TVET MARA Kuala Lumpur

Call Directions Website Contact the university

TVET MARA Kuala Lumpur TVETMARA Kuala Lumpur established and operational in early 1974. Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur established and operational in early 1974.

Area institutions is 4.5 acres and has had 4 blocks (block X, block Y, Z block and a hostel). During the period from 1974 to 2012 a total of 15 Principal / Director who has served in the IKM Kuala Lumpur.

๐Š๐„๐๐€๐Š๐€๐‘๐€๐ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐“๐•๐„๐“๐Œ๐€๐‘๐€ ๐Š๐‹ ๐ƒ๐ˆ๐Œ๐€๐๐…๐€๐€๐“ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐๐„๐‘๐€๐๐€๐ ๐€๐ˆ ๐†๐„๐๐„๐‘๐€๐“๐ˆ๐…Kepakaran warga TVETMARA Kuala Lumpur terus dimanfaatk...
20/08/2026

๐Š๐„๐๐€๐Š๐€๐‘๐€๐ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐“๐•๐„๐“๐Œ๐€๐‘๐€ ๐Š๐‹ ๐ƒ๐ˆ๐Œ๐€๐๐…๐€๐€๐“ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐๐„๐‘๐€๐๐€๐ ๐€๐ˆ ๐†๐„๐๐„๐‘๐€๐“๐ˆ๐…

Kepakaran warga TVETMARA Kuala Lumpur terus dimanfaatkan apabila dua orang tenaga pengajarnya, Puan Siti Nurin Irma dan Encik Muhammad Syukran, diberi kepercayaan mengendalikan sesi Perkongsian Kepakaran AI Generatif & Gemini Notebook selama dua hari pada 18 dan 19 Ogos 2026 DI WP Hotel Kuala Lumpur.

Sesi tersebut melibatkan pegawai MARA daripada Bahagian Insfrastruktur Komersial, Bahagian Pembangunan Usahawan dan Bahagian Pembiayaan Perniagaan, dengan fokus kepada penggunaan teknologi AI bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan serta inovasi dalam tugasan harian.

Sepanjang program, kedua-dua tenaga pengajar TVETMARA Kuala Lumpur itu berkongsi pengetahuan dan kemahiran berkaitan Generative AI, Google Gemini serta Gemini Notebook, khususnya dalam pengurusan maklumat, analisis, penyediaan bahan, dokumentasi dan pembangunan idea secara lebih sistematik.

Pendekatan hands-on dan praktikal turut digunakan bagi membolehkan peserta mencuba sendiri aplikasi AI dan melihat bagaimana teknologi tersebut boleh diintegrasikan secara efektif dalam tugasan serta proses kerja.

Penglibatan Puan Siti Nurin Irma dan Encik Muhammad Syukran sebagai pengendali program turut mencerminkan keupayaan serta kepakaran tenaga pengajar TVETMARA Kuala Lumpur yang bukan sahaja berperanan dalam bidang pendidikan dan latihan TVET, malah mampu menyumbang kepakaran dalam agenda transformasi digital dan pembudayaan AI dalam ekosistem MARA.

๐Ÿ‘ Tahniah Puan Siti Nurin Irma dan Encik Muhammad Syukran atas perkongsian kepakaran dan sumbangan dalam memperkasa kompetensi warga MARA. Memperkasa manusia dengan teknologi, memacu produktiviti melalui inovasi.












๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐๐„๐๐“๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐“๐„๐‘๐”๐’ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆSeramai 20 orang pelajar DCB, TVETMARA Kuala Lumpur bersama 2 oran...
20/08/2026

๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐๐„๐๐“๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐“๐„๐‘๐”๐’ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ

Seramai 20 orang pelajar DCB, TVETMARA Kuala Lumpur bersama 2 orang guru pengiring berpeluang menyertai Merdekapenter 2026 yang berlangsung di The Green Factory.

Kali ini, pembelajaran bukan hanya dalam kelas. Para pelajar dibawa melihat sendiri suasana dan proses kerja sebenar menerusi factory tour, sebelum mencuba kemahiran pertukangan dalam hands-on woodworking workshop. ๐Ÿชต๐Ÿ”จ

Mereka turut didedahkan kepada konsep ESG, kelestarian serta amalan industri mampan, sekali gus memberi gambaran bagaimana industri hari ini bergerak seiring dengan keperluan menjaga alam sekitar. ๐ŸŒฟ

Paling menarik, pelajar bukan sekadar melihat dan mendengar. Mereka turut mencuba, menghasilkan dan membawa pulang pengalaman mencipta hasil kerja sendiri.

