Persatuan Mahasiswa Optometri UKMKL

Persatuan Mahasiswa Optometri UKMKL We are an organisation under Faculty of Health Science, University Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur

[ 📖✨ SALAM NUZUL QURAN✨📖 ]Peristiwa Nuzul al-Quran memperingati turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW di Gua H...
07/03/2026

[ 📖✨ SALAM NUZUL QURAN✨📖 ]

Peristiwa Nuzul al-Quran memperingati turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira. Ia menjadi titik mula risalah Islam yang membawa cahaya, petunjuk, dan rahmat kepada seluruh umat manusia.

💡 Sambutan ini mengingatkan kita untuk:
- Membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran.
- Menghayati nilai keadilan, kasih sayang, dan ilmu yang dibawanya.
- Menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup sepanjang zaman.

✨ Semoga kita sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai sahabat dan pedoman dalam setiap langkah kehidupan.





*PERSATUAN MAHASISWA OPTOMETRI 2025/2026*
*FAKULTI SAINS KESIHATAN*
*UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA*

[✨ SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2026✨]Persatuan Mahasiswa Optometri ingin mengucapkan Selamat Hari Wilayah...
01/02/2026

[✨ SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2026✨]

Persatuan Mahasiswa Optometri ingin mengucapkan Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2026 kepada semua warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan.

Sambutan ini diadakan adalah untuk mengingatkan kita tentang pentingnya nilai kebersamaan, keharmonian dan semangat juang yang menjadi teras pembangunan Wilayah Persekutuan.

Semoga Wilayah Persekutuan terus menjadi contoh kecemerlangan, maju seiring dengan arus global dan kekal sebagai kebanggaan negara.





PERSATUAN MAHASISWA OPTOMETRI 2025/2026
FAKULTI SAINS KESIHATAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

[SALAM THAIPUSAM 2026 ✨]Thaipusam merupakan perayaan suci yang melambangkan keimanan, pengorbanan dan ketabahan penganut...
01/02/2026

[SALAM THAIPUSAM 2026 ✨]

Thaipusam merupakan perayaan suci yang melambangkan keimanan, pengorbanan dan ketabahan penganut agama Hindu dalam memperingati kemenangan kebaikan ke atas kejahatan. Perayaan ini didedikasikan kepada Dewa Murugan sebagai simbol kekuatan rohani, disiplin diri dan kesucian jiwa.

Sebagai sebuah komuniti, marilah kita bersama-sama menghormati dan meraikan kepelbagaian budaya serta kepercayaan yang menjadi teras keharmonian masyarakat Malaysia. Semoga sambutan Thaipusam ini membawa keberkatan, ketenangan dan semangat perpaduan kepada semua 🤍.

Selamat Menyambut Thaipusam kepada seluruh penganut yang meraikannya 🇲🇾





PERSATUAN MAHASISWA OPTOMETRI SESI 2025/2026
FAKULTI SAINS KESIHATAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

[SALAM ISRAK MIKRAJ 1447H ✨🌙]Peristiwa Israk dan Mikraj adalah salah satu mukjizat besar Nabi Muhammad ﷺ yang penuh deng...
17/01/2026

[SALAM ISRAK MIKRAJ 1447H ✨🌙]

Peristiwa Israk dan Mikraj adalah salah satu mukjizat besar Nabi Muhammad ﷺ yang penuh dengan pengajaran dan hikmah. Dalam satu malam, baginda diperjalankan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian diangkat ke langit hingga ke Sidratul Muntaha. Di sana, baginda menerima hadiah paling agung untuk umat Islam iaitu solat, sebagai tiang agama dan penghubung antara hamba dengan Allah SWT 🌟.

Sebagai sebuah komuniti, marilah kita memperingati Israk dan Mikraj dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Jadikan ia momentum untuk memperbaiki amalan harian, memperkukuh ukhuwah, dan menyebarkan nilai-nilai murni dalam masyarakat. Semoga kita semua sentiasa istiqamah dalam solat, kerana di situlah terletak kunci kejayaan dunia dan akhirat 🤲🏻.





