Selamat Datang Ke Laman Rasmi Facebook Pusat Kerja Sosial Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya Kuala Lumpur. Kami yang juga dikenali Pekerja Sosial Perubatan (Medical Social Worker/MSW) menyediakan khidmat sokongan kepada pesakit yang dirujuk oleh pegawai perubatan. Jabatan ini telah ditubuhkan pada tahun 1968 serentak dengan penubuhan Pusat Perubatan Universiti Malaya (dahulunya dikenali
sebagai Hospital Universiti). Pada mulanya, jabatan ini dahulunya dikenali sebagai Unit Kebajikan Perubatan kemudian ditukarkan kepada PTJ Kebajikan Perubatan dan pada tahun 2014, jabatan ini mula dikenali sebagai Jabatan Kerja Sosial Perubatan seiring dengan kewujudan jabatan ini di hospital-hospital lain. Seiring perubahan statut Universiti Malaya pada tahun 2024, Jabatan ini kini dikenali sebagai Pusat Kerja Sosial Perubatan pada tahun 2025. Pusat ini telah diterajui melalui kepimpinan :
1. Zaharah Awang (1975-1991)
3. Sidek Miko (1992-2012)
4. Siti Nurhayati Harun (2013-2015)
5. Datin Rodhiah Zakaria (2016-2020)
6. Khalidah Mustapa (2020-2023)
7. Fatimang Ladola (2023-sehingga kini)
Pusat Kerja Sosial Perubatan
Tingkat 2, Menara Timur
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Urusan Kaunter : Isnin-Jumaat (9.00AM-4.30PM)
Rehat : Isnin โ Khamis (1.00PM-2.00PM) & Jumaat (12.15-2.45PM)
No. Telefon : 03-7949 3215
Laman Web : https://www.ummc.edu.my
SKOP PERKHIDMATAN
Objektif Umum
Membantu pesakit menjalani proses perawatan dan pemulihan di PPUM melalui perkhidmatan kerja sosial perubatan yang cekap, berkesan dan bermanfaat bagi meningkatkan kesejahteraan dan kefungsian sosial pesakit. Objektif Khusus
Membantu pesakit yang memerlukan dengan :
1. Melaksanakan proses penilaian biopsikososial terhadap pesakit yang dirujuk bagi membolehkan keperluan dan intervensi yang bersesuaian dilakukan mengikut kesediaadaan sumber.
2. Menyediakan khidmat bimbingan, sokongan dan kaunseling kepada pesakit dan keluarga bagi menangani isu dan impak biopsikososial yang dihadapi.
3. Menyediakan khidmat pengurusan krisis kepada pesakit dan keluarga bagi membantu menangani krisis yang dialami.
4. Membantu pesakit dengan bantuan praktikal dan kewangan bagi menjayakan proses perawatan.
5. Membantu proses perancangan discaj pesakit ke arah kefungsian dalam komuniti.
6. Memudahcara pengurusan kes melalui kerjasama bersama pesakit, keluarga dan pasukan pelbagai disiplin.
7. Memperluas jaringan kerja dan kolaborasi strategik dengan agensi penyedia bantuan dalam komuniti.
8. Melaksanakan pengajaran bagi menyampaikan maklumat berkaitan bidang kerja sosial perubatan. GOLONGAN SASARAN KAMI TERDIRI DARIPADA
1. Individu yang memerlukan sokongan & kaunseling
2. Kes berkaitan penderaan, pengabaian dan penganiayaan
3. Tekanan emosi & mental
4. Penyakit kronik dan berjangkit
5. Ketagihan
6. Orang kelainan upaya
7. Kemiskinan akibat penyakit
PPUMCare, SUMBANGAN ANDA MENYELAMATKAN NYAWA
PPUMcare adalah sebuah tabung yang dahulunya dikenali sebagai Tabung Kebajikan Pesakit. Tabung ini ditubuhkan seiring dengan penubuhan Hospital Universiti (nama lama Pusat Perubatan Universiti Malaya). Objektif utama PPUMCare adalah membantu pesakit yang kurang berkemampuan dan yang mendapatkan rawatan di PPUM. Antara jenis bantuan tersebut :
1. Peralatan Perubatan
2. Ubat-ubat khas
3. Kos rawatan
4. Penyelengaraan alat
Layari link dibawah untuk membuat sumbangan
http://www.ummc.edu.my/ppumcare