Program seperti ini memberi nilai tambah kepada pembelajaran TVET apabila ilmu, kemahiran dan pengalaman industri dapat digabungkan secara langsung.

โœจ Belajar dengan melakukan, mencipta dengan tujuan dan membina masa depan yang lebih lestari.

WeAreGenMARA








๐“๐‡๐”๐‘๐’๐ƒ๐€๐˜ ๐“๐‡๐‘๐ˆ๐•๐„ | ๐Œ๐Ž๐Œ๐„๐๐“๐”๐Œ ๐ƒ๐€๐‡ ๐€๐ƒ๐€, ๐Œ๐€๐’๐€ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐“๐„๐‘๐”๐’ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐†!Khamis bukan masa untuk slow down. Momentum dah dibina se...
19/08/2026

๐“๐‡๐”๐‘๐’๐ƒ๐€๐˜ ๐“๐‡๐‘๐ˆ๐•๐„ | ๐Œ๐Ž๐Œ๐„๐๐“๐”๐Œ ๐ƒ๐€๐‡ ๐€๐ƒ๐€, ๐Œ๐€๐’๐€ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐“๐„๐‘๐”๐’ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐†!

Khamis bukan masa untuk slow down. Momentum dah dibina sejak awal minggu โ€” sekarang masa untuk teruskan rentak dan finish strong! ๐Ÿ’ช

๐ŸŽฏ Fokus keutamaan
โšก Kekalkan momentum
๐Ÿ’ก Cari solusi
๐Ÿค Bantu & sokong team
๐Ÿ† Selesaikan tugasan utama dengan cemerlang

Momentum kita bina, kejayaan kita cemerlang.

Teruskan usaha. Kekalkan fokus. Jadikan setiap tindakan hari ini satu langkah lebih dekat kepada kejayaan! ๐Ÿ”ฅ











๐“๐•๐„๐“๐Œ๐€๐‘๐€ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘ ๐“๐„๐‘๐Ž๐Š๐€๐ˆ ๐Œ๐€๐’๐€ ๐ƒ๐„๐๐€๐ ๐’๐Œ๐€๐‘๐“ ๐Œ๐€๐๐”๐…๐€๐‚๐“๐”๐‘๐ˆ๐๐† ๐ŸŒโš™๏ธSeramai 25 pelajar TVETMARA Kuala Lumpur menghadiri Inte...
19/08/2026

๐“๐•๐„๐“๐Œ๐€๐‘๐€ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘ ๐“๐„๐‘๐Ž๐Š๐€๐ˆ ๐Œ๐€๐’๐€ ๐ƒ๐„๐๐€๐ ๐’๐Œ๐€๐‘๐“ ๐Œ๐€๐๐”๐…๐€๐‚๐“๐”๐‘๐ˆ๐๐† ๐ŸŒโš™๏ธ

Seramai 25 pelajar TVETMARA Kuala Lumpur menghadiri International Smart Manufacturing Forum 2026 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, bersempena Malaysiaโ€™s International Trade Fair for Digital Transformation and Factory Automation (MTE 2026).

Program anjuran Malaysia Industry Forward Association (MIFA) ini menghimpunkan pemain industri, penyedia teknologi dan institusi pendidikan bagi meneroka perkembangan terkini dalam digital transformation, factory automation dan Smart Manufacturing.

Penyertaan ini memberi peuang dan pendedahan secara langsung kepada pelajar mengenai teknologi industri semasa, keperluan dunia pekerjaan serta peluang kerjaya dalam sektor pembuatan pintar. Ia turut menghubungkan pembelajaran di institusi dengan aplikasi dan amalan sebenar industri.

Pendedahan industri seperti ini penting dalam melahirkan graduan TVET yang kompeten, adaptif dan bersedia menghadapi perubahan teknologi serta keperluan industri masa hadapan.

