05/12/2020
INSAN BERGELAR WANITA
Sering kali kita melihat di dada-dada akhbar memaparkan penyeksaan, penderaan dan penderitaan seseorang wanita. Apakah sebenarnya maksud keganasan wanita ini?
Keganasan terhadap wanita adalah perbuatan penganiayaan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan dalam pelbagai cara. Penderaan ini boleh berlaku dari segi kekerasan fizikal, seksual, psikologi dan ekonomi, tanpa mengira pendapatan, usia atau latar belakang pendidikan mereka. Kesannya, penderaan ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal, mental dan emosi jangkapanjang kepada mangsa. Dilaporkan, hampir satu pertiga wanita di seluruh dunia mengalami keganasan fizikal dan/atau seksual oleh pasangan.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kes keganasan terhadap wanita meningkat terutama semasa musim pandemik COVID-19 yang kini melanda dunia. Laporan dari seluruh dunia, termasuk China, United Kingdom, Amerika Syarikat, dan negara-negara lain menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam kes-kes keganasan rumah tangga yang berkaitan dengan pandemik COVID-19. 80% daripada mangsa pembunuhan pasangan intim merupakan wanita. Di Malaysia p**a, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 4,963 kes keganasan rumah tangga telah direkodkan dari Januari hingga November 2018.
Namun, setiap permasalahan pasti mempunyai penyelesaian. Antaranya, peranan pihak berkuasa dalam memperketatkan lagi undang-undang terhadap pesalah yang melalukan keganasan terhadapwanita. Selain itu, pendekatan secara holistik wajar diambil oleh semua pihak termasuklah pihakkerajaan, NGO, swasta dan anggota masyarakat di samping perlunya usaha sama daripada kaumlelaki untuk mengatasi masalah ini.
Contohnya, Program Stop It, Survive (SIS) dijalankan untuk meningkatkan kesedaran wanita sendiridan masyarakat umumnya dalam usaha menjaga keselamatan diri menghadapi keganasan. Projek dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) Daerah Baru Pahat, Hal Ehwal Wanita (Helwa) Batu Pahat, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Semestinya, peranan masyarakat di peringkat akar umbiadalah sangat penting bagi membantu kerajaan menangani keganasan terhadap wanita.
Selain itu, wanita di luar sana juga seharusnya memahami bahawa dirinya sangat berharga dan tidakhanya membiarkan dirinya ditindas dan dikasari oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Setiap wanita haruslah melaporkan kepada pihak yang berkenaan seperti pihak polis, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selain itu, para wanita juga seharusnya memperkasakan dirinya dengan ilmu agama yang utuh. Seperti dalam Surah al-Isra:32, Allah SWT telah berfirman, ”Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”
Jika setiap wanita mengelakkan dirinya dari menghampiri perkara-perkara yang mendekatkan dirinya dengan zina seperti amalan pasangan kekasih dan menjaga pergaulan antara perbezaan
jantina pastinya masalah kes rogol dalam kalangan remaja termasuk pelajar yang dilaporkan, dapat dikurangkan. Membanteras isu ini sememangnya bukan mudah tetapi langkah yang proaktif harus dilaksanakan dan ianya tidak hanya terletak pada bahu kerajaan sahaja tetapi semua pihak haruslah turut sama melibatkan diri untuk menangani masalah ini.
Kesimp**annya, saya ingin memetik kata-kata daripada John Maxwell, “Kerjasama membuat mimpimenjadi nyata”. Dalam konteks membanteras isu keganasan terhadap kaum wanita ini, semua pihak termasuk pihak berkuasa, masyarakat dan kaum wanita sendiri seharusnya bekerjasama memainkan peranan masing-masing agar mimpi untuk membanteras isu global ini dapat direalisasikan.
Buat insan bernama lelaki yang terlibat dengan keganasan ini, tidak pernahkah kita terfikir bahawa kita semua pernah dilahirkan dari rahim insan bernama wanita itu? Pernahkah kita terbayang jika adik perempuan kita, kakak mahupun makcik kita sendiri yg menjadi mangsa penderaan? Semua orang, tidak kira jantina,umur dan pangkat layak mengecapi kebahagiaan. Layanlah orang sekeliling kita dengan penuh hikmah dan saksama. Ayuh!! Jangan kita membiarkan keganasan terhadap wanita ini terus menular di dalam negara kita mahupun dunia.