ktac_halal

ktac_halal Selamat datang ke channel platform Halal KTAC! Jangan lupa untuk ikuti kami!

Program Diploma Pengurusan Industri Halal
Kolej Teknologi Antarabansa Cybernetics

Sentiasa memberikan berita atau hebahan secara pantas di semua media DPIH.

Pagi tadi min ingat nak beli hair dryer. Survey2 nampak jenis ni. Ramai komen bagus. Tapi nasib baik nampak..Hair dryer ...
08/09/2022

Pagi tadi min ingat nak beli hair dryer. Survey2 nampak jenis ni. Ramai komen bagus.
Tapi nasib baik nampak..

Hair dryer ni guna boar bristle iaitu BULU BABI HUTAN. Dan ramai juga pembelinya adalah dr kalangan org islam. Hati2 dlm membeli.

Rambut kita nak bawak solat. Lepas mandi rambut basah terus guna bulu babi untuk sikat. Macam mana solat kita seharian?



Hey Korang! Tunggu Keputusan SPM ke tu?Kalau berminat nak sambung belajar di Kolej yang paling Meriah di KL , Boleh je k...
20/07/2022

Hey Korang! Tunggu Keputusan SPM ke tu?

Kalau berminat nak sambung belajar di Kolej yang paling Meriah di KL , Boleh je ke KTAC!!

Tapi apa yang best sangat pasal KTAC eh?

So pertamanya, kerana KTAC diluluskan Kementrian Pengajian Malaysia, kerjasama dgn UPM dan Yuran Pendaftaran paling murah ,

KTAC juga menerima lebih 11,000 Pendaftaran setiap Tahun.
Tapi hanya 650 pelajar Yang akan mendapat
1) Biasiswa RM3,000
2)Tempat Penginapan
3) 5 Sijil Tambahan Percuma

Ada satu lagi,
Tahun ni, KTAC menghadiahkan Hoodie Limited Edition KTAC untuk 650 pelajar pertama yang mendaftar.

So Kalau nak tahu info lanjut lagi, Boleh klik link di bio Instagram kami atau FB Profile KTAC

[ KERUGIAN TERLEPAS PAHALA MALAM 1000 BULAN ]Bulan Ramadan adalah penghulu segala bulan kerana di dalamnya ada satu mala...
28/04/2022

[ KERUGIAN TERLEPAS PAHALA MALAM 1000 BULAN ]

Bulan Ramadan adalah penghulu segala bulan kerana di dalamnya ada satu malam yang beribadah padanya lebih baik daripada 1000 bulan iaitulah Lailatulqadar.

Di akhir hadith ini Rasulullah ﷺ memperingatkan tentang kerugian yang akan dialami apabila terlepas malam tersebut dan tidak syak lagi kerugian yang sebenar-benar kerugian ialah apabila nikmat yang sedemikian besar dimusnahkan oleh manusia sendiri.

"PENGGERAK MAHASISWA PERPADUAN UMMAH"

Diploma Pengurusan Industri Halal,
Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics,
Sesi 2021/2022.

DIPLOMA PENGURUSAN INDUSTRI HALAL


[ JARAK MASA ANTARA WAKTU SAHUR DAN SUBUH ]Waktu yang disunnahkan bersahur bermula daripada akhir malam sebelum waktu su...
16/04/2022

[ JARAK MASA ANTARA WAKTU SAHUR DAN SUBUH ]

Waktu yang disunnahkan bersahur bermula daripada akhir malam sebelum waktu subuh sehingga terbit fajar sadik dan permulaan waktu sahur p**a adalah pada waktu fajar al-Kazib (fajar pertama) sehinggalah fajar sadik (fajar kedua). Justeru, manfaatkanlah masa bangun untuk bersahur dengan amalan qiyamullail dan banyakkan berdoa kerana waktu bersahur adalah waktu mustajabnya doa.



"PENGGERAK MAHASISWA PERPADUAN UMMAH"

Diploma Pengurusan Industri Halal,
Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics,
Sesi 2021/2022.

