SurauKinabalu

Directions Website

SurauKinabalu Penghayatan dalam pengimarahan. Ikuti program-program yang dianjurkan oleh Surau Kinabalu, KK8 sama

RANGKUMAN AKTIVITI SURAU KOLEJ KINABALU 25/26Aktiviti Surau Kolej Kinabalu sesi 2025/2026 telah sampai ke penghujungnya!...
17/07/2026

RANGKUMAN AKTIVITI SURAU KOLEJ KINABALU 25/26

Aktiviti Surau Kolej Kinabalu sesi 2025/2026 telah sampai ke penghujungnya!

Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, pihak Jawatankuasa Surau Kolej Kinabalu ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan setiap aktiviti dan program sepanjang sesi ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi amal soleh di sisi Allah SWT serta memberi manfaat yang berpanjangan kepada seluruh warga kolej.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas segala nikmat dan kesempatan yang diberikan sepanjang penganjuran program-program kerohanian. Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada para penceramah, ahli jawatankuasa, para peserta, serta seluruh warga Kolej Kinabalu yang sentiasa memberikan sokongan dan menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan.

Sepanjang sesi ini, Surau Kolej Kinabalu telah menganjurkan pelbagai program yang bertujuan menghidupkan suasana ilmu dan memperkukuhkan ukhuwah, antaranya:

* 📖 Bacaan Surah Al-Kahfi
* 🤲 Bacaan Yasin & Solat Hajat
* 🌙 Gema Ramadan

Semoga setiap ayat suci al-Quran yang dialunkan, setiap doa yang dipanjatkan, dan setiap ilmu yang dikongsikan menjadi cahaya dalam kehidupan kita. Diharapkan segala kenangan serta pengalaman sepanjang program ini akan terus menyemai semangat kebersamaan, mengukuhkan ukhuwah, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Saksikan rangkuman detik-detik indah sepanjang aktiviti Surau Kolej Kinabalu sesi 2025/2026. Terima kasih atas kehadiran, sokongan dan penglibatan semua pihak. Tanpa anda semua, perjalanan Surau Kolej Kinabalu sepanjang sesi ini tidak akan menjadi seindah dan sebermakna ini.

17/07/2026
*✨ GEMA RAMADHAN KOLEJ KEDIAMAN KINABALUSESI 2025/2026 ✨*Sempena kehadiran bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, Kelab S...
16/02/2026

*✨ GEMA RAMADHAN KOLEJ KEDIAMAN KINABALU
SESI 2025/2026 ✨*

Sempena kehadiran bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, Kelab Surau Kinabalu dibawah JKP KEP KK8 dengan sukacitanya menjemput seluruh penghuni Kolej Kediaman Kinabalu untuk bersama-sama menyertai program **Gema Ramadhan Sesi 2025/2026**.

Program ini dianjurkan bagi mengimarahkan bulan yang mulia dengan pelbagai pengisian rohani dan aktiviti bermanfaat, antaranya:

• Kuiz Ramadhan Mingguan
• Mathurat Petang
• Perkongsian Harian
• *Ramadhan Dirai, Resepi Dikongsi* – Pertandingan Vlog Resepi

Marilah kita bersama-sama merebut peluang di bulan yang penuh rahmat ini dengan memperbanyakkan doa, aktiviti bermanfaat serta amalan kebaikan.

Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kenangan yang indah buat kita semua. 🌙✨

✨BACAAN KAHFI KINABALU ✨Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Muslimin dan muslimat dijemput hadir untuk bersama-sa...
11/12/2025

✨BACAAN KAHFI KINABALU ✨

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir untuk bersama-sama menghayati Program Bacaan Surah Al-Kahfi berjemaah mengikut ketetapan berikut:

📆 Tarikh: *Setiap Hari Khamis*
🕗 Masa: *Selepas Solat Maghrib*
📍Tempat: *Surau Kolej Kinabalu*

Rasulullah SAW bersabda:

_Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat._
-HR Ibnu Nasa’i & Baihaqi-

Kehadiran semua muslimin dan muslimat amat dialu-alukan.

Pihak Jawatankuasa Kinabalu 24/25 mengucapkan selamat menduduki peperiksaan. Semoga semua mahasiswa dan mahasiswa yang m...
06/07/2025

Pihak Jawatankuasa Kinabalu 24/25 mengucapkan selamat menduduki peperiksaan. Semoga semua mahasiswa dan mahasiswa yang menduduki peperiksaan dilancarkan urusan, diperkuat hafalan dan ujian dipermudahkan.

‘Bittaufiq wannajah fil imtihan’

Address

Universiti Malaya
Kuala Lumpur
50603

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SurauKinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share