene. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran praktikal kimpalan melalui bimbingan secara hands-on dalam suasana pembelajaran TVET yang kondusif dan selamat.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak SMK Desa Perdana Kuala Lumpur, warga Program Teknologi Kimpalan Kolej Vokasional Setapak, para pensyarah, fasilitator dan semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh dan menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan TVET yang berkemahiran tinggi, kompeten dan bersedia memenuhi keperluan industri masa hadapan.
** **