Part time study USM

Part time study USM Providing part time study programs for working professional.

24/08/2022
03/02/2022
Fakta-fakta menarik tentang Lohong Hitam.1. Lohong Hitam terjadi daripada kematian bintan setelah kehabis gas nuklearnya...
14/11/2021

Fakta-fakta menarik tentang Lohong Hitam.

1. Lohong Hitam terjadi daripada kematian bintan setelah kehabis gas nuklearnya. Namun, tidak semua kematian bintang akan melahirkan lohong hitam. Bintang yang benar-benar berat sahaja berjaya menjadi lohong hitam setelah mati. Matahari merupakan contoh bintang yang tidak mampu menjadi lohong hitam setelah mati. Matahari akan jadi kerdil putih.

2. Lohong hitam mempunyai daya graviti yang sangat tinggi sehingga cahaya yang melaluinya akan disedut dan tidak mampu keluar lagi. Sekiranya anda berhajat untuk masuk ke lohong hitam, bersedia untuk tidak kembali lagi ke tempat asal.

3. Ketunggalan (singularity) merupakan kawasan terdalam dan merupakan pusat lohong hitam. Ketumpatannya tidak terhingga. Kawasan di mana ruang-masa (entiti terpenting kewujudan objek dan makhluk) paling teruk diherot. Hukum-hukum fizik dan matematik hancur berkecai apabila cuba untuk memahami hakikat sifat tabii ketunggalan.

4. Masa akan membeku (tidak bergerak) di sisi kita sejurus kita masuk ke dalam lohong hitam kerana daya gravitinya yang terlalu tinggi. Daya graviti mempengaruhi masa. Semakin tinggi graviti suatu kawasan, semakin perlahan masa bergerak. Amnya, kita tidak akan sedar kita telah memasuki lohong hitam sebab masa tidak lagi bergerak di sisi kita.

5. Kita akan mati apabila memasuki lohong hitam. Sejurus kita memasuki lohong hitam, tubuh badan kita akan ditarik dan memanjang seperti mana kita menarik getah.

6. Sekiranya lohong hitam bertembung dengan lohong hitam lain, kedua-duanya akan bergabung dan menjadi lohong hitam yang lebih besar.

7. Semua objek berjisim boleh menjadi lohong hitam (bukan secara semulajadi) apabila dimampatkan sehingga melepasi radius Schwarzschild. Malah, manusia pun boleh menjadi lohong hitam sekiranya dimampatkan sehingga 10^-23 cm (saiz yang lebih kecil daripada atom). Matahari boleh menjadi lohong hitam kalau radiusnya dimampatkan sehingga 3km.

8. Kita telah berjaya menangkap gambar lohong hitam yang terletak sekitar 55 juta tahun cahaya dari Bumi pada tahun 2019.

9. Menurut teori Stephen Hawking, lohong hitam melepaskan sinaran yang dipanggil Sinaran Hawking (Hawking Radiation). Disebabkan ini, lohong hitam sebenarnya semakin lama semakin mengecil melalui proses penyejatan. Tetapi proses ini mengambil masa yang tersangat lama. Suatu hari nanti, lohong hitam akan mati jua.

Untuk tahu lebih banyak fakta menarik tentang alam semesta, boleh dapatkan buku Genesis: Kosmologi & Dunia Kuantum. Bersempena 11.11, harga buku tengah murah sekarang. Boleh dapatkan melalui pautan berikut:

Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Genesis-i.238336777.8105952908

13/11/2021

Sejak metaverse atau mayaloka diumumkan menerusi pengumuman pertukaran nama Facebook kepada Meta, ia menunjukkan dunia Ready Player One semakin hampir menjadi realiti. Tidak kira siapa yang merealisasikannya, baik Facebook atau Tencent, ia bakal membawa perubahan besar kepada dunia. Dan ini termasuk...

11/11/2021

Cuba anda bayangkan sebentar. Anda seorang penghantar Grab. Cuba untuk mengejar masa menyampaikan makanan yang dipesan. Barangkali ianya sekadar nasi goreng biasa. Ataupun makanan yang istimewa seperti KFC ataupun pizza. Tak kisahlah apapun makanannya. Yang penting makanan anda perlu tiba cepat. Dal...

28/10/2021

Bagaimana Pandora Papers BerlakuPada 3 Oktober 2021, pihak ‘International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ)’ telah membongkarkan laporan mengena...

25/10/2021

Nobody knows who she was, just that she was different: a teenage girl from over 50,000 years ago of such strange uniqueness she looked to be a 'hybrid' ancestor to modern humans that scientists had never seen before.

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60192120236

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Part time study USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share