10/10/2021
8 SEBAB ANDA PERLU BELI RUMAH SECEPAT MUNGKIN✨✨
=====================================
1. Umur tak akan kembali
Tempoh pinjaman semakin pendek, insurans p**a semakin mahal.
--------------------------
Seseorang pembeli yang berumur 30 tahun mungkin boleh dapat tempoh pinjaman sehingga 35 tahun. Tapi jika ditangguh, tempoh pinjaman tersebut semakin pendek. Maka tinggilah bayaran bulanan. Bukan itu sahaja kerana premium insuran rumah pun turut meningkat sama.
Selain itu, kita juga boleh mengambil manfaat bantuan kerajaan jika perlu. Contohnya ketika ini ditawarkan skim pinjaman 100% seperti Skim Rumah Pertamaku dan Skim Perumahan Belia. Walau bagaimanapun, skim begini ada had umur dan tidak boleh melebihi 40 tahun.
2. Harga rumah makin meningkat
Sekali pun harga rumah ada penurunan, ianya tetap meningkat untuk jangkamasa sederhana dan panjang.
-----------------------
Harga rumah meningkat saban tahun dan semakin ditunggu makin tak mampu.
…sekali pun harga turun, harga rumah majoriti masih mampu tengok. Bukan mampu beli.
Lagipun kejatuhan harga ni jadi hanya untuk beberapa ketika. Kalau kita lihat trend untuk 10 atau 20 tahun, sebenarnya harga meningkat.
3. Kenaikan gaji tak secepat kenaikan harga rumah
Ini menyebabkan kita semakin tidak mampu saban tahun. Tambah p**a kos sara hidup yang makin tinggi.
---------------------------
Walaupun gaji kita RM5000, tahun berikutnya RM5000 tersebut mungkin nilainya dah susut. Harga barang naik, bil naik, yuran tadika naik bahkan boleh dikatakan semua naik.
Maka kalau tak beli rumah secepat mungkin makin sukarlah nak kejar harga rumah tersebut.
4. Hartanah sebagai pelaburan jangka panjang
Hartanah juga boleh jadi instrumen pelaburan. Anda pegang untuk satu jangkamasa panjang, anda akan tuai hasilnya.
---------------------------
Nak lagi bila rumah tu disewakan.
Bila anda beli rumah berharga RM250,000 misalnya, installment mungkin RM1200. Anda kemudian sewakan rumah tersebut sebanyak RM1300.
Sekarang penyewa yang bayarkan rumah anda. Anda p**a dapat duit tepi RM100.
Setelah 5 tahun, harga rumah tersebut mungkin dah meningkat ke RM400,000. Secara automatik aset bersih anda naik RM150,000.
Baki pinjaman juga dah menurun. Itu pun dikira sebagai aset bersih.
Kalau simpan 5 tahun dah untung lebih RM150,000, simpan 30 tahun entah-entah dah jadi sejuta.
Dulu tahun 90-an rumah teres di Taman Tun Dr Ismail pun berharga sekitar RM250,000.
Hari ini harga rumah tersebut di TTDI sudah mencecah jutaan.
Pelaburan hartanah semakin baik jika kita bermula seawal mungkin.
5. Hartanah sebagai bentuk forced savings
Kalau anda ada kesukaran nak menyimpan, belilah rumah.
--------------------------
Hartanah merupakan suatu bentu simpanan paksa atau forced savings. Hujung bulan wajib kena bayar.
Sekalipun anda duduk rumah tersebut dan tiada pendapatan sewa…
…ianya bakal menjadi ‘forced savings’ dengan kenaikan harga rumah yang bakal diperoleh.
Misalnya jika anda beli rumah RM100,000 dengan bayaran bulanan RM500. Walaupun setahun bayar RM6000, anda boleh dapat balik bayaran tu dengan kenaikan harga rumah.
Kesimp**annya, jika anda kurang disiplin menyimpan, hartanah adalah instrumen yang baik.
Tapi kena beli rumah yang betul la.
Ada yang beli rumah terutama underconstruction, dah siap nilai rumah berkurang RM100,000.
Itu bukan forced savings. Itu cari bala.
Bila terbeli terpaksa tunggu lama untuk dapat balik RM100,000 yang hilang tu.