*PERSATUAN MAHASISWA OPTOMETRI 2025/2026*
*FAKULTI SAINS KESIHATAN*
*UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA*

🎄SELAMAT HARI NATAL🎄Kami dari Persatuan Mahasiswa Optometri ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada seluruh warga Op...
25/12/2025

🎄SELAMAT HARI NATAL🎄

Kami dari Persatuan Mahasiswa Optometri ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada seluruh warga Optometri Universiti Kebangsaan Malaysia yang meraikannya.🎁

Semoga sambutan ini mewujudkan erti kebahagiaan, keamanan dan kasih sayang dalam kehidupan seharian, di samping mengeratkan hubungan sesama insan tanpa mengira latar belakang.
💖

Hari Natal adalah simbol harapan dan semangat memberi. Moga nilai-nilai murni ini terus subur dalam masyarakat kita yang harmoni dan majmuk.💫

Diharapkan musim perayaan ini dapat menghadirkan kegembiraan dan sinar harapan dalam hidup anda sepanjang tahun. 🌟





PERSATUAN MAHASISWA OPTOMETRI 2025/2026
FAKULTI SAINS KESIHATAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

🪔✨ Selamat Menyambut Deepavali 2025 ✨🪔Deepavali, juga dikenali sebagai Perayaan Cahaya, disambut setiap tahun bagi melam...
20/10/2025

🪔✨ Selamat Menyambut Deepavali 2025 ✨🪔

Deepavali, juga dikenali sebagai Perayaan Cahaya, disambut setiap tahun bagi melambangkan kemenangan cahaya ke atas kegelapan dan kebaikan mengatasi kejahatan. 🌟

Ia merupakan masa untuk kebersamaan, renungan, serta menyebarkan kasih sayang dan positif kepada semua di sekeliling kita. ❤️

Sempena meraikan perayaan yang penuh keceriaan ini, marilah kita menerangi bukan sahaja rumah kita, tetapi juga hati insan di sekeliling dengan kebaikan, harapan, dan belas kasihan. 🌸

Persatuan Mahasiswa Optometri UKM KL mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua!
Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan yang tidak berkesudahan, kemakmuran, dan penglihatan yang terang untuk hari-hari mendatang. 👁️💫





PERSATUAN MAHASISWA OPTOMETRI SESI 2025/2026
FAKULTI SAINS KESIHATAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



[👁️🌍 Hari Penglihatan Sedunia 2025 | “Sayangi Mata Anda” 🌍👁️]Hari Penglihatan Sedunia disambut setiap tahun pada hari Kh...
10/10/2025

[👁️🌍 Hari Penglihatan Sedunia 2025 | “Sayangi Mata Anda” 🌍👁️]

Hari Penglihatan Sedunia disambut setiap tahun pada hari Khamis minggu kedua dalam bulan Oktober. Acara global ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang hilang upaya dan masalah penglihatan serta kaedah pencegahannya. 👓

Tema Hari Penglihatan Sedunia 2025 ialah *“Sayangi Mata Anda”*. Objektif utama tema ini adalah untuk mengambil peduli tentang kepentingan penjagaan mata pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Persatuan Mahasiswa Optometri UKM KL ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Penglihatan Sedunia!
Marilah kita bersama-sama melindungi penglihatan kita agar manfaatnya dapat kita nikmati sehingga ke akhir hayat . 💐✨





PERSATUAN MAHASISWA OPTOMETRI SESI 2025/2026
FAKULTI SAINS KESIHATAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



🇲🇾 *SELAMAT HARI MALAYSIA 2025!*🇲🇾*Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni*Pada Hari Malaysia ini, kami mengucapkan setinggi-t...
16/09/2025

🇲🇾 *SELAMAT HARI MALAYSIA 2025!*🇲🇾

*Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni*

Pada Hari Malaysia ini, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga tanah air kita terus maju dengan kesejahteraan, keharmonian, dan kemakmuran yang berterusan.
Hidup Malaysia, Merdeka Malaysia!
Dirgahayu Malaysia, tanah tumpahnya darahku! 🇲🇾

Semoga kita semua terus diberkati dan disatukan dalam semangat kemerdekaan yang baru. Salam hormat dari Persatuan Mahasiswa Optometri.




