Polis Bantuan Universiti Malaya

Polis Bantuan Universiti Malaya The Security Office of the University of Malaya (UM) was established since 1967. To maintain the safety and wellbeing of the campus and the community.

Call our Security Office emergency hotline at 03-7967 7777.

[IMBAS KEMBALI]Pada 16 Mac 2026, Profesor Ir Dr Abdul Aziz Abdul Raman, Pendaftar Universiti Malaya telah menyampaikan d...
27/04/2026

[IMBAS KEMBALI]

Pada 16 Mac 2026, Profesor Ir Dr Abdul Aziz Abdul Raman, Pendaftar Universiti Malaya telah menyampaikan duit raya kepada anggota-anggota PBUM. Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau dan sumbangan ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah menyuntik semangat dan kebersamaan dalam kalangan kami. Semoga segala kebaikan ini diberkati, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, dan terus menjadi inspirasi kepada semua.

[IMBAS KEMBALI] Pada 14 Mac 2026 komuniti PBUM di Pangsapuri Inderaloka, Pantai Dalam telah mengadakan majlis berbuka pu...
24/04/2026

[IMBAS KEMBALI]

Pada 14 Mac 2026 komuniti PBUM di Pangsapuri Inderaloka, Pantai Dalam telah mengadakan majlis berbuka puasa. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Pengarah PBUM, ACP Amran bin Dollah dan Ketua Penolong Pendaftar merangkap Koordinator Seksyen Pengurusan dan Pembangunan Keselamatan PBUM, DSP/KS Mohd Hairolnezam bin Kahmis bersama keluarga masing-masing. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis. Semoga ukhuwah yang terjalin terus erat, segala kebaikan diberkati, dan kerjasama ini memberi manfaat kepada semua.

[IMBAS KEMBALI] Pada 27 Februari 2026, AKRAB UM telah menyumbangkan makanan sahur kepada anggota-anggota PBUM yang bertu...
22/04/2026

[IMBAS KEMBALI]

Pada 27 Februari 2026, AKRAB UM telah menyumbangkan makanan sahur kepada anggota-anggota PBUM yang bertugas pada malam tersebut. Terima kasih diucapkan atas pemberian makanan tersebut dan semoga kebaikan ini diberkati, dipermudahkan urusan, dan menjadi asbab kesejahteraan serta manfaat kepada masyarakat.

Selamat Hari Polis Negara yang ke 219 🇲🇾Terima kasih atas keberanian dan jasa yang tidak ternilai.Di sebalik setiap caba...
25/03/2026

Selamat Hari Polis Negara yang ke 219 🇲🇾

Terima kasih atas keberanian dan jasa yang tidak ternilai.

Di sebalik setiap cabaran dan risiko yang dihadapi, kalian tetap teguh berdiri demi memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat.

Bekerja tidak kira masa, berkorban tidak kira bangsa.

Pengorbanan yang dicurahkan, masa yang dikorbankan, dan dedikasi yang tidak pernah luntur amat kami hargai.

Semoga segala usaha dan jasa kalian sentiasa diberkati dan dikenang sepanjang masa. 🤍

Indah berseri bunga di taman,Disiram embun setiap pagi;Syawal hadir membawa keamanan,Di hari mulia kita saling memaafi. ...
25/03/2026

Indah berseri bunga di taman,
Disiram embun setiap pagi;
Syawal hadir membawa keamanan,
Di hari mulia kita saling memaafi. ✨

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Semoga Syawal ini membawa ketenangan, keberkatan, dan mengeratkan silaturahim.
Maaf zahir dan batin.

Ikhlas daripada,

Pejabat Polis Bantuan Universiti Malaya

Program 'Ihya Ramadan diteruskan lagi dengan majlis berbuka puasa. Majlis ini menjadi ruang yang bermakna apabila para h...
09/03/2026

Program 'Ihya Ramadan diteruskan lagi dengan majlis berbuka puasa. Majlis ini menjadi ruang yang bermakna apabila para hadirin berkumpul dan berkongsi rezeki dalam suasana penuh kesyukuran. Kebersamaan ini bukan sekadar menikmati juadah dalam ketaaatan kepada Nya, tetapi juga mengeratkan silaturahim serta memupuk nilai keprihatinan dalam komuniti. Anggota PBUM juga telah menunaikan solat maghrib, isya dan tarawih secara berjemaah.

