16/09/2026
Hari ini 63 tahun yang lalu, Angkatan Tentera Persekutuan ditukar nama kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Penubuhan angkatan tentera negara dimulakan dengan pembentukan Rejimen Askar Melayu (RAM) apabila Rang Undang-Undang Askar Melayu diluluskan pada 23 Januari 1933. Batalion Pertama RAM terbentuk dengan rasminya pada 1 Januari 1938.
Batalion Kedua RAM ditubuhkan pada 1 Disember 1941, 6 hari sebelum Jepun mendarat di Singora & Patani (Thailand) & Kota Bharu, Kelantan. Selepas perang & ketika bangkitnya ancaman komunis, RAM diperbesarkan kepada 7 batalion.
Tentera Laut p**a bermula daripada Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-Negeri Selat pada 27 April 1934 di Singapura, sebelum dibesarkan dengan cawangan P.Pinang pada 1938 & ditukar nama kepada Pasukan Sukarela Tentera Laut Malaya.
Dek kekangan ekonomi pasca perang, ia dibubarkan pada April 1947. Namun apabila darurat ancaman komunis diisytihar pada 1948, ia dihidupkan kembali sebagai Tentera Laut Malaya & diwartakan pada 4 Mac 1949. Ia dikurnia gelaran Diraja pada 1952.
Pasukan Sukarela Tentera Udara Negeri-Negeri Selat p**a ditubuhkan pada 1936. Ia ditukar nama menjadi Pasukan Simpanan Tentera Udara Malaya pada 1940, dibubarkan selepas perang & dihidupkan semula sebagai Tentera Udara Diraja Malaya (RAF) pada 1950.
Tentera Udara Diraja Malaya ditubuhkan dengan rasminya pada 2 Jun 1958. Pada zaman Darurat juga, tertubuhnya pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan & Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952.
Seiring waktu, kor & rejimen lain dibentuk untuk memperluas & memperkuat pertahanan negara. Ketiga-tiga angkatan ini membentuk Angkatan Tentera Persekutuan Tanah Melayu bermula 31 Januari 1948.
Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 & membentuk Malaysia pada 16 September 1963, namanya ditukar kepada Angkatan Tentera Malaysia. Justeru, tarikh itu juga disambut setiap tahun sebagai Hari ATM.
Pada 1967, dengan rasminya kerajaan Malaysia mengambil alih sepenuhnya pentadbiran ATM daripada British.
Sumber: Laman web rasmi Angkatan Tentera Malaysia