MAFRA - Malaysian Air Force ROTU Alumni Association

MAFRA - Malaysian Air Force ROTU Alumni Association Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MAFRA - Malaysian Air Force ROTU Alumni Association, Sorority and fraternity, Kuala Lumpur.

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MAFRA ke-2 telah berjaya dilaksanakan pada tanggal 22 Januari 2022 jam 10 pagi secara atas...
24/01/2022

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MAFRA ke-2 telah berjaya dilaksanakan pada tanggal 22 Januari 2022 jam 10 pagi secara atas talian.

Kehadiran AGM kali ini lebih ramai berbanding tahun yang lalu dengan penambahan ahli dari hebahan keahlian yang telah dibuka tempohari.

AGM kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli MAFRA yang bersidang dari Liverpool.

Jutaan terima kasih kepada semua Ahli MAFRA yang telah meluangkan masa menyertai AGM kali ini.

Pertemuan Presiden MAFRA dan Presiden ABIM secara atas talian pada 21 Januari 2022.Pertemuan ini diadakan bagi membincan...
21/01/2022

Pertemuan Presiden MAFRA dan Presiden ABIM secara atas talian pada 21 Januari 2022.

Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan aktiviti kesukarelawanan yang boleh dilakukan bersama pertubuhan ABIM.

Ini juga adalah salah satu usaha MAFRA untuk memperkenalkan serta menaikkan nama alumni PALAPES Udara di mata masyarakat.

Penyerahan sumbangan derma banjir yang telah dikumpulkan kepada alumni & keluarga alumni yang terjejas teruk di Hulu Lan...
18/01/2022

Penyerahan sumbangan derma banjir yang telah dikumpulkan kepada alumni & keluarga alumni yang terjejas teruk di Hulu Langat & Batu 3 Shah Alam pada 16 Januari 2022.

Seratus peratus hasil kutipan diserahkan setelah pihak MAFRA menghubungi alumni-alumni yang telah mengisi borang bancian bencana banjir yang telah diedarkan sebelum ini.

Kunjungan Hormat Presiden MAFRA serta delegasi MAFRA ke Unit PALAPES Udara UIAM pada 25 November 2021 disambut oleh Ajut...
17/01/2022

Kunjungan Hormat Presiden MAFRA serta delegasi MAFRA ke Unit PALAPES Udara UIAM pada 25 November 2021 disambut oleh Ajutan unit, Kapt Fatimah binti Pauzi TUDM.

Hubungan erat di antara unit dan pertubuhan alumni adalah penting dalam usaha MAFRA menjejak para alumni yang masih aktif serta yang tidak aktif lagi dalam perkhidmatan.

Sekitar lawatan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM bersama delegasi ke Pangkalan Udara S...
13/01/2022

Sekitar lawatan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM bersama delegasi ke Pangkalan Udara Sendayan pada 7 Januari 2022.

Kunjungan Hormat Presiden MAFRA serta delegasi MAFRA ke Unit PALAPES Udara UiTM pada 25 November 2021 bertemu Ajutan uni...
11/01/2022

Kunjungan Hormat Presiden MAFRA serta delegasi MAFRA ke Unit PALAPES Udara UiTM pada 25 November 2021 bertemu Ajutan unit, Lt Muhamad Ibrahim Bin Hanafiah PSSTUDM dalam siri jelajah MAFRA ke unit-unit PALAPES Udara Malaysia.

Semoga segala input berharga hasil kunjungan ini menjadi panduan MAFRA bagi perancangan serta perlaksanaan aktiviti akan datang.

MAFRA berdukacita dengan perkhabaran alumni-alumni yang dilanda musibah banjir tempoh hari melalui borang bancian bencan...
28/12/2021

MAFRA berdukacita dengan perkhabaran alumni-alumni yang dilanda musibah banjir tempoh hari melalui borang bancian bencana banjir yang telah dihebahkan kepada wakil skuad setiap unit.

Mereka telah dihubungi dan MAFRA akan terus mendapatkan perkembangan terkini dan menyalurkan bantuan semampunya. Bagi yang ingin menyumbang, sumbangan boleh disalurkan ke akaun MAFRA seperti yang tertera sehingga 31 Disember 2021.

Keahlian MAFRA kini dibuka untuk pendaftaran sehingga 31 Disember 2021 bagi individu yang telah ditauliahkan sebagai Peg...
28/12/2021

Keahlian MAFRA kini dibuka untuk pendaftaran sehingga 31 Disember 2021 bagi individu yang telah ditauliahkan sebagai Pegawai Muda PSSTUDM.

Jom sertai kami bersama membawa perubahan!

Kunjungan Hormat Presiden MAFRA bersama delegasi MAFRA ke Pangkalan Udara Sendayan pada 29 November 2021 yang lalu, bert...
27/12/2021

Kunjungan Hormat Presiden MAFRA bersama delegasi MAFRA ke Pangkalan Udara Sendayan pada 29 November 2021 yang lalu, bertemu Pegawai Laksana Pangkalan Udara Sendayan, Lt Kol Ahmad Rashidi bin Ithnin TUDM.

Antara tujuan kunjungan ini dilakukan adalah untuk memberi taklimat, menerangkan halatuju MAFRA serta mendapatkan input dari pihak pangkalan berkenaan perlaksanaan aktiviti alumni di pangkalan.

Pada 25 Disember 2021, MAFRA telah menyertai sukarelawan U4U bagi program pembersihan pasca banjir di Taman Kebun Bunga,...
26/12/2021

Pada 25 Disember 2021, MAFRA telah menyertai sukarelawan U4U bagi program pembersihan pasca banjir di Taman Kebun Bunga, Batu 3, Shah Alam, Selangor.

Sejak hebahan program ini, kami telah menerima sumbangan kewangan, makanan, minuman serta barang kelengkapan pembersihan.

Tidak kurang juga ada yang menyatakan sokongan tetapi tidak dapat terlibat kerana berada jauh dari lokasi tersebut. Ada yang menyertai pasukan pembersihan selain dari yang kami war-warkan serta ada yang membantu rakan dan keluarga yang terjejas.

Kami amat terharu dengan segala sokongan para alumni. Setiap bantuan yang diterima sama nilainya. Di kala bencana ini bukan masanya untuk menunding jari, sebaliknya berganding bahu membantu.

Apa sahaja bantuan yang diterima, di mana sahaja kita turun membantu, kita tetap membawa satu nama iaitu sebagai alumni PALAPES Udara. Tahniah kepada semua. Bersama kita bangkit kembali lebih kuat dengan sokongan teguh rakan alumni.

🇲🇾 SUKARELAWAN PEMBERSIHAN PASCABANJIR DIPERLUKAN! 🇲🇾MAFRA serta NGO yang terlibat akan mengadakan program pembersihan r...
23/12/2021

🇲🇾 SUKARELAWAN PEMBERSIHAN PASCABANJIR DIPERLUKAN! 🇲🇾

MAFRA serta NGO yang terlibat akan mengadakan program pembersihan rumah yang dilanda banjir pada 25/12/2021 Sabtu, jam 8.00 a.m bertempat di Shah Alam, Selangor.

Kami amat memerlukan ramai sukarelawan untuk membantu menjayakan program tersebut. Sijil penghargaan akan diberikan.

Segala bantuan, sumbangan serta doa para alumni amat kami hargai.

MAFRA ingin menzahirkan rasa simpati kepada mereka yang terkesan dengan bencana banjir yang telah melanda beberapa buah ...
23/12/2021

MAFRA ingin menzahirkan rasa simpati kepada mereka yang terkesan dengan bencana banjir yang telah melanda beberapa buah negeri. Turut terkesan juga, para alumni yang berada di lokasi terbabit.

Kami mengharap agar bantuan kerajaan serta NGO dapat diteruskan serta dipertingkatkan agar mereka dapat menjalani kehidupan yang selesa seperti sediakala.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAFRA - Malaysian Air Force ROTU Alumni Association posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share