DIPLOMA PENGURUSAN INDUSTRI HALAL


[ MENYEGERAKAN BERBUKA ITU SUNNAH ]Orang yang menyegerakan berbuka puasa akan sentiasa dalam kebaikan. Antara kebaikanny...
14/04/2022

[ MENYEGERAKAN BERBUKA ITU SUNNAH ]

Orang yang menyegerakan berbuka puasa akan sentiasa dalam kebaikan. Antara kebaikannya adalah doa orang yang berpuasa ketika berbuka adalah mustajab dan mengikuti sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ.

"PENGGERAK MAHASISWA PERPADUAN UMMAH"

Diploma Pengurusan Industri Halal,
Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics,
Sesi 2021/2022.

DIPLOMA PENGURUSAN INDUSTRI HALAL


[ SIAPAKAH GOLONGAN YANG CELAKA ]Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :1. Ce...
12/04/2022

[ SIAPAKAH GOLONGAN YANG CELAKA ]

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

1. Celakalah seseorang apabila namaku disebut-sebut dihadapannya dan dia tidak mengucapkan selawat kepadaku

2. Dan Celakalah seseorang apabila bulan Ramadan menemuinya kemudian berlalu pergi sebelum dia mendapat keampunan

3. Dan Celakalah seseorang yang kedua orang tuanya berusia lanjut namun kedua orang tuanya tidak dapat memasukkanya ke dalam syurga (kerana kebaktiannya)

Semoga kita semua tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang celaka. Marilah kita sama-sama gandakan pahala dan elakkan dosa bermula Ramadan ini.

"PENGGERAK MAHASISWA PERPADUAN UMMAH"

Diploma Pengurusan Industri Halal,
Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics,
Sesi 2021/2022.

DIPLOMA PENGURUSAN INDUSTRI HALAL


[ FITNAH MEMBAWA BENCANA ]Pada zaman serba moden dan canggih ini, gejala fitnah berleluasa dengan semakin pantas melalui...
11/04/2022

[ FITNAH MEMBAWA BENCANA ]

Pada zaman serba moden dan canggih ini, gejala fitnah berleluasa dengan semakin pantas melalui pelbagai platform media sosial dan internet di hujung jari.

Umat Islam dilarang menyebarkan fitnah kerana boleh merosakkan persaudaraan, menyebabkan keadaan menjadi kucar-kacir bahkan boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Bermula Ramadan kali ini, marilah sama-sama kita gandakan pahala dan elakkan dosa.

"PENGGERAK MAHASISWA PERPADUAN UMMAH"

Diploma Pengurusan Industri Halal,
Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics,
Sesi 2021/2022.

DIPLOMA PENGURUSAN INDUSTRI HALAL


[ PUASA MENGHAPUS DOSA ]Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Orang yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keim...
09/04/2022

[ PUASA MENGHAPUS DOSA ]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Orang yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh harapan, maka akan diampuni dosa-dosa yang telah lalu."

Marilah kita merebut peluang di bulan Ramadan ini dengan memperbanyakan amal ibadah dan semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita. Gandakan Pahala dan Elakkan Dosa Bermula Ramadan ini.

"PENGGERAK MAHASISWA PERPADUAN UMMAH"

Diploma Pengurusan Industri Halal,
Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics,
Sesi 2021/2022.

DIPLOMA PENGURUSAN INDUSTRI HALAL


[ JAGA AIB SESAMA MUSLIM ]Saat kita sedang berpuasa, kita bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, tetapi diharuskan juga ...
08/04/2022

[ JAGA AIB SESAMA MUSLIM ]

Saat kita sedang berpuasa, kita bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, tetapi diharuskan juga menahan nafsu, termasuk perkataan dan perbuatan yang boleh mengurangkan pahala puasa kita.

Menutup aib seorang bukan bererti menyembunyikan kemungkaran dan bukan bererti membiarkan kemaksiatan tetapi dengan menasihatinya dan menjaga kehormatan dan kemuliaannya. Bermula Ramadan ini marilah kita jadikan media sosial sebagai platform gandakan pahala elakkan dosa.

"PENGGERAK MAHASISWA PERPADUAN UMMAH"

Diploma Pengurusan Industri Halal,
Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics,
Sesi 2021/2022.

DIPLOMA PENGURUSAN INDUSTRI HALAL


Address

154, Kompleks Maluri, Jalan Jejaka, Maluri, Cheras
Cheras, Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ktac_halal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share