25/09/2026
[๐๐๐ง๐ฌ๐ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ ๐๐ข๐ง๐ ๐ ๐ฎ ๐๐๐ค๐๐ ๐๐ข๐ฌ๐ฐ๐ ๐๐๐๐/๐๐๐๐]
โจ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐๐ฒ๐๐ฒ๐ป๐ถ๐ฎ๐ป ๐ง๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ฑ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐๐ฎ๐ป ๐ถ
Tibalah masa yang dinanti-nantikan! Hari Keempat Minggu Tekad Siswa 2026/2027 melabuhkan tirainya dengan penuh warna menerusi Malam Kesenian Tekad Perpaduan, yang menjadi acara kemuncak dalam menyatukan mahasiswa baharu melalui seni, budaya dan semangat perpaduan. ๐ญ๐ค
Bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), malam ini dimeriahkan dengan pelbagai persembahan yang menampilkan bakat, kreativiti serta kepelbagaian budaya dalam kalangan mahasiswa baharu. Setiap persembahan bukan sahaja menghiburkan, malah menjadi gambaran keunikan dan keharmonian sebuah komuniti mahasiswa yang hadir daripada latar belakang yang berbeza.
Sorakan, tepukan dan gelak tawa memenuhi ruang DECTAR, menghidupkan suasana malam yang penuh tenaga dan semangat. Setelah beberapa hari bersama-sama melalui pelbagai pengisian, aktiviti dan pengalaman sepanjang Minggu Tekad Siswa, malam ini menjadi ruang untuk mahasiswa meraikan perjalanan yang telah dilalui bersama. โจ
Daripada latihan dan persiapan sehinggalah ke pentas persembahan, setiap usaha, kerjasama dan semangat yang dicurahkan akhirnya terzahir dalam sebuah malam yang penuh kenangan. Inilah momen yang membuktikan bahawa perbezaan bukan penghalang untuk bersatu, sebaliknya menjadi kekuatan yang mencorakkan sebuah pengalaman yang lebih bermakna. ๐
Empat hari, pelbagai pengalaman, satu kenangan yang akan terus dikenang. ๐
Selamat mengakhiri Minggu Tekad Siswa 2026/2027 dengan senyuman, semangat dan kenangan manis sebagai warga baharu Universiti Kebangsaan Malaysia! ๐๐ฒ๐พ
๐๐ฆ๐ฃ๐ข๐ต ๐ฅ๐ช ๐๐ฆ๐ณ๐ด๐ข๐ฅ๐ข ๐๐ฆ๐ณ๐ต๐ช๐ธ๐ช
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐๐ ๐จ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐
๐ ๐๐ก๐๐๐จ ๐ง๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐ช๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ณ
๐๐ข๐๐๐ ๐ง๐จ๐ก ๐ฆ๐ฌ๐๐ ๐ก๐๐ฆ๐๐ฅ
๐จ๐ก๐๐ฉ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