6. Hartanah boleh menjadi suatu bentuk insuran
Insurans takaful akan membayar baki hutang rumah seandainya kita sudah tiada.
--------------------------
Bila kita beli hartanah, ambil insuran MRTT atau Mortgage Reducing Term Takaful.
Ada beberapa bank yang tak wajibkan. Tapi disarankan belilah polisi tersebut.
Pastikan juga ianya berbentuk takaful. Ini kerana ada polisi yang tak patuh syariah.
Bila ada insuran ni kita dilindungi.
Andai nauzubillah kita tak panjang umur, baki pinjaman akan dibayar oleh insuran.
Jumlah pinjaman yang dibayar mungkin bukan semua…
…tetapi cukup untuk meringankan beban dan menjadi aset kepada pewaris.
Sekurang-kurangnya keluarga terbela selepas ketiadaan kita.
Rumah tersebut boleh disewakan dan menjadi pendapatan tetap mereka. Ianya juga boleh dijual kalau perlu.
7. Anda tak pening dengan karenah tuan rumah
Tuan rumah mungkin menaikkan sewa atau minta anda pindah dengan tiba-tiba
------------------------
Bila kita menyewa, yang kita bayar bulan-bulan tu masuk ke poket tuan rumah.
1000 tahun menyewa, tak akan jadi milik kita.
Tuan rumah p**a mungkin akan naikkan sewa dari tahun ke tahun.
Tak boleh salahkan dia. Benda tu normal kerana inflasi.
Tuan rumah juga mungkin tiba-tiba minta anda kosongkan rumah. Dia batalkan kontrak kerana nak bagi anak atau saudara duduk.
Maka berpindah randahlah anda. Jangan rasa selesa kalau belum terjadi. Satu hari nanti pasti terjadi.
Ada juga tuan rumah yang tak bertanggungjawab. Rumah ada kerosakan teruk seperti bocor.
Anda hubungi dia tak ada tindakan. Akhir sekali anda yang terpaksa baiki.
Sudahlah kena baiki, bila minta bayar balik kos dikatakan p**a terlalu mahal.
Kalau dapat tuan rumah tak bertanggungjawab begini, percayalah hidup akan sukar. Episod pergaduhan akan lama. Macam sinetron dari seberang. Tak habis.
Sehinggalah anda keluar dari rumah tersebut menyewa rumah lain atau…
…anda buat keputusan untuk beli rumah.
8. Beri kebahagiaan kepada keluarga
Siapa yang tak gembira apabila dapat memiliki rumah sendiri?
------------------------------------
Selain itu, anak-anak juga membesar dalam keadaan baik kerana tak berpindah randah.
Berpindah ni ada kesan emosi. Terpaksa tinggal kawan-kawan. Terpaksa berpindah sekolah.
Mak ayah kita turut menumpang bahagia. Mereka tahu anda dah melepasi salah satu fasa cabaran kehidupan. Sebagaimana mereka tempuhi membesarkan kita.
Di hari perayaan, jemputlah sanak saudara ke rumah. Panjangkan silaturrahim supaya rumah yang anda beli hasil titik peluh, menjadi punca keberkatan dan kebahagiaan.
Kerana itulah impian tiap antara kita
Anda Mempunyai Pilihan 🙂
-------------------
Niat dan keazaman sangat penting nak menjayakan usaha beli rumah.
…anda mungkin perlu berkorban dan berhutang nak cukupkan tunai untuk bayar deposit. Kena tanggung bayaran bulanan bertahun-tahun p**a tu.
Ianya pegalaman yang tak seronok dan mendebarkan. Kenapa la nak bersusah payah?
Hidup bukan main lancar kalau tak beli rumah. Boleh makan luar selalu. Boleh beli kereta baru, shopping and so on.
Sesungguhnya, hidup ini datang dengan pilihan. Anda bebas memilih jalan mana yang anda mahu. Tiada siapa paksa.
Dan tiada siapa boleh hukum pilihan anda selagi tak melanggar batasan undang-undang dan agama. Namun ketahuilah dari awal agar tidak silap buat keputusan
Bila kita tangguh membeli rumah, kita kerugian besar di masa hadapan.🔥🔥