PERSATUAN MAHASISWA OPTOMETRI SESI 2025/2026


🌙SALAM MAULIDUR RASUL🌙Persatuan Mahasiswa Optometri ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.✨Se...
05/09/2025

🌙SALAM MAULIDUR RASUL🌙

Persatuan Mahasiswa Optometri ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.

✨Selawat & Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW ✨

Maulidur Rasul bukan sekadar memperingati kelahiran Baginda, tetapi saat terbaik untuk menilai sejauh mana kita meneladani akhlaknya, menyambung perjuangannya dan mencintai sunnahnya.

Rasulullah SAW diutus membawa rahmat buat seluruh alam, dengan kasih sayang, hikmah, dan keadilan. Marilah kita bangkit membina diri dan ummah berlandaskan ajaran Baginda.

*"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan terbaik bagi kamu"*
(Surah Al-Ahzab: 21)

Semoga kita lebih berusaha untuk mengenali dan mengingati Rasulullah

PERSATUAN MAHASISWA OPTOMETRI SESI 2025/2026



*🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-68 🇲🇾*  Persatuan Mahasiswa Optometri ingin mengucapkan selamat menyambut hari...
31/08/2025

*🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-68 🇲🇾*

Persatuan Mahasiswa Optometri ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke-68 kepada semua warga optometri UKM.

Tanggal 31 Ogos mengingatkan kita betapa tinggi nilai sebuah kemerdekaan, hasil perjuangan, keringat dan pengorbanan para pejuang bangsa.

Kini, tanggungjawab kita ialah mengisi kemerdekaan dengan ilmu, integriti dan perpaduan, sejajar dengan tema tahun ini:
*"Malaysia Madani: Jiwa Merdeka"* yang melambangkan kekuatan rakyat berprinsip, berjiwa besar dan bersatu hati demi masa depan negara.

Mari kita terus pertahan dan perkasakan Malaysia dengan jiwa merdeka yang sebenar.

PERSATUAN MAHASISWA OPTOMETRI SESI 2025/2026



[📚✨ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR! ✨📚]Semoga setiap usaha, doa dan pengorbanan sepanjang semester ini diberi ganja...
30/06/2025

[📚✨ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR! ✨📚]

Semoga setiap usaha, doa dan pengorbanan sepanjang semester ini diberi ganjaran yang setimpal.
Teruskan berjuang dengan tenang dan yakin.
Ingat, ini bukan pengakhiran, tapi satu langkah lagi menuju impian! 💪📖

PERSATUAN MAHASISWA OPTOMETRI 2024/2025
FAKULTI SAINS KESIHATAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



[SALAM AWAL MUHARRAM 1447H] 🌙✨Awal Muharram bukan sekadar penanda tahun baharu dalam takwim Islam, tetapi detik bermakna...
27/06/2025

[SALAM AWAL MUHARRAM 1447H] 🌙✨

Awal Muharram bukan sekadar penanda tahun baharu dalam takwim Islam, tetapi detik bermakna untuk bermuhasabah, menyucikan niat dan memperteguh azam.

Semoga lembaran baru ini membuka ruang keberkatan, kejernihan fikiran serta ketenangan hati dalam meniti jalan ilmu dan amal.

Mari kita hayati semangat hijrah sebagai langkah menuju perubahan yang lebih baik demi diri, agama dan seluruh ummah.

PERSATUAN MAHASISWA OPTOMETRI 2024/2025
FAKULTI SAINS KESIHATAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



Address

Jalan Raja Muda Abdul Aziz
Kuala Lumpur
50300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Mahasiswa Optometri UKMKL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share