TVETMARA Kuala Lumpur akan terus memperkukuh kolaborasi strategik bersama industri dalam menyediakan pengalaman pembelajaran berkualiti kepada para pelajar.











๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐ˆ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡ | ๐Ÿ๐Ÿ— ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ”๐Ÿ“Pada hari ini dalam tahun 1965, Majlis Raja-Raja Melayu telah memilih Sultan Ismail...
19/08/2026

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐ˆ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡ | ๐Ÿ๐Ÿ— ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ”๐Ÿ“

Pada hari ini dalam tahun 1965, Majlis Raja-Raja Melayu telah memilih Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Sultan Terengganu, sebagai Yang di-Pertuan Agong keempat.

Pemilihan baginda dilakukan dalam sidang khas di Dewan Besar, Istana Negara. Baginda kemudiannya memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama lima tahun, bermula 21 September 1965 hingga 20 September 1970.

Diputerakan di Kuala Terengganu pada 24 Januari 1907, baginda telah menaiki takhta Kerajaan Terengganu pada 16 Disember 1945 sebelum dipilih untuk menaungi Persekutuan Malaysia.

๐Ÿ‘‘ Institusi Yang di-Pertuan Agong terus menjadi lambang kedaulatan negara, perpaduan rakyat dan keluhuran sistem Raja Berperlembagaan Malaysia.











๐Ÿ”‹ ๐Œ๐ˆ๐ƒ๐–๐„๐„๐Š ๐‘๐„๐‚๐‡๐€๐‘๐†๐„ | ๐๐€๐”๐’๐„. ๐‘๐„๐‚๐‡๐€๐‘๐†๐„. ๐‘๐„๐…๐Ž๐‚๐”๐’.Dah sampai pertengahan minggu! Jangan biarkan tenaga makin surut, ambil se...
19/08/2026

๐Ÿ”‹ ๐Œ๐ˆ๐ƒ๐–๐„๐„๐Š ๐‘๐„๐‚๐‡๐€๐‘๐†๐„ | ๐๐€๐”๐’๐„. ๐‘๐„๐‚๐‡๐€๐‘๐†๐„. ๐‘๐„๐…๐Ž๐‚๐”๐’.

Dah sampai pertengahan minggu! Jangan biarkan tenaga makin surut, ambil sedikit ruang untuk recharge dan kembali dengan fokus yang lebih kuat.๐Ÿ’ชโœจ

๐Ÿ’ง Recharge badan
๐Ÿง  Reset minda
๐Ÿ“‹ Semak progress
๐Ÿค Recharge bersama team
๐ŸŒฑ Jaga diri, jaga prestasi

Ingat, produktif bukan bermaksud bekerja tanpa henti. Kadang-kadang kita perlu berhenti seketika supaya boleh bergerak lebih jauh.

โšก ๐“๐ž๐ง๐š๐ ๐š ๐๐š๐ซ๐ฎ. ๐…๐จ๐ค๐ฎ๐ฌ ๐๐š๐ซ๐ฎ. ๐๐ซ๐ž๐ฌ๐ญ๐š๐ฌ๐ข ๐‹๐ž๐›๐ข๐ก ๐๐š๐ข๐ค!

Masih ada separuh minggu untuk kita cipta sesuatu yang hebat! ๐Ÿš€











๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐ˆ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡ | ๐Ÿ๐Ÿ– ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ‘๐ŸPada hari ini dalam tahun 1931, Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, ...
18/08/2026

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐ˆ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡ | ๐Ÿ๐Ÿ– ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ‘๐Ÿ

Pada hari ini dalam tahun 1931, Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Cecil Clementi, mengumumkan rancangan disentralisasi pentadbiran dalam Sidang Durbar Kedua di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Dasar ini bertujuan memberikan autonomi yang lebih luas kepada negeri-negeri Melayu, memperkukuh peranan Majlis Negeri serta menyusun semula pentadbiran Negeri dan Persekutuan bagi mengukuhkan kedudukan ekonomi.

Namun, cadangan tersebut menerima tentangan daripada pelbagai pihak kerana kebimbangan terhadap perubahan struktur pentadbiran, kewangan dan pembahagian kuasa.

Akhirnya, dasar disentralisasi ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya akibat tentangan serta ketidakjelasan dalam pelaksanaannya.

