20/08/2026
[ππππππ πππππ ππππππ πππ ππππ ππππππ πππππ ππππππππππ ππ πππππ πππ ππππ πππππ]
Pusat Perhubungan Alumni UKM dengan sukacitanya menganjurkan Majlis Penyerahan Tajaan Bilik Penginapan dan Penapis Air yang berlangsung pada 19 Ogos 2026 bertempat di Kompleks Alumni UKM.
Bagi Kolej Tun Syed Nasir, sebanyak dua bilik ditaja oleh Alumni UKM untuk tempoh empat tahun, yang memberi manfaat kepada empat pelajar bagi setiap sesi. Secara keseluruhannya, tajaan ini dijangka memberi manfaat kepada 16 orang pelajar sepanjang tempoh empat tahun.
Tajaan ini melibatkan sumbangan daripada program dan inisiatif anjuran Alumni UKM.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan. Semoga sumbangan ini terus memberi manfaat serta menyumbang kepada kehidupan mahasiswa yang lebih selesa dan sejahtera.
Sekian, terima kasih.
ππ¦π£π’π΅ π₯πͺ ππ¦π³π΄π’π₯π’ ππ¦π³π΅πͺπΈπͺ
KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA