Jabatan Kerja Sosial Perubatan PPUM

Call Directions Website Contact the university

Jabatan Kerja Sosial Perubatan PPUM Jabatan ini adalah salah satu jabatan di bawah sokongan klinikal di PPUM yang menyediakan perkhidmatan sosial kepada pesakit. Pn. P.C Sushama (1965-1975)
2. En.

Selamat Datang Ke Laman Rasmi Facebook Pusat Kerja Sosial Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya Kuala Lumpur. Kami yang juga dikenali Pekerja Sosial Perubatan (Medical Social Worker/MSW) menyediakan khidmat sokongan kepada pesakit yang dirujuk oleh pegawai perubatan. Jabatan ini telah ditubuhkan pada tahun 1968 serentak dengan penubuhan Pusat Perubatan Universiti Malaya (dahulunya dikenali sebagai Hospital Universiti). Pada mulanya, jabatan ini dahulunya dikenali sebagai Unit Kebajikan Perubatan kemudian ditukarkan kepada PTJ Kebajikan Perubatan dan pada tahun 2014, jabatan ini mula dikenali sebagai Jabatan Kerja Sosial Perubatan seiring dengan kewujudan jabatan ini di hospital-hospital lain. Seiring perubahan statut Universiti Malaya pada tahun 2024, Jabatan ini kini dikenali sebagai Pusat Kerja Sosial Perubatan pada tahun 2025. Pusat ini telah diterajui melalui kepimpinan :

1. Zaharah Awang (1975-1991)
3. Sidek Miko (1992-2012)
4. Siti Nurhayati Harun (2013-2015)
5. Ybhg. Datin Rodhiah Zakaria (2016-2020)
6. Khalidah Mustapa (2020-2023)
7. Fatimang Ladola (2023-sehingga kini)

Pusat Kerja Sosial Perubatan
Tingkat 2, Menara Timur
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Urusan Kaunter : Isnin-Jumaat (9.00AM-4.30PM)
Rehat : Isnin โ€“ Khamis (1.00PM-2.00PM) & Jumaat (12.15-2.45PM)
No. Telefon : 03-7949 3215
Laman Web : https://www.ummc.edu.my

SKOP PERKHIDMATAN
Objektif Umum
Membantu pesakit menjalani proses perawatan dan pemulihan di PPUM melalui perkhidmatan kerja sosial perubatan yang cekap, berkesan dan bermanfaat bagi meningkatkan kesejahteraan dan kefungsian sosial pesakit. Objektif Khusus
Membantu pesakit yang memerlukan dengan :

1. Melaksanakan proses penilaian biopsikososial terhadap pesakit yang dirujuk bagi membolehkan keperluan dan intervensi yang bersesuaian dilakukan mengikut kesediaadaan sumber.
2. Menyediakan khidmat bimbingan, sokongan dan kaunseling kepada pesakit dan keluarga bagi menangani isu dan impak biopsikososial yang dihadapi.
3. Menyediakan khidmat pengurusan krisis kepada pesakit dan keluarga bagi membantu menangani krisis yang dialami.
4. Membantu pesakit dengan bantuan praktikal dan kewangan bagi menjayakan proses perawatan.
5. Membantu proses perancangan discaj pesakit ke arah kefungsian dalam komuniti.
6. Memudahcara pengurusan kes melalui kerjasama bersama pesakit, keluarga dan pasukan pelbagai disiplin.
7. Memperluas jaringan kerja dan kolaborasi strategik dengan agensi penyedia bantuan dalam komuniti.
8. Melaksanakan pengajaran bagi menyampaikan maklumat berkaitan bidang kerja sosial perubatan. GOLONGAN SASARAN KAMI TERDIRI DARIPADA
1. Individu yang memerlukan sokongan & kaunseling
2. Kes berkaitan penderaan, pengabaian dan penganiayaan
3. Tekanan emosi & mental
4. Penyakit kronik dan berjangkit
5. Ketagihan
6. Orang kelainan upaya
7. Kemiskinan akibat penyakit


PPUMCare, SUMBANGAN ANDA MENYELAMATKAN NYAWA
PPUMcare adalah sebuah tabung yang dahulunya dikenali sebagai Tabung Kebajikan Pesakit. Tabung ini ditubuhkan seiring dengan penubuhan Hospital Universiti (nama lama Pusat Perubatan Universiti Malaya). Objektif utama PPUMCare adalah membantu pesakit yang kurang berkemampuan dan yang mendapatkan rawatan di PPUM. Antara jenis bantuan tersebut :

1. Peralatan Perubatan
2. Ubat-ubat khas
3. Kos rawatan
4. Penyelengaraan alat

Layari link dibawah untuk membuat sumbangan
http://www.ummc.edu.my/ppumcare

๐Ÿญ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ถ!๐Ÿฏ ๐—ž๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ถ๐Ÿฐ๐Ÿด ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐Ÿญ ๐˜๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ปAyuh! Kita bersama memeriahkan kejohanan Pickleball Amal PPUMCare 2026 ya...
14/09/2026

๐Ÿญ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ถ!

๐Ÿฏ ๐—ž๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ถ

๐Ÿฐ๐Ÿด ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป

๐Ÿญ ๐˜๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป

Ayuh! Kita bersama memeriahkan kejohanan Pickleball Amal PPUMCare 2026 yang julung kali diadakan.

Komitmen dari setiap pemain melambangkan kesungguhan untuk membantu pesakit yang kurang berkemampuan di PPUM untuk meneruskan rawatan.

15 September 2026
8 malam - 12 tengah malam
Las Palmas Pickleball club, Universiti Malaya

*๐—ฃ๐—น๐—ฎ๐˜† ๐˜„๐—ถ๐˜๐—ต ๐—ฃ๐˜‚๐—ฟ๐—ฝ๐—ผ๐˜€๐—ฒ. ๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ ๐˜„๐—ถ๐˜๐—ต ๐—›๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐˜*

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ—Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi merupakan se...
31/08/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ—

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi merupakan sebuah amanah untuk terus membina negara yang bersatu padu, saling menghormati, prihatin dan berdaya tahan.

Marilah kita bersama-sama menghargai nikmat kemerdekaan dan terus menyemarakkan semangat Malaysia yang bersatu, harmoni dan saling membantu.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ikhlas daripada,
Jabatan Kerja Sosial Perubatan
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—œ๐—–๐—ž๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ ๐—ฃ๐—ฃ๐—จ๐— ๐—–๐—”๐—ฅ๐—˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒZarrin Nuqman & Atita Haris akan bersaing bagi kategori beregu campuran (selebrit...
24/08/2026

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—œ๐—–๐—ž๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ ๐—ฃ๐—ฃ๐—จ๐— ๐—–๐—”๐—ฅ๐—˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Zarrin Nuqman & Atita Haris akan bersaing bagi kategori beregu campuran (selebriti). Bersama mereka 15 lagi pasangan selebriti yang lain akan merebut kejuaraan edisi pertama ini.

Kategori beregu lelaki & wanita masih dibuka untuk pendafataran. Daftar segera untuk membantu pesakit yang kurang berkemampuan untuk meneruskan rawatan di PPUM.

๐Ÿ“… 15 September 2026 (Selasa)
๐Ÿ•— 8.00 malam โ€“ 12.00 tengah malam
๐Ÿ“ Las Palmas Pickleball Club, Universiti Malaya

๐Ÿ“ฒ Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas kod QR pada poster yang dilampirkan atau tekan pautan yang disediakan: https://forms.gle/bhTQNPdkNZMVwUK7A

*Play with Purpose. Care with Heart*

Satu perlawanan. Satu misi. Seribu harapan. PPUMCare, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akan menganjurkan ๐Š๐ž๐ฃ๐จ๐ก๐š๐ง...
20/08/2026

Satu perlawanan. Satu misi. Seribu harapan.

PPUMCare, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akan menganjurkan ๐Š๐ž๐ฃ๐จ๐ก๐š๐ง๐š๐ง ๐๐ข๐œ๐ค๐ฅ๐ž๐›๐š๐ฅ๐ฅ ๐š๐ฆ๐š๐ฅ ๐๐๐”๐Œ๐‚๐š๐ซ๐ž ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Lebih daripada sebuah kejohanan, acara ini merupakan platform yang menghimpunkan rakan korporat dan barisan selebriti dalam satu misi yang sama *membantu pesakit PPUM yang memerlukan sokongan kewangan bagi mendapatkan rawatan, ubat-ubatan dan peralatan perubatan*.

Penyertaan tuan/puan bukan sekadar menyokong sebuah acara amal, malah menjadi sebahagian daripada usaha membina masa depan yang lebih baik untuk pesakit yang memerlukan, di samping mengukuhkan jaringan strategik bersama komuniti korporat dan selebriti.

๐Ÿ“… 15 September 2026 (Selasa)
๐Ÿ•— 8.00 malam โ€“ 12.00 tengah malam
๐Ÿ“ Las Palmas Pickleball Club, Universiti Malaya

๐Ÿ“ฒ Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas kod QR pada poster yang dilampirkan atau tekan pautan yang disediakan: https://forms.gle/bhTQNPdkNZMVwUK7A

*Play with Purpose. Care with Heart*

๐™‹๐™๐™Š๐™‚๐™๐˜ผ๐™ˆ  ๐™†๐™๐™‰๐™…๐™๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰ ๐™Ž๐™๐™๐˜ผ๐™๐™€๐™‚๐™„๐™† ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™Ž๐™„๐™ˆ๐˜ฝ๐™Š๐™‡๐™„๐™† ๐™‹๐™€๐™‰๐™”๐™€๐™๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™‰ ๐™Ž๐™๐™ˆ๐˜ฝ๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™€๐™‹๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ ๐™ƒ๐™Š๐™Ž๐™‹๐™„๐™๐˜ผ๐™‡Buat julung kalinya, Majlis Agama Islam Ne...
13/08/2026

๐™‹๐™๐™Š๐™‚๐™๐˜ผ๐™ˆ ๐™†๐™๐™‰๐™…๐™๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰ ๐™Ž๐™๐™๐˜ผ๐™๐™€๐™‚๐™„๐™† ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™Ž๐™„๐™ˆ๐˜ฝ๐™Š๐™‡๐™„๐™† ๐™‹๐™€๐™‰๐™”๐™€๐™๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™‰ ๐™Ž๐™๐™ˆ๐˜ฝ๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™€๐™‹๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ ๐™ƒ๐™Š๐™Ž๐™‹๐™„๐™๐˜ผ๐™‡

Buat julung kalinya, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mengadakan kunjungan strategik ke PPUM yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato' Dr. Aman bin Rabu.

Pelbagai perkara telah dibincangkan meliputi aspek kebajikan serta bantuan untuk pesakit dari Johor yang menerima rawatan di PPUM.

Majlis diakhiri dengan simbolik penyerahan sumbangan dari MAINJ ke Tabung PPUMCare berjumlah RM 100,000.

Semoga kerjasama ini membawa manfaat kepada pesakit -pesakit di PPUM khususnya rakyat Johor.

๐‘ด๐˜ผ๐‘ฑ๐™‡๐‘ฐ๐™Ž ๐™Ž๐‘ผ๐™ˆ๐‘ฉ๐˜ผ๐‘ต๐™‚๐‘จ๐™‰ ๐™‹๐‘ฌ๐™‰๐’€๐™€๐‘น๐˜ผ๐‘ฏ๐˜ผ๐‘ต ๐‘ฎ๐™€๐‘น๐˜ผ๐‘ต ๐‘ท๐™€๐‘น๐™๐‘ฉ๐˜ผ๐‘ป๐˜ผ๐‘ต๐‘น๐™ˆ๐‘ฏ๐˜พ ๐™ˆ๐‘จ๐™‡๐‘จ๐™”๐‘บ๐™„๐‘จThe Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC) tampil sekal...
12/08/2026

๐‘ด๐˜ผ๐‘ฑ๐™‡๐‘ฐ๐™Ž ๐™Ž๐‘ผ๐™ˆ๐‘ฉ๐˜ผ๐‘ต๐™‚๐‘จ๐™‰ ๐™‹๐‘ฌ๐™‰๐’€๐™€๐‘น๐˜ผ๐‘ฏ๐˜ผ๐‘ต ๐‘ฎ๐™€๐‘น๐˜ผ๐‘ต ๐‘ท๐™€๐‘น๐™๐‘ฉ๐˜ผ๐‘ป๐˜ผ๐‘ต
๐‘น๐™ˆ๐‘ฏ๐˜พ ๐™ˆ๐‘จ๐™‡๐‘จ๐™”๐‘บ๐™„๐‘จ

The Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC) tampil sekali lagi menyumbang kepada pesakit kanak-kanak di PPUM yang memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan rawatan.

Keprihatinan RMHC terhadap pesakit diteruskan dengan sumbangan berjumlah RM 50,000 kepada Tabung PPUMCare.

Majlis penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Presiden RMHC Malaysia, Datuk Azmir Jaafar. Mewakili Tabung PPUMCare adalah Puan Nur Azrida binti Azhari Wasi, Timbalan Ketua Pengarah (Ikhtisas) merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah PPUMCare.

Semoga dengan sumbangan ini dapat memperkukuhkan sokongan kepada keluarga kurang berkemampuan yang mempunyai anak sedang menerima rawatan di PPUM.

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ง๐—จ๐—ก๐—”๐—ฆ ๐—•๐—”๐—ž๐—ง๐—œ, ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—œSeksyen Kesejahteraan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Kerja Sosial Perubatan ...
12/08/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ง๐—จ๐—ก๐—”๐—ฆ ๐—•๐—”๐—ž๐—ง๐—œ, ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—œ

Seksyen Kesejahteraan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Kerja Sosial Perubatan telah mengadakan Lawatan Kerja Ke Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi pada 11 Ogos 2026.

Antara objektif lawatan adalah untuk mendapatkan pendedahan mengenai program pendidikan dan pemulihan kanak-kanak di institusi tersebut, memahami perkembangan kanak-kanak yang ditempatkan di sana serta mengukuhkan jaringan kerjasama antara PPUM dan institusi berkaitan dalam pengurusan kes-kes sosial melibatkan kanak-kanak.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Sekolah Tunas Bakti atas kesudian menerima lawatan ini.

Ada yang miskin disebabkan kesihatan. Tidak kurang juga disebabkan menangung beban kos perubatan. Terima kasih Lembaga Z...
25/07/2026

Ada yang miskin disebabkan kesihatan. Tidak kurang juga disebabkan menangung beban kos perubatan. Terima kasih Lembaga Zakat Selangor kerana peduli dengan golongan ini.

Tidak semua yang terbeban mampu berkongsi apa yang sedang mereka lalui.

Ada yang terus bertahan dalam diam, berusaha menjaga keluarga dan mencari jalan untuk memastikan keperluan harian tetap dipenuhi.

Zakat yang ditunaikan menjadi ruang untuk mereka kembali menyusun kehidupan dengan lebih teratur dan bermaruah.

Setiap bantuan yang sampai, membawa harapan untuk mereka terus melangkah.


Terus ikuti kami di platform media sosial rasmi Zakat Selangor;

FB & IG: @โ€Œzakatselangor
X: @โ€Œzakatselangor
YouTube: ZakatSelangor
TikTok: @โ€Œzakatselangor

16/07/2026

Address

Pusat Perubatan Universiti Malaya
Kuala Lumpur
59100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kerja Sosial Perubatan PPUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Jabatan Kerja Sosial Perubatan PPUM:

Shortcuts

Share