Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa - Rasmi

Directions Website Contact the university

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa - Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa - Rasmi, Community College, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Laman Facebook Rasmi Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) | Where the Passion for Teaching Begins | Kecemerlangan Berpaksikan Adab

SEMINAR HUFFAZ IPG ZON TENGAH 2026"Memperkasa Huffaz, Mendepani Masa Hadapan”IPG Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) tel...
22/10/2026

SEMINAR HUFFAZ IPG ZON TENGAH 2026

"Memperkasa Huffaz, Mendepani Masa Hadapan”

IPG Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) telah menjadi tuan rumah Seminar Huffaz IPG Zon Tengah 2026 yang berlangsung pada 10 Jun 2026 bertempat di Dewan Averroes, IPGKBA.

Seminar anjuran Jabatan Pendidikan Islam & Moral, IPGKBA ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr Ismail bin Mohamed, Timbalan Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Antara pengisian utama seminar ialah:

Ucaptama:
“Dari Mushaf ke Digital: Masa Hadapan Pendidikan Al-Quran dalam Era AI" oleh Dr. Farah Ilyani binti Zakaria (IPGKPI)

Kertas Kerja Utama:
“Huffaz dalam Era Digital: Memperkasa Hafazan, Ilmu dan Kemahiran untuk Masa Hadapan” oleh Dr. Wan Nasyrudin bin Wan Abdullah (UKM)

Forum:
“Huffaz Masa Hadapan: Celik Al-Quran, Celik Teknologi dan Celik Kemahiran” yang menampilkan tiga orang panel jemputan.

Seminar ini menjadi wadah strategik yang menghimpunkan para huffaz IPG dan institusi pengajian tinggi dalam usaha memperkukuh hafazan, kemahiran serta penghayatan al-Quran, di samping membudayakan pedagogi al-Quran dalam kalangan siswa pendidik.

Lebih daripada sekadar penguasaan hafazan, seminar ini turut membuka ruang untuk meneroka bagaimana Al-Quran, teknologi dan kecerdasan buatan (AI) dapat bergerak seiring dalam membentuk generasi Huffaz yang berilmu, berkemahiran dan bersedia mendepani cabaran masa hadapan.

Tahniah dan syabas kepada Jabatan Pendidikan Islam & Moral, IPGKBA serta semua pihak yang telah menjayakan Seminar Huffaz IPG Zon Tengah 2026.

Huffaz berilmu, berkemahiran dan celik teknologi — membina generasi pendidik masa hadapan.










📖 PROGRAM SIFAR BUTA AL-QURAN 2026Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangs...
21/10/2026

📖 PROGRAM SIFAR BUTA AL-QURAN 2026

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) telah melaksanakan Program Sifar Buta Al-Quran di SK Bandar Baru Sentul menerusi tiga sesi pada 30 Jun, 14 Julai dan 21 Julai 2026.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan bacaan Al-Quran dalam kalangan murid melalui pendekatan bimbingan yang berfokus dan bersesuaian dengan tahap kebolehan masing-masing.

Pelaksanaan program dimulakan dengan ujian diagnostik bagi mengenal pasti tahap penguasaan murid, diikuti aktiviti intervensi menggunakan Kit Huruf Hijaiyah, kaedah TAP (Tekan, Angkat, Padan), latihan bacaan Iqra’, latih tubi serta bimbingan secara individu dan berkumpulan.

Program ini telah menunjukkan perkembangan positif dari aspek pengecaman huruf hijaiyah, ketepatan sebutan, kelancaran bacaan serta keyakinan murid. Pada masa yang sama, pelaksanaannya turut memberikan pengalaman bermakna kepada siswa guru dalam mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan pentaksiran secara langsung.

Program diakhiri dengan sesi refleksi dan majlis penutup sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SK Bandar Baru Sentul, pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, siswa guru serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha ini terus menyumbang kepada pembentukan generasi yang celik Al-Quran.

📚 PROGRAM PENGUASAAN LITERASI MEMBACA DI SJK(C) JINJANG TENGAH 1 TAHUN 2026Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan...
21/10/2026

📚 PROGRAM PENGUASAAN LITERASI MEMBACA DI SJK(C) JINJANG TENGAH 1 TAHUN 2026

Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) telah melaksanakan Program Penguasaan Literasi Membaca di SJK(C) Jinjang Tengah 1 menerusi tiga sesi yang berlangsung pada 23 Jun, 7 Julai dan 14 Julai 2026.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan literasi membaca murid, khususnya dari aspek kefahaman, kelancaran dan kepantasan membaca dalam bahasa Melayu.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan, antaranya bacaan kendiri, bacaan berpasangan, rakaman bacaan serta latihan kefahaman. Aktiviti ini turut memberi peluang kepada siswa guru untuk membimbing murid secara langsung, merekod perkembangan bacaan dan mengenal pasti keperluan intervensi susulan.

