15/03/2022
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-61 yang melibatkan tujuh belas (17) sidang dan berlangsung selama sembilan (9) hari telahpun berakhir dengan jayanya.
Kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa usaha gigih, dedikasi, komitmen yang tidak berbelah bahagi dan semangat pantang menyerah staf di semua peringkat. Ahli jawatankuasa dan semua pihak yang terlibat, yang telah bertungkus lumus membuat persiapan untuk istiadat tersebut sejak beberapa bulan lalu adalah satu contoh semangat kerja berpasukan yang cemerlang dan perkhidmatan berdedikasi.
Pandemik ini juga telah menimbulkan pelbagai gelombang perubahan yang membawa cabaran dan halangan baharu. Walau bagaimanapun, kita berjaya mengatasinya dan meneruskan istiadat konvokesyen kali ini dengan mengutamakan serta menekankan pematuhan kepada garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Berbekalkan pengalaman masa lalu, warga Universiti yang terlibat terus memberikan perkhidmatan yang luar biasa bagi memastikan istiadat konvokesyen ke-61 berjaya dilaksanakan walaupun berhadapan pelbagai halangan serta keperluan untuk menyesuaikan istiadat dengan mengikut norma baharu serta mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Maklum balas positif telah diterima daripada peserta, graduan dan pihak yang terlibat dan rata-rata melahirkan rasa berpuas hati serta merakamkan penghargaan atas usaha menganjurkan istiadat ini.
Oleh yang demikian, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua individu yang terlibat dalam menjayakan istiadat konvokesyen UM ke-61. Sesungguhnya, kejayaan untuk menghasilkan satu istiadat yang tidak dapat dilupakan dan amat bermakna bagi semua pihak terutamanya para graduan yang meraikan kejayaan penting dalam perjalanan hidup mereka dengan kejayaan menamatkan pengajian dengan segulung ijazah daripada universiti terulung negara.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada DYMM Tuanku Canselor, Pro-Canselor, Ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor, Pengurusan Universiti, Dekan/Pengarah, staf Akademik, staf Eksekutif serta staf Operasi di atas sokongan berterusan dan semangat luar biasa dalam menjayakan istiadat konvokesyen ini.
Kepada semua graduan dan penerima anugerah serta ahli keluarga, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan tahniah yang tidak terhingga atas kejayaan dan pengiktirafan atas kecemerlangan akademik yang luar biasa.
Terima kasih sekali lagi kepada seluruh warga kampus atas kejayaan menganjurkan Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-61 yang penuh bersejarah, bermakna dan tidak dapat dilupakan.
.......................................
Greetings to campus community
Praise be to Allah that the 61st Convocation Ceremony of Universiti Malaya has just concluded with great success, spanning over 17 sessions over a 9-day period.
This achievement will not be possible without the hard work, dedication, commitment and the unyielding spirit and vigor of all staff at all levels, the committee members and all parties involved who have been dedicated in preparing for the event for the past couple of months. You have been a stellar example of teamwork and dedicated service.
The pandemic has brought upon unprecedented barriers with different waves of severity that pose additional challenges. We managed to persevere and to proceed with this edition of the ceremony with continued adherence to standard guidelines and procedures. The members involved have greatly adapted to the new norms and continued to provide exceptional service in ensuring the event will be a success amidst the various obstacles in place, having garnered useful experience and capacities from the past.
From the initial review from the participants, graduands and the parties involved, they have expressed their overall contentment and appreciation for the effort shown.
As such, we would like to extend our utmost gratitude, thanks and appreciation to all individuals involved in making this a success for everyone, particularly for the graduands in producing a memorable occasion to celebrate and appreciate their momentous glory in their life journey, in marking a significant academic chapter by graduating from the nation's top university.
A token of gratitude and appreciation to HRH Tuanku Chancellor, Pro-Chancellors, the Board Members, the University Management team including the Vice Chancellor and the entire management team as well as the Deans, academic staff, executives and operational staff for your continuous support and monumental spirit and vigour in making this a success.
To all the graduands, recipients of awards and recognitions and the family members, we would like to once again extend our heartiest and deepest congratulations and best wishes for your success and achievements, as reflected in this culmination of your academic eminence.
Thank you once again to the whole campus community for a historic, meaningful and memorable Convocation Ceremony.