Semoga Ramadan yang penuh keberkatan ini terus mengingatkan kita tentang erti kesederhanaan, kesyukuran dan kepentingan berkongsi dengan orang di sekeliling. Dalam kebersamaan, setiap rezeki yang dikongsi akan terasa lebih bermakna. ✨🤝

Dengan semangat mengimarahkan bulan Ramadan, Polis Bantuan Universiti Malaya telah mengadakan Program Ihya' Ramadan pada...
09/03/2026

Dengan semangat mengimarahkan bulan Ramadan, Polis Bantuan Universiti Malaya telah mengadakan Program Ihya' Ramadan pada 7 Mac yang lalu bertempat di Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin (KK9). Program ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk penyediaan dan pengagihan bubur lambuk kepada warga kampus serta majlis berbuka puasa bersama.

Para ahli jawatankuasa Program Ihya Ramadan anjuran Polis Bantuan Universiti Malaya telah berganding bahu sejak awal pagi menyiapkan bubur lambuk untuk dikongsi bersama masyarakat. Program ini turut dibantu oleh Jawatankuasa Tindakan Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin (KK9). Setiap usaha kecil yang dilakukan bersama membuktikan bahawa semangat kebersamaan mampu mengeratkan hubungan serta membawa kebaikan kepada komuniti.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Ihya Ramadan pada tahun 2026 ini. Semoga amalan berkongsi rezeki ini menjadi pengingat bahawa kebaikan akan sentiasa berlipat ganda apabila kita saling membantu.

Di bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita terus menyemai nilai prihatin, menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan, dan memperkukuhkan semangat komuniti. Kadangkala, perkara paling bermakna dalam hidup bermula dengan sekecil-kecil kebaikan. ✨🤝

MAKLUMAN PERUBAHAN ALIRAN TRAFIK: LALUAN KONTRA (DUA HALA) DI LALUAN HADAPAN DEWAN TUNKU CANSELOR SEPANJANG BULAN RAMADH...
26/02/2026

MAKLUMAN PERUBAHAN ALIRAN TRAFIK: LALUAN KONTRA (DUA HALA) DI LALUAN HADAPAN DEWAN TUNKU CANSELOR SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2026

Untuk makluman warga kampus, Polis Bantuan UM akan membuat laluan kontra di hadapan Dewan Tunku Canselor sepanjang bulan Ramadhan bermula 23 Februari 2026 (Isnin).

Perubahan aliran trafik yang terlibat adalah seperti berikut:

1. Perubahan aliran trafik di hadapan Dewan Tunku Canselor akan bermula jam 4.00 petang hingga 5.00 petang sepanjang bulan Ramadhan (Isnin hingga Khamis sahaja).

2. Semua kenderaan yang keluar daripada Bangunan Canseleri dan Fakulti Seni Kreatif (FSK) akan dibenarkan untuk membelok ke arah kiri (ke Gate PJ) dan ke arah kanan (ke Gate KL). Kenderaan yang menghala ke Gate PJ perlu melalui laluan di hadapan Blok B KPS dan akan dihalakan ke laluan belakang Perpustakaan Utama (UM Central).
(Warga kampus yang keluar ke Gate PJ digalakkan menyalakan lampu kenderaan bagi memudahkan anggota bertugas mengenal pasti kenderaan bertujuan ini dan membuat kawalan trafik)

3. Semua kenderaan dari KK3, KK4, KK7, KK8, KK10, FBL, Fak. Pendidikan, FSSS dan Fak. Sains digalakkan menggunakan laluan belakang Perpustakaan Utama (UM Central) keluar ke Gate PJ serta Gate Seksyen 16.

4. Kon-kon keselamatan akan diletakkan di sepanjang laluan dan anggota Polis Bantuan UM akan ditugaskan di sepanjang laluan kontra di dalam kampus.

5. Perubahan aliran trafik hanya dilakukan pada hari Isnin - Khamis (hari bekerja sahaja) mulai 23 Februari 2026 (Isnin) sehingga 19 Mac 2026 (Khamis). Tiada laluan kontra pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perubahan laluan trafik di atas boleh menghubungi talian Hotline Polis Bantuan UM 03-7967 7777.

