Pusat Asasi Sains Universiti Malaya

Pusat Asasi Sains Universiti Malaya Selamat Datang Ke Page Rasmi Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (Pasum)

04/06/2026
*Salam Sejahtera*Untuk makluman, keputusan penempatan kolej kediaman bagi pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (P...
04/06/2026

*Salam Sejahtera*

Untuk makluman, keputusan penempatan kolej kediaman bagi pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dan Program Diploma Universiti Malaya bagi Sesi Akademik 2026/2027 akan mula diumumkan pada 15 Jun 2026 melalui laman sesawang rasmi Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaya.

๐Ÿ“Œ Pelajar boleh membuat semakan penempatan melalui pautan berikut:

๐ŸŒ https://hep.um.edu.my/accommodation

Sekian, terima kasih.

๐Ÿ‘PASUM amat berbangga dengan setiap kejayaan dan pengiktirafan yang diterima oleh warga PASUM. Semoga lebih banyak kejay...
21/05/2026

๐Ÿ‘PASUM amat berbangga dengan setiap kejayaan dan pengiktirafan yang diterima oleh warga PASUM. Semoga lebih banyak kejayaan dapat terus diraih pada masa hadapan. Diharapkan pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh staf untuk terus memberikan yang terbaik, bukan sahaja demi kecemerlangan PASUM, malah dalam memperkukuhkan perjalanan kerjaya masing-masing. ๐Ÿ’ซ

Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima :
Anugerah Cemerlang Universiti Malaya 2026:
๐ŸŒน ChM Wan Nurhidayah A.Karim
๐ŸŒนEn. Muhamad Ilzam Ishak

Naib Johan Perseorangan Lelaki (Karom) Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) 2026:
๐ŸŒน Encik Wan Arif Wan Mahmood

๐ŸŒนBukan mudah menjadi seorang pendidik.Di sebalik senyuman di dalam kelas, tersimpan segala penat lelah, pengorbanan wakt...
15/05/2026

๐ŸŒนBukan mudah menjadi seorang pendidik.
Di sebalik senyuman di dalam kelas, tersimpan segala penat lelah, pengorbanan waktu, dan kasih sayang yang dicurahkan tanpa pernah berkira demi melihat anak-anak didik berjaya.

Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik PASUM.
Terima kasih kerana tidak pernah jemu menjadi cahaya, pembimbing dan sumber inspirasi dalam mencorakkan masa depan pelajar. โค๏ธ๐Ÿ“š

"Guru Bitara Nadi Negara"

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Norli Anida Abdullah dan Pn. Wan Nurhidayah A. Karim atas kejayaan projek m...
12/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Norli Anida Abdullah dan Pn. Wan Nurhidayah A. Karim atas kejayaan projek mereka yang terpilih ke peringkat seterusnya dalam UM Deep Tech (UMDT) Accelerator Programme 5.0 serta diluluskan bagi penerimaan geran di bawah program ini.

Kejayaan ini membuktikan bahawa inovasi di PASUM mempunyai potensi komersial untuk pasaran. ๐Ÿš€

Semoga pencapaian mereka menjadi pencetus semangat dan inspirasi buat kita semua di PASUM untuk terus berinovasi serta berani melangkah ke dunia keusahawanan teknologi.

Syabas sekali lagi! ๐Ÿ‘โœจ

Address

Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya
Kuala Lumpur
56100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Asasi Sains Universiti Malaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Asasi Sains Universiti Malaya:

Share