๐Ÿ“š Sejarah ini memperlihatkan bagaimana soal autonomi, kuasa dan kepentingan ekonomi menjadi antara perkara penting dalam perkembangan pentadbiran Tanah Melayu.











๐‘๐”๐Š๐”๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ | ๐Ÿ“ ๐Š๐”๐๐‚๐ˆ ๐๐„๐‘๐๐€๐ƒ๐”๐€๐ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พBerbeza bangsa, budaya dan latar belakang, namun kita berkongsi satu tanah air, satu ...
18/08/2026

๐‘๐”๐Š๐”๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ | ๐Ÿ“ ๐Š๐”๐๐‚๐ˆ ๐๐„๐‘๐๐€๐ƒ๐”๐€๐ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Berbeza bangsa, budaya dan latar belakang, namun kita berkongsi satu tanah air, satu semangat dan satu cita-cita โ€” MALAYSIA. โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐Ÿค

Lima prinsip Rukun Negara menjadi asas penting dalam membina masyarakat yang bersatu, harmoni dan saling menghormati:

1๏ธโƒฃ Kepercayaan Kepada Tuhan
2๏ธโƒฃ Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
3๏ธโƒฃ Keluhuran Perlembagaan
4๏ธโƒฃ Kedaulatan Undang-undang
5๏ธโƒฃ Kesopanan dan Kesusilaan

Sempena Bulan Kebangsaan, marilah kita terus menghayati dan mengamalkan Rukun Negara dalam kehidupan seharian.

Perpaduan bukan sekadar slogan โ€” ia bermula daripada kita. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค












๐Ÿ“ข ๐€๐”๐ƒ๐ˆ๐“ ๐Œ๐๐’ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐‹๐€๐†๐ˆ!!! ๐Ÿ‘€Warga TVETMARA Kuala Lumpur, dah sedia? ๐Ÿ’ช๐Ÿ“… 24 hingga 28 Ogos 2026๐Ÿ”Ž Audit Dalaman MQS Bil. 2/...
18/08/2026

๐Ÿ“ข ๐€๐”๐ƒ๐ˆ๐“ ๐Œ๐๐’ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐‹๐€๐†๐ˆ!!! ๐Ÿ‘€

Warga TVETMARA Kuala Lumpur, dah sedia? ๐Ÿ’ช

๐Ÿ“… 24 hingga 28 Ogos 2026
๐Ÿ”Ž Audit Dalaman MQS Bil. 2/2026

Jom sama-sama kita pastikan dokumen lengkap, kawasan kerja kemas & semua dalam keadaan ready sebelum auditor datang. ๐Ÿ˜‰

๐Ÿค Kerjasama semua warga TVETMARA KL amat dihargai bagi memastikan audit berjalan lancar.

Kita ready, kita boleh! ๐Ÿ’™๐Ÿ’ช











๐Ÿš€ ๐“๐”๐„๐’๐ƒ๐€๐˜ ๐๐Ž๐Ž๐’๐“ | ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐”๐€, ๐“๐„๐๐€๐†๐€ ๐Š๐„๐ƒ๐”๐€!Selasa bukan sekadar sambungan Isnin tetapi inilah masa untuk bina momentum d...
18/08/2026

๐Ÿš€ ๐“๐”๐„๐’๐ƒ๐€๐˜ ๐๐Ž๐Ž๐’๐“ | ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐”๐€, ๐“๐„๐๐€๐†๐€ ๐Š๐„๐ƒ๐”๐€!

Selasa bukan sekadar sambungan Isnin tetapi inilah masa untuk bina momentum dan terus bergerak ke hadapan. ๐Ÿ’ช

๐ŸŽฏ Mulakan dengan target kecil
๐Ÿ”ฅ Fokus satu demi satu
๐Ÿ’ง Jaga tenaga
โšก Tukar โ€œmalasโ€ kepada โ€œmula duluโ€
๐Ÿ† Raikan setiap progress

Tak perlu sempurna untuk bergerak maju. Yang penting, jangan berhenti.

Momentum kita bina, kejayaan kita cemerlang! โœจ











Address

Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur, Jalan Belangkas, Kg. Pandan
Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+60392844535

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TVET MARA Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to TVET MARA Kuala Lumpur:

Shortcuts

Share