Kerjasama seluruh warga kampus amatlah diharapkan agar mengikut segala arahan yang diarahkan oleh anggota Polis Bantuan UM dari masa ke semasa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan demi kesejahteraan bersama.

Sekian, terima kasih.

PBUM “Awareness Series 05/2025:  KEPENTINGAN KESELAMATAN KENDERAANAssalamualaikum Warahmatullah & Salam Hormat,Dengan se...
11/12/2025

PBUM “Awareness Series 05/2025: KEPENTINGAN KESELAMATAN KENDERAAN

Assalamualaikum Warahmatullah & Salam Hormat,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Kepada seluruh warga Universiti Malaya yang dihormati,

Polis Bantuan Universiti Malaya (PBUM) dengan penuh rasa tanggungjawab ingin berkongsi peringatan seperti poster di bawah.

Justeru, pihak kami berharap agar semua warga UM sentiasa peka dan peduli untuk membawa / mengguna pelaratan keselamatan bagi mengelak risiko kemalangan kepada orang lain.

Sebarang pertanyaan lanjut, sudilah untuk menghubungi pihak PBUM di talian:
03-7967 7070 / 7777

Sekian dan Salam Hormat.

PBUM “Awareness Series 04/2025:  NATIONAL SCAM RESPONSE CENTRE (NSRC)Assalamualaikum Warahmatullah & Salam Hormat,Dengan...
09/12/2025

PBUM “Awareness Series 04/2025: NATIONAL SCAM RESPONSE CENTRE (NSRC)

Assalamualaikum Warahmatullah & Salam Hormat,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Kepada seluruh warga Universiti Malaya yang dihormati,

Polis Bantuan Universiti Malaya (PBUM) dengan penuh rasa tanggungjawab ingin berkongsi peringatan seperti poster di bawah:

Justeru, pihak kami berharap agar semua warga UM sentiasa cakna, berwaspada dan jika anda menjadi mangsa scam, sila hubungi NSRC di talian 997dengan kadar segera.

Sebarang pertanyaan lanjut, sudilah untuk menghubungi pihak PBUM di talian:
03-7967 7070 / 7777

Sekian dan Salam Hormat.

PBUM “Awareness Series 03/2025:  WASPADA DENGAN SCAM -  PENIPUAN PELABURAN KRIPTOAssalamualaikum Warahmatullah & Salam H...
08/12/2025

PBUM “Awareness Series 03/2025: WASPADA DENGAN SCAM - PENIPUAN PELABURAN KRIPTO

Assalamualaikum Warahmatullah & Salam Hormat,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Kepada seluruh warga Universiti Malaya yang dihormati,

Polis Bantuan Universiti Malaya (PBUM) dengan penuh rasa tanggungjawab ingin berkongsi peringatan seperti poster di bawah:

Justeru, pihak kami berharap agar semua warga UM sentiasa cakna, berwaspada dan tidak menjadi mangsa kepada sindiket tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut, sudilah untuk menghubungi pihak PBUM di talian:
03-7967 7070 / 7777

Sekian dan Salam Hormat.

PBUM “Awareness Series 02/2025:  WASPADA DENGAN PENIPUAN "PHONE SCAM"Assalamualaikum Warahmatullah & Salam Hormat, Denga...
08/12/2025

PBUM “Awareness Series 02/2025: WASPADA DENGAN PENIPUAN "PHONE SCAM"

Assalamualaikum Warahmatullah & Salam Hormat,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Kepada seluruh warga Universiti Malaya yang dihormati,

Polis Bantuan Universiti Malaya (PBUM) dengan penuh rasa tanggungjawab ingin berkongsi peringatan seperti poster di bawah:

Justeru, pihak kami berharap agar semua warga UM sentiasa cakna, berwaspada dan tidak menjadi mangsa kepada sindiket tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut, sudilah untuk menghubungi pihak PBUM di talian:

03-7967 7070 / 7777

Sekian dan Salam Hormat.

Address

Pusat Keselamatan Universiti Malaya Blok A, Kompleks Perdanasiswa Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
50603

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Bantuan Universiti Malaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Polis Bantuan Universiti Malaya:

Share