Pelaksanaan program ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan dan kemahiran membaca murid, di samping memperkukuh pengalaman praktikal siswa guru dalam membimbing pembelajaran literasi di sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SJK(C) Jinjang Tengah 1, pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, siswa guru serta semua pihak yang telah menjayakan program ini.

🎉 Tahniah, Pn. Nurul Fathihah binti Nor Azhar!Warga IPG Kampus Bahasa Antarabangsa mengucapkan tahniah kepada Pn. Nurul ...
21/10/2026

🎉 Tahniah, Pn. Nurul Fathihah binti Nor Azhar!

Warga IPG Kampus Bahasa Antarabangsa mengucapkan tahniah kepada Pn. Nurul Fathihah atas pelantikan sebagai Penilai Instrumen Kajian bagi penyelidikan bertajuk “Career Transition Among Primary Schools Counsellors in Malaysia” oleh pelajar Sarjana Pendidikan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Semoga pelantikan ini menjadi satu lagi ruang untuk berkongsi kepakaran dan menyumbang kepada bidang pendidikan. Tahniah dan semoga terus maju jaya!

Ikhlas daripada Pengarah, Timbalan Pengarah dan seluruh warga kerja IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Noor Hayati binti Romli, Pensyarah Jabatan Perancangan...
21/10/2026

TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Noor Hayati binti Romli, Pensyarah Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa atas pelantikan sebagai Ahli UNITAR Industry Advisory Board (IAB) 2026 anjuran UNITAR Education Group.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan profesional serta memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan industri.

Ikhlas daripada Pengarah, Timbalan Pengarah dan seluruh warga IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Nurul’Izzati binti Md Fuad, Pensyarah Jabatan Bahasa I...
13/10/2026

TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Nurul’Izzati binti Md Fuad, Pensyarah Jabatan Bahasa Inggeris, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, atas pelantikan sebagai Penilai Artikel Kajian Tindakan sempena 4th International Conference on Teaching and Education 2026 (ICTE’26) anjuran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Semoga pelantikan ini terus menyumbang kepada kecemerlangan akademik dan profesionalisme pendidikan.

IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia


LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KE IPGKBAPada 8 Oktober 2026 (Khamis), pukul 9.00 hingga 11.00...
09/10/2026

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KE IPGKBA

Pada 8 Oktober 2026 (Khamis), pukul 9.00 hingga 11.00 pagi, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa menerima lawatan kerja YBhg. Dato’ Amzan bin Abd Malek, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Sektor Pembangunan Profesionalisme.

Agenda lawatan merangkumi tinjauan infrastruktur di sekitar IPGKBA serta perjumpaan bersama ahli MPPP.

Warga IPGKBA merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ atas kesudian meluangkan masa bersama warga kampus serta memberikan perhatian terhadap pembangunan institusi pendidikan guru.

🎉 TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Irma Rahayu binti Ibrahim, Pensyarah Jabatan Sains S...
08/10/2026

🎉 TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Irma Rahayu binti Ibrahim, Pensyarah Jabatan Sains Sosial, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA), atas pelantikan sebagai Juri Education Innovation Challenge (EDIC) 2026 bersempena dengan IQ-SITE 2026, anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang pendidikan serta inovasi.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada perkongsian kepakaran, pengembangan jaringan profesional dan kecemerlangan inovasi pendidikan.

Ikhlas daripada Pengarah, Timbalan Pengarah serta seluruh warga IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

Congratulations to Mohd Azmanuddin Azman and Aimi Liana Ahmad, Lecturers from the English Language Department, IPG Kampu...
07/10/2026

Congratulations to Mohd Azmanuddin Azman and Aimi Liana Ahmad, Lecturers from the English Language Department, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, for their valuable contributions to the Regional Symposium of the 14th SEAMEO SEN Governing Board Meeting as Moderator and Emcee of Ceremony, respectively.

May this involvement continue to strengthen professional networks and bring recognition to IPG Kampus Bahasa Antarabangsa at the regional level. ✨

🎓 TAHNIAH! | PENGIKTIRAFAN KEPAKARAN AKADEMIKSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Noorazi bin Rani, Ketua Jabata...
07/10/2026

🎓 TAHNIAH! | PENGIKTIRAFAN KEPAKARAN AKADEMIK

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Noorazi bin Rani, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa atas pelantikan sebagai Pakar Kajian bagi penyelidikan PhD bertajuk:

“Pembangunan Model Pengajaran Lisan Bahasa Arab Berbantukan Teknologi Kecerdasan Buatan”

anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran, profesionalisme dan komitmen beliau dalam bidang pendidikan dan penyelidikan. Semoga pengiktirafan ini terus menyumbang kepada perkembangan ilmu, inovasi serta kecemerlangan pendidikan.

Syabas dan tahniah! 💐

Ikhlas daripada:
Pengarah dan Timbalan Pengarah serta seluruh warga kerja IPG Kampus Bahasa Antarabangsa

IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Address

Lembah Pantai
Kuala Lumpur
59200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa - Rasmi:

Shortcuts

Share